Rabu, Oktober 28, 2009

Aurat Wanita Bekerja

Pernah dengar tentang 'aurat wanita bekerja' tak? Dulu, aku pernah menghadiri usrah dan topik tentang aurat wanita. Kakak Naqibah ada memperkatakan tentang aurat wanita bekerja. Auratnya adalah seluruh tubuh kecuali lutut ke bawah, rambut dan lengan selagi kita percaya yang dia (non-muslim wanita) boleh menjaga aib kita.

Ya, semasa under graduate dulu, aku tetap menjaga aurat seperti aurat dengan lelaki bukan mahram tapi kini aku bakal melalui saat itu. Bekas rakan sekerja mahu menyewa dengan kami. Dia hindu kristian. Aduhai....bimbangnya.... Nak menolak, kesian. Dia terpaksa bersusah payah mencari housemate. Bekas housemate dia terpaksa menolak kerana rumahnya telah penuh. Kamilah harapan yang tinggal untuknya.

Nas atau dalil tentang aurat yang diperkatakan itu aku tidak pasti. Bagaimana ni? Aku masih ada 2 minggu untuk mempertimbangkannya...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aurat btwn wanita muslim....dari pusat hingga lutut kan???

kalau tak silap, aurat btwn wanita muslim & non-muslim...sama dgn aurat dgn bukan muhrim. maksudnya seluruh badan kecuali muka & tapak tangan.

wallahualam

BuRuuj berkata...

kak fafa,
ya, semua itu benar. tp sy penah dengar dari seorg ustazah ttg kelonggaran dlm aurat bg mereka yg tinggal serumah(rumah sewa). wallahu'alam...

MUST berkata...

betul tentang aurat sesama wanita muslim tu dari paras pusat ke lutut.tapi ada kelonggaran sekiranya dalam situasi ini contohnya.ustazah tu kata,kelonggaran tu merangkumi tapak tangan,muka dan rambut.tapi kalau kita was2 samada boleh ke dia jaga aurat kita kat lua,lebih baik tutup...

BuRuuj berkata...

thanks mas..but i still wearing tudung at home.huaa...