Selasa, Oktober 05, 2010

Berakhirnya Syawwal


Syawwal hampir sangat di penghujungnya. Tahun ini, bukanlah tahun beraya yang meriah bagi aku sekeluarga. Kehilangan kakak sulung tersayang memberi kesan yang amat mendalam. Dia bukan ada apa-apa bahkan bukan sesiapa pun bagi semua orang kecuali aku, mak dan kakak aiza. Perginya di malam Jumaat 23 Ramadan amat dicemburui oleh semua orang yang mengetahui saat kematiannya. Ya, aku juga cemburu tetapi persoalannya adakah aku layak menerima 'darjat' itu di sisi Tuhan?
Sewaktu hayatnya, aku sering mengucapkan kata-kata ini sambil-sambil menyuap dia makan atau ketika memandikannya; "Kakak, kat akhirat nanti, kakak boleh tarik sepuluh orang masuk syurga tau. Dah tarik mak dengan bapak, tarik yayang tau."
Insyaallah...orang yang tiada dosa sepertinya aku mohon supaya dia ditempatkan bersama-sama para syuhada dan dijanjikan syurga. Ameen....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah utk arwah kakak awak. dia sakit apa ye??

BuRuuj berkata...

kak fara,
terima kasih. dia down sindrom. meninggal disebabkan pneumonia.