Jumaat, Januari 30, 2009

Hanya peminat

Pada 25 Mei tahun ini, usianya genaplah 38 tahun. Aku mengenalinya sejak usiaku 11 tahun lagi. Aku suka akan dia. Sampailah ke hari ini.

"Mak taknak dia jadi menantu mak."

"Kenape mak?" soalku.

"Mak kate mak taknak, mak taknak la." tegas mak lagi.

"Apela mak nie...Yang peminat dia je la mak. Jangan risau ea..."

Aku heran. Apelah yang ada kat fikiran mak aku sampaikan aku minat artis pun dia fikir yang artis tue akan jadi menantu dia. Ish...ish...mak...mak...;)

Jumaat, Januari 23, 2009

Bila orang cina beraya

"Yang, cepat gi belanja barang dapur. Kang raya cina, pasaraya tutup pulak. Diorang makan besar, tak pasal-pasal kita makan kecik pun tak dapat."

"Eh mak nie. Mana ada pasaraya tutup raya cina nanti? Kedai-kedai jer tutup. Alah...jangan risaulah mak. Pasaraya tutup, kedai melayu kan banyak lagi."

"Yeke pasaraya tak tutup?"

"Tak lah mak. Jangan risaulah..."

Bila orang cina beraya,
Orang Melayu lah yang paling susah hati. Takut kedai tutup, tak dapat beli keperluan harian. Takut kebulur 2 hari tak makan.

Bila orang cina beraya,
Orang melayu lah paling susah hati. Ikan, udang dan sayur berkurangan. Diorang kata, laut bergelora lah, hasil tangkapan tak memuaskan lah, walhal, 'orang kita' yang ramai jadi nelayan. 'Mereka' tu peraih jer.

Bila orang cina beraya,
Orang melayu lah yang paling susah hati. Harga ikan, udang, sayur, semua melambung tinggi. Duit belanja pun kene lebih sikit untuk bulan nie. Nak berkira, perut tak berisi lah nanti.

Tapi satu jer yang orang melayu suka time cina beraya. Dapat dengar bunga api meletup sana-sini tak mengapa walau dinihari menjelma. Duduk depan tv sampai habis posisi, leka menonton cerita cina itu-ini. Dapat dengar "tong-tong-cheng" walau jalan sesak berjam lamanya dengan alasan, "Alah...takpe, bukan selalu macam nie."

Khamis, Januari 22, 2009

Edisi Pecut Markonah

Usai menghantar kekanda ke sekolah, Markonah mula memecut. "Alamak! Dah pukul 7.10. Lambatla aku hari nie." getus Markonah. Meter hadlaju pada 90kmj tanpa mempedulikan papan hadlaju 40kmj! "Aku perlu sampai sebelum jam 8.00!"

Mungkin hari ini, nasib tidak menyebelahi Markonah. Traler panjang dengan muatan, kereta kotak mancis, Daihatsu buruk dan 'backhoe' kerap menjadi penghalang. Dan pundi sudah terisi penuh. Hormon adrenalin terembes dengan banyaknya menandakan tindakan segera perlu dilakukan! Selalu-selalu, lorong membelok ke kanan jarang ada kenderaan. Anggapan itu tersemat di minda. Setiap kesempatan, Markonah memasuki lane itu, namun memang sudah tersurat, ada kenderaan mahu membelok tanpa memberi signal! "Argh!!! ade aje halangan." Signal ke kiri diberi, namun kenderaan belakang yang turut sama berada di jalan yang salah mahu memecut terlebih dahulu. Markonah fikirkan dia akan memberi jalan, tapi.....

Honk!!!!!!!!!!!!!!

"Adus.....hek eleh, bunyi hon pun macam bunyi itik, ade hati nak marah-marah orang!" bentak Markonah.

Dan hari ini, Markonah kelewatan lagi...

Rabu, Januari 21, 2009

Murninyer Klinik Murni..

Rupa-rupanya batuk yang berpanjangan selama hampir 3 bulan itu adalah simptom penyakit bronkitis. Aku ketahuinya setelah mendapatkan rawatan di Poliklinik Murni di Bandar Baru Uda. Dr. Azizah cakap aku kene acute bronchitis. Dan sekarang, Alhamdulillah...beransur sembuh.

Bronkitis ialah sejenis keradangan atau penyempitan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) serta hilang fungsi mengembang dan menguncup di dalam paru-paru yang disebabkan oleh virus atau bakteria (sumber dari The Tole).

Betapa murninya klinik tue dan aku bersyukur sangat2. Lepas nie, aku bolehlah aktif seperti selalu-selalu. Ah...betapa rindunyer pada kasut sukan dan raket badminton yang dah lama terletak di sudut itu...

Rabu, Januari 14, 2009

Dilepaskan, Terlepas dan Melepas...

Aku takde kamus dewan bahasa dan pustaka edisi terbaru. Edisi lama pun takde. Terasa rugi pula tak memilikinya. Tapi, pun begitu, izinkan aku menafsirkan perkataan entri mengikut kefahaman aku sendiri. Konteks yang aku ingin ketengahkan di sini ialah cinta. Haha....

Dilepaskan: Perbuatan meminta dibebaskan. Tak mahu terikat lagi.
Contohnya; "I minta dilepaskan. Tolonglah lepaskan i. I tak mahu digantung tak bertali begini."

Terlepas: Tak sengaja membebaskan atau dalam keadaan separa sedar telah membiarkan ia berlalu pergi.
Contohnya; "Maafkan i, i tak sengaja. Perkataan itu terlepas dari mulut i dalam keadaan yg i tak jangka. Oh..."

Melepas: Membuang atau dengan sengaja membebaskan.
Contohnya; "Aduh...melepas aku. Kenapa dulu aku tak perasankannya?"

"Argh...melepas aku. Aku terlepas peluang untuk memilikinya. Saat indah bagaikan telah dilepaskan begitu sahaja."

Hahahaha...yang pastinya, aku telah melepas dan terlepas..

Selasa, Januari 13, 2009

List for Boycott

Saya dapat sumber dari kawan. Harap dapat membantu dalam memberi maklumat tentang barang yang terlibat. Maaf andai ada yang kurang lengkap dan tak difahami.

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince.
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI.

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper.
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips.
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levi's, Raid, Heinz.

Isnin, Januari 12, 2009

Bila Izrail datang memanggil

Seram jer bunyinyer kan? Tapi itulah hakikat yg harus kita semua terima. Tak kesahlah walau siape pun die. Minggu lepas, sikat punyer sikat. Aku kutiplah rerambut yg berguguran di lantai. "Ma’aih... ade uban yg gugur lah.."

Teringat lak kata-kata seorang ustaz nie. "Petanda kedatangan malaikat maut buat kali pertama ialah apabila uban mulai tumbuh di kepala." So, maknenyer malaikat tue telah datang menjenguk aku ketika aku sendiri pun tak sedar. Bile lah agaknyer dan aku tgh buat apelah lah agaknyer waktu tue..kan? Eee...seram lak bile teringat.

Dan minggu lepas jugak, aku telah diserang penyakit ketaq. Tangan kanan dan kiri nie asyik menggeletar jer...tp yg paling ketara, tangan kanan. Aku tak tau kenape. Orang kate kurang zat galian. Manakan tak kurang, asyik telan ubat dan berpantang itu-ini. Memangla kurang zat. Dan badan nie dah berapa kali telan antibiotik. Rasernyer dalam badan nie dah habis semua bakteria berguna.

Hurm...aku taknak mati lagi...banyak lagi perkara yg tak setel. Huaa...:(

Jumaat, Januari 09, 2009

Kung-kung!!!! kung-kung!!!!

kung-kung!!!! kung-kung!!! Grrrrr..............

gong-gong!!!!!!!!

(yg tersebut di atas adalah bunyi salakan anjing. harap maklum.) ;)

"ish...apesal la anjing nie memekak pepagi bute nih? kacau betul la...." rungut aku.

aouwwwww!!!!!!!!!!!!

"la..nie nape pulak. td nyalak, nie 'auw' pulak. dia nampak pencuri ke nampak hantu nih? aduss...bising betul la."

"Hello aunty, good morning. Kenape dengan itu anjing ha aunty? Ada pencuri ka?"

"Owh..aiya...itu anjing ha, dia sibuk nak apa itu olang cakap, mahu rapat-rapat dengan itu anjing betina punya..."

"Oh...mahu mengawan ka?"

"Haa...itu macam maa..."

"haiya...mahu mengawan pun, mau bising-bising ka? bisik aku.

"grrrr....."

Khamis, Januari 08, 2009

Salah Tanggapan


"Tak patut betul lah kerajaan tambah elaun itu-ini, keistimewaan itu-ini. Diorang bukan buat ape pun. Makan gaji bute jer...."

"Hei! Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!"

"Aku nak tanya kau sikit ea. Malam-malam kau boleh tidur lena tak?"

"Boleh, siap berdengkur lagi. Kenape?"

"Ha...itu tandanya askar kita sedang bertugas lah tue. Bukan tidur berdengkur macam kau. Askar ni, tugasnya bukan untuk berperang aje. Banyak lagi tugas diorang. Tapi yang kita nampak adalah tugas askar untuk berperang."

"Ketika aman, buat ape kita nak cari pasal, ajak berperang. Masa ni lah yang kita berusaha menguatkan benteng pertahanan dan berlatih untuk berperang. Ada paham?"

"err...."

Selasa, Januari 06, 2009

Ababil

Ababil gagah di angkasa. Batuan panas digugurkan. Habis tentera bergajah Abrahah bertempiaran. Hancur bak daun dimamah ulat. Kisah yang diceritakan dalam Al-Quran.
............................................................
Inilah konsep peperangan yang tersirat. Orang mengkaji Al-Quran sahaja yang dapat mengetahuinya. Kekuatan ruang angkasa adalah nadi. Dan Barat mengakuinya kini. Sebab itulah banyak negara mahu memperkasakan lagi ruang udara termasuklah negara kita. Tapi kekecewaan masih aku terasa dek pembatalan membeli pesawat pejuang oleh kementerian pertahanan kerana wang disalurkan untuk "projek angka sawan". Sedih betul!

Isnin, Januari 05, 2009

Apabila Tergigit

Damn!!!!!!!!!!!!

Kenape dengan dia tue?

Ntah. Angin kot?

Laa…patutla hempas pintu. Tibe-tibe jerk?

Alah...die memang macam tue. Selalu angin.

Yela...tapi kali nie pasal ape pulak?

Pasal siang ikan pagi tadi kot?
............................
Lebih setahun aku tinggal di situ. Seingat aku, aku tak penah marah-marah. Hempas pintu jauh sekali melainkan angin yang tolong menutupnya. Aku tak penah merungut buat keje rumah seperti mengemas, berkebun kecil, memasak dan ke pasar walau saban hari dan walau kesihatanku tak mengizinkan. Pada aku, motif untuk tinggal di situ adalah proses menjadikan aku seorang suri yang sempurna. Tapi, penah sesekali hati ini terdetik, kenape asyik aku? Namun, aku selalu berbisik, action speak louder than words. Itulah kata-kata ibu angkat aku ketika di zaman persekolahan dulu yang aku pegang sehingga kini.

Aku tak faham. Kenapa asyik nak naik angin jerk tibe-tibe? Aku bengang betul dengan orang yang menunjukkan kemarahan dengan aktiviti hempas-menghempas pintu nie! Aku dengan yang lain selalu terdera dengan sikap dia. Hal kecil pun nak marah-marah. Sebagai adik, aku selalu beralah, tapi kali ini, aku demam. Batuk yang dah masuk dua bulan pun belum baik, Allah bagi aku demam pula. Aku redha. Badan memang terlalu lemah. Makanya, aku banyak berehat. Fahamilah aku…. Tidak cukupkah aku memasak makan tengahari itu? Atau aku mengemas rumah dan petang itu, mencabut lalang yang tak pernah sekali pun kalian melakukannya? Walaupun uhuk-uhuk, aku gagahi jua. Untuk memujuk hati dengan alasan, aku biarkan badan ini berpeluh agar cepat sembuh.

Aku dan yang lain juga punya hati.

Khamis, Januari 01, 2009

Selamat Hari Lahir



Selamat hari lahir buat bondaku yang tersayang...
(anakmu ini telah memberi cuti kepada negeri-negeri lain untuk meraikan kelahiranmu tapi maaf sebab negeri kelahiranmu sendiri, anakanda tak mampu nak beri cuti sebab mereka terlampau taksub dengan kerja. mereka tak mahu bercuti walaupun dipaksa.haha....)