Selasa, Julai 28, 2009

Virus H1N1

Kes pertama di Johor adalah orang yang menetap selorong taman perumahan dengan aku. Gerun je bunyinya. Lantas, setibanya aku di lorong taman perumahan aku, aku kurangkan tekanan pedal minyak di kaki untuk mengenalpasti rumah suspect. Semuanya seperti biasa. Tiada tanda-tanda bahawa penghuni di situ dikuarantinkan. Tenteram sikit hati ini.

Minggu sudah, bekas housemate kembali ke rumah. Ada interview katanya di Wisma Persekutuan, JB. Pada hari yang sama, UPNM Kem Sungai Besi ditutup seminggu atas alasan virus itu. Bekas housemate menceritakan yang dia turut sama bersesak-sesak dengan mereka untuk ke destinasi masing-masing. Ya Allah...adakah bekas housemate aku telah jadi pembawa? Hati kembali gusar.

Semalam, kematian kedua H1N1 telah direkodkan. Aku berdoa, ini bukanlah akhir zaman.

Sabtu, Julai 18, 2009

4+1-1+1-1-1+1-1-1

Tajuk entri pun dah kene pikir berape la jawapan dia kan? Hah? Berape jawapan dia?
Hmm....betul(3x)! Namun, begitulah hakikat yang harus aku terima. Chewah...
Kawan datang, kawan pergi.
Kini, rumah aku kembali sepi.
Pagi tadi baru saja berlambai-lambai dengan seorang dari housemate yang akan pulang ke kampung halaman untuk terus bekerja di sana.
Tinggallah berdua di rumah yang besar begini.

Itu baru ruang lepak. Belum lagi ruang-ruang yang lain. Err...cuma ruang parking saja penuh. hehe... Buat masa ini, kami belum berniat mencari housemate baru tapi tengoklah nanti, kot-kot pintu hati kami terbuka. Ceh...macam nak cari pasangan bercinta lak! Hik...hik...

Untuk bekas housemates, aku doakan kalian bahagia dengan kehidupan baru, dengan pekerjaan baru dan dengan ijazah sarjana yang sama-sama kita cari di UTM ini. Adios!!!

Rabu, Julai 15, 2009

Keli Darat

Keli darat keli darat!!!
Ha....mari mari mari ei!!!!
Ah...sekor singgit sekor singgit!!!!
Dekat darat idup, dalam air mati!
Ah....mari mari mari!!!
Keli darat keli darat keli darat!!!
____________________________________________

Dah sebulan lebih aku tidak menulis di sini. Rindu, tapi tak tahu bagaimana nak mula. Cerita banyak di kepale tapi tak tersurat. Senin yang lepas, aku ke pasar malam. Dah lama jugak aku tak mampir di situ. Berjalan lalu sambil otak berfikir nak makan ape. Usai beli lontong kering, popia basah dan buah anggur, aku berjalan pulang. Dari jauh dah kedengaran suara pakcik itu. Keli darat keli darat!!!! Lalu di depan pakcik itu, aku berhenti seketika dan kemudian berjalan balik. Sepanjang perjalanan balik dari pasar sehinggalah ke rumah, pakcik itu telah membuat aku tersenyum. Kelakar, menarik, tapi tidak berjaya membuat aku membeli barang jualannya. Almaklumlah....aku dah 25 tahun. hehe...kalau ade anak kecik, aku beli kot! Dan akhirnya pakcik itu telah berjaya menjadi "spark plug" untuk aku menulis. Yeay!!!

Selasa, Jun 09, 2009

Sari Berita Penting

Halangan Tembok 6 kaki.

Hakka!!!

Hehe...


Ours!!!







Keputusan Keseluruhan. UTM hebat!!

Aku dan Kpl Fatimah punyer. Yea!!!

Pertandingan Futsal: ke-9
Pertandingan Bola Jaring: ke-2
Pertandingan Kawad Kaki & Senjata: 1st
Best Parade Commander: 1st
Pertandingan Merempuh Halangan: 1st
Pertandingan Larian Pentauliahan: 1st
Keseluruhan: 1st!!!
Aku: Larian terbuka wanita mendapat tempat ke-13. Walaupun tak dapat mengekalkan top 5, aku redha kerana aku sudah dapat menjangka bahawa tahun ini sukar untuk mengekalkannya berpandukan pengamatanku terhadap penyertaan yang ramai dan usia mereka yang jauh lebih muda. Faktor kekalahanku adalah kurang stamina dan latihan dengan jurulatih Sarjan Awang.
Sekalung Tahniah dan Syabas untuk UTM kerana mengaut lebih banyak kejuaraan berbanding tahun-tahun sudah!

Rabu, Mei 27, 2009

Dah mula dah...

Istiadat Pentauliahan DiRaja PALAPES IPTA sudah semakin hampir. Aku sangat berdebar-debar kerana:-

1. Tuan Rumah kali ini adalah Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

2. Oleh kerana tuan rumah, kerja banyak! Bersempena dengan itu, aku telah menjawat 4 jawatan penting antaranya, Unit Protokol, AJK Dewan Santapan DiRaja, Unit Perubatan dan jawatan yang terbaru diberi kepadaku tanpa pengetahuanku adalah AJK Sukan Bola Jaring. Huh....

3. Aku sangat stress kali ini kerana Pentauliahan di UKM yang lepas, aku mendapat no.4 dalam larian pentauliahan. Maknanya, tahun ini sama ada mahu mengekalkan top 5 runner up @ menang di tempat pertama yang merupakan idaman aku sejak sekian lama menceburkan diri dalam dunia larian ini.

4. Oleh kerana tuan rumah, Sultan Johor dan kerabat DiRaja serta seluruh warga UTM termasuk orang paling kanan iaitu Prof Dato' Dr Ir Zaini Ujang amat mengharapkan agar kejayaan mengiringi setiap acara yang dipertandingkan. Begitulah antara titah ucapan Tuanku dan Prof. Dan aku rasakan itulah tanggungjawab yang paling besar iaitu mengharumkan nama UTM. Ya Allah.....

Aku bukan seorang yang selfish. Tapi aku mahukan doa dari kalian supaya tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku di sini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya kerana kami turut membawa nama UTM. Doakan juga agar impian aku untuk bergelar juara Larian Pentauliahan tercapai. Ameen...