February, diam tak diam dah sampai ke penghujungnya. Bulan yang paling sedikit hari. Dan tahun ini menjadi bulan paling sibuk dalam lipatan ingatan aku. Banyak coretan cerita yang punya pelbagai rasa. Suka, duka, hilai tawa, tangisan dan jelek bercampur-baur.
Dengan kesibukan kerja dan urusan peribadi yang meruncing, aku lelah. Dek terlalu banyak tugas kadang-kala menjadikan aku termangu mana yang perlu. Oh Tuhan, berikanlah aku kekuatan. Amin...
"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Sabtu, Februari 28, 2015
Khamis, Januari 29, 2015
Kemalangan Kedua
Aktiviti riadah yang akhirnya mengundang kecelakaan kecil. Bersabarlah dengan ujian duhai sayang. Huhu....
Gambar Cik Ted nak tumpang letak kepala. Ngee...

Rabu, Januari 21, 2015
Anugerah Juara Lagu 29
Telah melabuhkan tirainya bagi lagu-lagu keluaran 2014. Juaranya yang diumpat sebagai tidak layak masih kedengaran sehingga kini. haihh~
Masakan tidak, lihat sahaja jurinya yang rata-rata penyanyi hip hop. Bukan aku menidakkan kejayaan lagu tersebut, tapi persis berat sebelah. Kenapa sedari dulu enggan diangkat lagu-lagu bergenre hip hop dengan lirik yang cukup puitis dan lebih mendalam seperti lagu "Aku Maafkan Kamu- Jamal Abdillah ft Malique" dan "Mantera Beradu - M. Nasir ft Malique"? Jika mahu dibuat perbandingan, dua lagu ini jauh lebih indah bait liriknya berbanding "Apa Khabar - Joe Flizzoe ft SonaOne".
Siapalah aku? Hanya juri sisipan yang bisa mengutarakan pandangan di kalangan sebilangan kecil kawan-kawan yang kita suka. Namun, lagu-lagu yang mencuit hati aku bagi tahun 2014 adalah dari "Daqmie- Tangisan Sepohon Tamar" dan "Hazama - Kurelakan Jiwa".
Sekian.

Isnin, Januari 05, 2015
Kemalangan pertama di 2015
Kemalangan di tempat kerjaku. Aku terpegang tembaga panas yang bersuhu hampir 200˚C ketika memeriksa kerosakan mesin. Mati segala deria sentuh di tiga jari kanan ini buat sementara waktu.
Huwaa~
Huwaa~
Khamis, Januari 01, 2015
Rabu, Disember 24, 2014
Berdosakah Aku
Berdosakah aku sehingga menyebabkan orang jatuh cinta dengan aku?
Sememangnya perwatakan aku sebegini. Lebih-lebih lagi apabila meningkat ke usia matang dan lanjut ni, aku harus cuba mengekalkan gaya hidup yang sihat, wajah yang ceria dan muda (cewahh.. ;P) serta berfikir dan bertindak matang dalam setiap gerak-geri.
Andai ini yang menyebabkan 'dia' jatuh hati dengan aku, Alhamdulillah...aku bersyukur, kerana masih ada insan yang sudi untuk terima aku seadanya. Namun, aku tidak mampu untuk membalas cinta itu kerna aku tidak mampu.
Oh Tuhan, aku serahkan segala-gala kepada-Mu. Kuatkanlah hati ini.
Berdosakah aku?

Isnin, Disember 22, 2014
AFF Suzuki Cup 2014
Tirai kehangatan pesta bola Asia Tenggara telah dilabuhkan. Pelbagai kenangan dan insiden suka-duka sepanjang kejohanan berlangsung.
"Rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi". Itulah yang sedang berlaku dek kekalahan pasukan kebangsaan untuk menjulang piala apabila ditidakkan oleh pasukan Thailand.
Walau apapun, teruskan usaha!
Patah sayap bertongkat paruh~

Isnin, Disember 08, 2014
Jadi Bujang Pun Susah
Ini luahan hati terhadap rakan sekerja sebenarnya! (adehh...)
Aku suka jadi bujang. Banyak kerja boleh dilakukan sendiri, dengan masa sendiri, bahkan dengan cara tersendiri. Selagi aku mampu dan berdaya, aku akan buat sendiri, bersendirian. Aku sering memberikan bantuan kepada rakan sekerja, tanpa mengharapkan apa-apa balsan hatta ucapan terima kasih! Ya, aku insan lemah. Setelah banyak kali ditarbiyah dan mentarbiyahkan diri sendiri, aku menjadi semakin positif. Insyaallah!
Walaupun aku sering dipergunakan, aku ambil cabaran itu untuk menjadikan diriku yang lebih baik. Jadi, banyak merungut akan menggusarkan hati. Maka, aku memilih untuk berdiam diri! Selagi aku terdaya dan diberikan kudrat, selagi itulah aku mampu dan sanggup bertahan.
Oleh itu, jangan pernah berhenti berjalan. Jika kamu pasrah, ingat kembali mengapa kalian memulakan langkah dahulu. Woha!!
=)

Jumaat, November 21, 2014
Angau
Ada staf baru menyertai syarikat; tempat aku bekerja. Muda beberapa tahun dari aku. Agak matang dan lembut dalam berbicara. Ada rupa, elok juga budi pekertinya. Pertama kali bersua ketika sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh HQ syarikat yang mana aku turut diundang untuk memeriahkan majlis. Ketika itu, aku mengambil cuti tahunan kerana ada urusan di Kuala Lumpur, namun sempat meluangkan sedikit masa untuk hadir sebentar. Dan ketika itulah, aku diperkenalkan kepadanya. Aku dan dia hanya ber 'hai-hai' sahaja. Dia rajin membantu di awal majlis sebelum acara perasmian. Nampak kemas dan segak berbaju cekak musang dengan stail rambut anak muda.
Walaupun baru pertama kali berjumpa, kami tidak kekok berbicara mungkin kerana sikapku yang mudah mesra dan peramah. Senior-senior mengarahkan aku untuk menjamu hidangan lebih awal sebelum berangkat pergi meninggalkan majlis. Memandangkan situasi kekok (makan sebelum masanya), aku pelawa tetamu yang lain untuk sama-sama menemaniku menjamah hidangan. Dia lantas turut menyertaiku dan duduk di sebelahku! Waktu itu, tiada apa-apa perasaan yang timbul, mungkin kerana kami jarang berhubung lantaran dia hanya pembantu akauntan. Semua itu berubah selepas akauntan berpindah mencari rezeki di syarikat lain dan dialah satu-satunya insan yang kerap aku hubungi.
Adehh~ Terasa sepertinya aku yang telah angau bak dilamun cinta! Duhai hati, sila jaga iman.
Ok, ketemu lagi! ;)

Jumaat, November 14, 2014
Uhuk... uhukk!!!
Assalamu'alaikum dan salam Jumaat,
Lamanya menyepi tanpa sebarang khabar berita. Bagi yang mengikuti blog ini, mungkin telah lari ke laman lain (err...ade ke? ahakss...perasan jap).
Bukan tak mahu menulis tetapi banyak sangat kekangan yang menghalang terutamanya sikap malas untuk mencoret. haihh~
Tak banyak perubahan yang berlaku terutamanya tentang diri empunya blog ini yang masih belum berpunya! (ahakss..promote jap).
Teknologi yang semakin berkembang dan kebanjiran telefon pintar yang bersaing di pasaran global sebenarnya semakin memudahkan sesuatu urusan yang berkaitan dengan internet. Aku seperti biasa, masih kerap menulis dan mencoretkan catatan harianku yang telah dipindahkan dari laman blog ke Facebook, wechat dan akan datang tweeter (baru berminat nak buka). Maka, ketidakpedulian terhadap blog semakin memuncak! Bersawang bagai (dah nama pun laman sesawang...).
Ok, sampai ketemu lagi!
Khamis, September 12, 2013
Aku yang bersalah
Lampu terpadam tiba-tiba.
Awie: Apa yang telah terjadi? Tragedi oktober....
Ziana Zain: Di mana cahaya yang sebenar?
To'ki: Aku yang bersalah....
>Bersalahkah andai mengaku setiap kesalahan?

Selasa, September 03, 2013
Minyak oh Minyak
Usai berbuka puasa sunat Syawal serta solat maghrib, aku ke ruang tamu untuk melepaskan lelah. Belum sempat duduk, aku bergegas bangun mencari tudung dan windbreaker dek terpandang tulisan berjalan di sudut bawah siaran berita tentang kenaikan harga minyak bermula esok (3 Sept). Dua orang anak buah yang menemaniku selama 2 minggu mahu menuruti.
Ini pertama kalinya aku termasuk dalam golongan yang beratur panjang untuk mengisi minyak. Alhamdulillah, rumahku yang sekangkang kera dengan stesen petrol membolehkanku tidak menunggu lama untuk mengisi minyak penuh. Walaupun pelbagai sindiran yang keluar, "alah, esok lusa kene isi jugak!"; "bukannya boleh tahan bertahun pun minyak yang kau isi tu!". Aku tak ambil pusing, kerana setiap sen duitku amat bernilai daripada menguntungkan pihak lain!
haih~

Isnin, Ogos 05, 2013
Pitu Likuran
Kredit gambar: Google
Wong jowo cakap pitu likuran. Kalau Bahasa Melayu sebut tujuh likur, atau
lebih maklum lagi disebut malam tujuh likur.
Banyak mitos mengenainya terutama yang diceritakan oleh nenek moyang
kita tentang kepulangan roh-roh insan yang telah meninggal dunia ‘menziarahi’
sanak saudara mereka.
Namun, perkara ini tidaklah dapat dipastikan kebenarannya
melainkan kita telah ‘kembali’ menghadap-Nya! ishh....
Apa yang menyebabkan perkara ini diceritakan sebegitu rupa adalah kerana
penyalahtafsiran surah al-Qadr yang ada menyebut tentang perkataan roh di dalam
ayat ke-4 yang bermaksud, “pada malam itu turun para malaikat dan roh dengan
izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.”
Penjelasan perkataan ruh di sini adalah ditujukan kepada
Malaikat Jibril, bukanlah roh-roh manusia yang telah kembali ke alam barzakh.
Semoga salah faham pemasangan lampu pelita tujuh likur untuk
menerangi jalan kepada roh pulang ke rumah dapat difahami dengan lebih baik.
Wallahu’alam…
Sabtu, Ogos 03, 2013
Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!
Wah... gempak tak? First time ni, join contest macam ni. Saja je cuba nasib orang kata. Mana tahu ada rezeki terpijak! hihi... ;)
Cer teka, cer teka, berapa agaknya jumlah syiling di bawah ni?
Jadi, aku teka RM127.43.
Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi
- Tempat pertama – Wang tunai RM500
- Tempat Kedua – Wang tunai RM300
- Tempat Ketiga – Wang Tunai RM100
- Tempat Keempat – Topup/ Wang Tunai RM50
- Tempat Kelima – Topup/ Wang Tunai RM30
- Tempat Keenam – Topup/ Wang Tunai RM20
- Tempat Ketujuh Hingga Ke 16 – Topup/ Wang Tunai RM10
- 50 Pemenang Bertuah x Topup/ Wang Tunai RM10
- Jumlah Hadiah RM1,500 dimana seramai 66 orang layak memenangi hadiah berupa wang tunai atau topup
Contest
Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan
ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My,
FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com,
AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi,
BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat,
MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com,
FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at:
http://fuh.my/pertandingan-mega-raya/#sthash.5CgplUdz.dpuf
Pergh!!! Memang terbaiklah hadiah dia! ;)

Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net
Contest
Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan
ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My,
FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com,
AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi,
BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat,
MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com,
FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net - See more at:
http://fuh.my/pertandingan-mega-raya/#sthash.5CgplUdz.dpuf
Bungkam
Foto ini diambil sewaktu perlawanan persahabatan antarabangsa di Std. Hoki Bukit Serindit Melaka.
Berita kematian hero hoki kebangsaan, Chua Boon Huat amat
mengejutkan aku. Dia bukan siapa-siapa
pun denganku. Baik teman biasa,
pertalian darah jauh sekali. Mungkin sekadar peminat yang tidak tegar. Namun,
sehingga kini, setiap kali teringatkan dia dan membaca kisah tentang dia, air
mata ini takkan pernah berhenti untuk mengalir.
Sedih yang aku sendiri rasa pelik, kenapa aku perlu menangis
sebegitu. Sehinggakan rakan sekerja melarangku
membaca akhbar yang menceritakan tentangnya kerana penat melihat aku menangis. Bila difikirkan sebab musababnya, agaknya aku ni
fanatik dengan sukan hokilah sebagai punca kesedihan melanda…
Kalau dia muslim, mesti aku akan menziarahinya sebelum dikebumikan. Bukan jauh pun Taman Semabok Perdana tu...
Jumaat, Julai 26, 2013
Asbabul Nuzul
Setiap perkara mesti ada sebab dan merangkumi semua tanda tanya.
Begitu juga kalam suci Tuhan.
Tapi ia tidaklah termasuk pertanyaan, "eh, nuzul Al-Quran cuti umum kan?"
erk....

Isnin, Julai 22, 2013
100 hari bertemu Tuhannya
Pemergian
ayah bertemu Tuhannya telah berlalu 100 hari.
Masih segar lagi segala ingatanku bersamanya. Indah, pahit, manis, maung; semuanya
bercampur. Itulah lumrah kehidupan. Langit bukan selalu cerah. Lautan mana yang tak bergelora. Putaran roda kehidupan sentiasa berpusing,
kadang-kala di atas da nada ketikanya di bawah.
Ayah,
Marahnya ada
dalam diam,
Gembiranya
ada dalam senyuman,
Gigih
bekerja walaupun dimamah usia,
Basikal tua
itulah kenderaannya,
Sendunya
lahir di dalam doa.
Doaku
sentiasa dan takkan puas memohon pada Tuhan agar dikau bahagia di sana.
Jumaat, Julai 19, 2013
Azam Ramadhan
Ramai di kalangan kita memasang azam bagi setiap ketibaan tahun baru, lebih-lebih lagi tahun masihi berbanding tahun hijri. Tiada salahnya, kedua-dua tahun itu pun tiada masalah cuma bagi sesetengah orang memudahkan mereka merangka mengikut tahun masihi kerana seluruh dunia menggunakannya.
Namun, sedar tak sedar, ramai yang melupakan merangka pelan menambah pahala untuk akhirat di bulan Ramadhan. Walaupun hanya sebulan, jangan kita anggap enteng akan kelebihannya.
Apa salahnya merangka, membina jadual amalan walaupun hanya sekadar catatan diari kecil ataupun senarai semak amalan? Cukup sekadar mengingatkan diri sendiri dengan kadar amalan yang telah dibuat supaya boleh dibuat penambahbaikan seperti melipatgandakan amalan. Walaupun begitu, janganlah diharapkan pahala dan dihitung pula berapa kadar pahala yang akan diganjar oleh Tuhan!
Wallahu'alam... ;)

Khamis, Julai 18, 2013
Ramadhan Kareem
10 Ramadhan pertama hampir melabuhkan tirainya. Sememangnya masa itu beredar mengikut apa yang manusia fikirkan. Sememangnya Allah telah menetapkan perjalanan masa itu sekian sekian, namun terasa cepatnya masa bergantung kepada pengisiannya! Iya, itulah yang aku maksudkan.
Mendengar sayunya lagu terbaru nyanyian Maher Zain tentang Ramadhan telah menyebabkan mata ini sering bergenang. Apakah ini Ramadhan terakhir buatku? Bagus untuk beringat dan bersedia dengan amalan, namun hati ini amat takut akan kematian. Aku belum itu, belum ini, buat itu, buat ini, apabila diutarakan semua, semuanya tentang dunia! haih~
Bilalah agaknya diri ini dapat menjadi VVIP di sisi-Mu ya Allah? Izinkanlah.....

Selasa, Mei 21, 2013
Baking Project
Alhamdulillah…
Semasa Durian Crepe tengah ‘hot’ di hujung tahun yang lepas
dan awal tahun ini, aku cuba juga untuk berniaga. Alhamdulillah…walaupun tidak banyak sangat
jualan seperti ‘kedai bakery’, aku telah berjaya mengatasai rasa malu untuk
berniaga dan memecahkan kebiasaan (membeli).
Sekarang, berdikit-dikit aku tambah kemahiran membuat dan menjual
kek. Hihi… Buat pertama kalinya, ada
orang tempah Tiramisu untuk jamuan mereka.
Yeay!!!
Looking forward for a new business. Insyaallah…. ;)
Langgan:
Catatan (Atom)