Selasa, Julai 28, 2009

Virus H1N1

Kes pertama di Johor adalah orang yang menetap selorong taman perumahan dengan aku. Gerun je bunyinya. Lantas, setibanya aku di lorong taman perumahan aku, aku kurangkan tekanan pedal minyak di kaki untuk mengenalpasti rumah suspect. Semuanya seperti biasa. Tiada tanda-tanda bahawa penghuni di situ dikuarantinkan. Tenteram sikit hati ini.

Minggu sudah, bekas housemate kembali ke rumah. Ada interview katanya di Wisma Persekutuan, JB. Pada hari yang sama, UPNM Kem Sungai Besi ditutup seminggu atas alasan virus itu. Bekas housemate menceritakan yang dia turut sama bersesak-sesak dengan mereka untuk ke destinasi masing-masing. Ya Allah...adakah bekas housemate aku telah jadi pembawa? Hati kembali gusar.

Semalam, kematian kedua H1N1 telah direkodkan. Aku berdoa, ini bukanlah akhir zaman.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amin. kami ni pon tgh takut gak neh.
uitm seri iskandar tu sebelah utp ja. tapi utp masih tak mau bagi kami balik umah.

wargh~

BuRuuj berkata...

azwan,
smga kamu slmt. tp skrg utp dh tutup kn? hrp2 xde ape2 yg berlaku pd kamu.

MUST berkata...

koreksional,maktab mahmud langkawi,kolej komuniti dan sek pun dah ada yang tutup.ada je yang baru balik bercuti kat sini dah meninggal.mas pun takut juga sebab sering berurusan dengan foreigner.dah kena pakai musk pun..huhu.harap dila and family sehat.