Rabu, Mei 06, 2009

Burung masuk bilik? Apa petanda?

Baru saja mahu mengangkat takbiratul ihram, aku terasa seperti ada sesuatu memasuki bilik aku melalui tetingkap sebelah atas yang memang tidak boleh ditutup malam tadi. Aku terhenti lantas memerhatikan ke mana binatang itu pergi. Dia masuk di celah almari. Aku biarkan dan teruskan solat. Aku yang bangun qiam untuk rakaat yang kedua, tiba-tiba haiwan itu merempuh aku. Dia lalok dan jatuh apabila melanggar dinding. Aku terus berhenti daripada solat. Aku ke arahnya. Seekor anak burung. Aku letakkannya di bakul pakaian kotor.

Usai solat maghrib, aku ambil dia dan mengadakan sesi penggambaran dulu. Dia diam aje...siap boleh terlena di tapak tangan aku. hehe....empuk ke? Aku letak di grel tingkap untuk dia terbang pergi tapi dia enggan pergi. Sakit kah? atau Kepak patah kah? Aku tengok macam ok jer. Aku bawak anak burung itu ke anjung untuk dilepaskan. Macam ok tak ok jer dia terbang. Aku rasa dia masih anak lagi untuk terbang dengan baik. Kalau dia sakit, aku minta maaf sebab tak reti nak merawat burung cedera. Nasib baik anak burung itu ke rumah sebelah, pakcik tue tahu jugak kalau nak rawat haiwan nih. Nampaknya anak burung itu telah pergi ke jalan yang benar. hehehe....semoga pakcik sebelah dapat merawatnya dengan baik. Ameen....

Orang lama-lama kata, rama-rama masuk rumah ada orang nak datang. Kalau burung masuk rumah macam mana pulak ek? hmmm.....

6 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Burung apa itu eh...

fafarafa berkata...

burung masuk rumah, ada org nk dtg meminang kot. hahhahahahahahah

Tok Rimau berkata...

Comelnya. Comelnya tangan yang pegang burung tu. :-)

-azwanbakhtiar- berkata...

tandanya. ada seekor burung masuk ke dalam bilik kamu.

wakaka

BuRuuj berkata...

jowopinter,
burung kelicap kot. tp yg penting bukan burung murai. hihihi;P

fafa,
erkk~

tok,
jgn tengok tangan. bahaya.

azwan,
hahaha...salah. sebab bilik adalah sangkar. hahaha...

Hajarazman berkata...

kalau masuk pastu mcm sesat tiada tujuan mcm mana ye