Rabu, Februari 24, 2010

Celaru

Sejak malam tadi, aku resah, gelisah. Segala perasaan takut, cemas menghantui diri. Nak buat itu tak kena, nak buat ini tak kena. Fobia pun ada. Baru nak mula menulis tesis, aku rasa patut baca jurnal-jurnal yang belum habis dibaca terlebih dahulu. Namun, bila dah mula membaca jurnal, aku rasa patut sambil-sambil menulis tesis. Akhir sekali, aku padam lampu dan menghenyakkan diri di atas tilam. Tapi, mata tetap tak mahu pejam. Guling kanan, guling kiri. Lalu aku bangun, turun ke tingkat bawah rumah. Menemani rakan serumah membuat analisis tesisnya. Kubancuh segelas susu panas, minum segelas air suam, lantas naik semula ke bilik dengan harapan mata lelap. Lama......namun, pagi juga akhirnya..

Awal pagi ini. Makan sarapan. Buka komputer, buat kerja-kerja akhir yang aku rasakan perlu tapi tetap serba tak kena. Naik turun tangga rumah sehinggalah terduduk di anak tangga.

"Akak...saya tak pernah rasa takut macam ni." Rungutku.
"Awak pergi jer....mana tau dia lembut hati." Pujuk akak serumah.

Aku solat sunat dhuha mohon diberi petunjuk serta berdoa agar dilembutkan hati pensyarahku itu. Lantas, segera bersiap. Keluar rumah jam 1015pagi, fikiran melayang sambil memandu. Belok susur di hadapan Desa Bakti, aku cemas dan serta-merta mahu mengenakan tali pinggang keledar tapi....dah terlambat kerana keretaku satu-satunya di situ lantas memang sudah menjadi sasaran si mata-mata. Alamak....

Disuruhnya ke tepi jalan, diminta lesen memandu, dilihat cukai jalan kenderaan dan disyarahnya aku. Menggeletar jugalah aku. Macam-macam benda dalam fikiran tapi yang paling utama, aku membayangkan duit kertas sudah mempunyai sayap mahu terbang dari sisiku. Arghh....dalam kesempitan begini, hatta seringgit pun amat bernilai! Alhamdulillah....tiada saman dikeluarkan.

Meneruskan rentak kaki. Aku tidak terus ke makmal. Singgah di perpustakaan sehingga zuhur. Bermunajat di rumah Allah mohon dipermudahkan segalanya. Dan akhirnya, aku melangkah jua ke makmal petang itu.

"Eh...saya ingatkan puteri manalah tadi."
"Assalamu'alaikum dokter? Dokter ape kabar?" sapaku.
"Alhamdulillah...sihat. Eh, saya ada meeting ni." balas supervisorku lalu keluar dari makmal.

Sedikit lega. Tiada apa yang berlaku. Tapi belum cukup memuaskan hatiku kerana lebih banyak hari yang perlu aku tempuhi selepas ini. huhh......

4 ulasan:

kapten berkata...

salam...napa dila????

Tanpa Nama berkata...

erkkkk....takut kenapakahh???

akimsensei berkata...

all the best skot.. caiyok2.. semoga dipermudahkan segala urusan master untuk dila & kerk..

BuRuuj berkata...

kapten,
ala...ade prob dgn supervisor lah.huhu...hubungan dgn dia dah mula xbaik ni. takottt!!!

kak fara,
risau sbb takot dia nilai yg tak baik utk kite. huhu....

akim,
time kaseh skot;)