Rabu, Oktober 07, 2009

Orang Pontian ni, hebat jugak kan?

Aku akui, aku kurang membaca akhbar sejak melanjutkan pelajaran ke peringkat ini. Tak tahu kenapa. Kalau ada pun, kadang-kadang aje. Memandu balik ke kampung jumaat lepas menyebabkan aku sedikit terkejut apabila tangan menekan radio siaran RTM di Johor FM.

"Bagaimana dengan keadaan di situ Devan?"
"Ok Samsiah dan para pendengar ya, sekarang ini van jenazah Noordin Mat Top telah tiba di kawasan perkuburan Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri. Begitu ramai sekali orang yang ingin menyaksikan pengebumian Noordin MT ini termasuklah kaum keluarga, pihak media termasuklah kelihatan di sini, media dari luar negara. Saya rasakan bahawa media itu adalah pihak Reuters."
"Adakah keadaan terkawal di sana?"
"Ya, keadaan sangat terkawal dengan dihadiri sendiri oleh Ketua Polis Daerah Pontian dan seramai saya jangkakan tidak kurang dari 30 orang polis yang mengawal lalulintas dan seluruh kawasan tanah perkuburan ini, ya Samsiah. Dijangkakan, jenazah Noordin MT akan dikebumikan sebelum waktu Maghrib."

Hah? Noordin MT orang Pontian ke? Ish...ish...nampak sangatlah aku kurang peka dengan hal ehwal negara. Aku yang sedari tadi terkejut, mula memperlahankan kenderaan apabila memasuki Kampung Parit Selangor yang sudah menjadi laluan singkat utama bagi mengelakkan kebanjiran lampu isyarat di jalan bandar. Cuaca yang suram ditambah dengan hujan rintik-rintik, adakah 'dia' orang baik-baik? Teringin juga aku menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Melalui Jalan Pontian Besar, aku toleh kiri kanan kawasan perkuburan. Aik? takde ape pun?
Tiba di rumah, "Assalamu'alaikum!! Mak, Noordin MT dikebumikan kat mane mak? Tak nampak pun balik tadi?"
"Ooohh...kat Kayu Ara Pasong lah. Memang yayang tak lalu, mane nak nampak."

Ish...ish...aku yang dah hidup selama 25 tahun kat Pontian pun tak tahu mana Kampung Melayu Pontian Besar Kiri, ish...ish...

Tiada ulasan: