Selasa, Februari 09, 2010

Isi tabung

Telah sekian lama menabung, baru kali ini aku buka isinya. Alhamdulillah walau tak banyak mana pun. RM 216. Tabung chomel itu merupakan pemberian bekas kawan-kawan sekerja dulu; bersempena dengan ulangtahun kelahiranku. Semenjak itu aku mula memuatkan isinya. Oleh kerana kesukaan terhadap syiling 50sen dan wang kertas baru, dengan tidak semena-mena aku telah menetapkan syarat isiannya. Makanya, tersangatlah lambat untuk mengumpul sebanyak itu. Kalau tak silap, hampir 2 tahun lah jugak. Ish...ish...Menabunglah demi kemaslahatan anda. :)

4 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Say punya tabungan 1 sen saja sudah sebanyak satu tin Milo.

Tok Rimau berkata...

Belanja ayam penyet.

akimsensei berkata...

wah, den pun baru pecahkan tabung den.. tapi tabung untuk syiling jelah.. rm115, not bad.. huhu..

BuRuuj berkata...

kang bp,
ala...1sen dah tak laku dah. huhu...

tok R,
ok jer...takut tok malu2 plak nnt;)

akim,
tahniah!