Jumaat, Januari 30, 2009

Hanya peminat

Pada 25 Mei tahun ini, usianya genaplah 38 tahun. Aku mengenalinya sejak usiaku 11 tahun lagi. Aku suka akan dia. Sampailah ke hari ini.

"Mak taknak dia jadi menantu mak."

"Kenape mak?" soalku.

"Mak kate mak taknak, mak taknak la." tegas mak lagi.

"Apela mak nie...Yang peminat dia je la mak. Jangan risau ea..."

Aku heran. Apelah yang ada kat fikiran mak aku sampaikan aku minat artis pun dia fikir yang artis tue akan jadi menantu dia. Ish...ish...mak...mak...;)

Jumaat, Januari 23, 2009

Bila orang cina beraya

"Yang, cepat gi belanja barang dapur. Kang raya cina, pasaraya tutup pulak. Diorang makan besar, tak pasal-pasal kita makan kecik pun tak dapat."

"Eh mak nie. Mana ada pasaraya tutup raya cina nanti? Kedai-kedai jer tutup. Alah...jangan risaulah mak. Pasaraya tutup, kedai melayu kan banyak lagi."

"Yeke pasaraya tak tutup?"

"Tak lah mak. Jangan risaulah..."

Bila orang cina beraya,
Orang Melayu lah yang paling susah hati. Takut kedai tutup, tak dapat beli keperluan harian. Takut kebulur 2 hari tak makan.

Bila orang cina beraya,
Orang melayu lah paling susah hati. Ikan, udang dan sayur berkurangan. Diorang kata, laut bergelora lah, hasil tangkapan tak memuaskan lah, walhal, 'orang kita' yang ramai jadi nelayan. 'Mereka' tu peraih jer.

Bila orang cina beraya,
Orang melayu lah yang paling susah hati. Harga ikan, udang, sayur, semua melambung tinggi. Duit belanja pun kene lebih sikit untuk bulan nie. Nak berkira, perut tak berisi lah nanti.

Tapi satu jer yang orang melayu suka time cina beraya. Dapat dengar bunga api meletup sana-sini tak mengapa walau dinihari menjelma. Duduk depan tv sampai habis posisi, leka menonton cerita cina itu-ini. Dapat dengar "tong-tong-cheng" walau jalan sesak berjam lamanya dengan alasan, "Alah...takpe, bukan selalu macam nie."

Khamis, Januari 22, 2009

Edisi Pecut Markonah

Usai menghantar kekanda ke sekolah, Markonah mula memecut. "Alamak! Dah pukul 7.10. Lambatla aku hari nie." getus Markonah. Meter hadlaju pada 90kmj tanpa mempedulikan papan hadlaju 40kmj! "Aku perlu sampai sebelum jam 8.00!"

Mungkin hari ini, nasib tidak menyebelahi Markonah. Traler panjang dengan muatan, kereta kotak mancis, Daihatsu buruk dan 'backhoe' kerap menjadi penghalang. Dan pundi sudah terisi penuh. Hormon adrenalin terembes dengan banyaknya menandakan tindakan segera perlu dilakukan! Selalu-selalu, lorong membelok ke kanan jarang ada kenderaan. Anggapan itu tersemat di minda. Setiap kesempatan, Markonah memasuki lane itu, namun memang sudah tersurat, ada kenderaan mahu membelok tanpa memberi signal! "Argh!!! ade aje halangan." Signal ke kiri diberi, namun kenderaan belakang yang turut sama berada di jalan yang salah mahu memecut terlebih dahulu. Markonah fikirkan dia akan memberi jalan, tapi.....

Honk!!!!!!!!!!!!!!

"Adus.....hek eleh, bunyi hon pun macam bunyi itik, ade hati nak marah-marah orang!" bentak Markonah.

Dan hari ini, Markonah kelewatan lagi...

Rabu, Januari 21, 2009

Murninyer Klinik Murni..

Rupa-rupanya batuk yang berpanjangan selama hampir 3 bulan itu adalah simptom penyakit bronkitis. Aku ketahuinya setelah mendapatkan rawatan di Poliklinik Murni di Bandar Baru Uda. Dr. Azizah cakap aku kene acute bronchitis. Dan sekarang, Alhamdulillah...beransur sembuh.

Bronkitis ialah sejenis keradangan atau penyempitan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) serta hilang fungsi mengembang dan menguncup di dalam paru-paru yang disebabkan oleh virus atau bakteria (sumber dari The Tole).

Betapa murninya klinik tue dan aku bersyukur sangat2. Lepas nie, aku bolehlah aktif seperti selalu-selalu. Ah...betapa rindunyer pada kasut sukan dan raket badminton yang dah lama terletak di sudut itu...

Rabu, Januari 14, 2009

Dilepaskan, Terlepas dan Melepas...

Aku takde kamus dewan bahasa dan pustaka edisi terbaru. Edisi lama pun takde. Terasa rugi pula tak memilikinya. Tapi, pun begitu, izinkan aku menafsirkan perkataan entri mengikut kefahaman aku sendiri. Konteks yang aku ingin ketengahkan di sini ialah cinta. Haha....

Dilepaskan: Perbuatan meminta dibebaskan. Tak mahu terikat lagi.
Contohnya; "I minta dilepaskan. Tolonglah lepaskan i. I tak mahu digantung tak bertali begini."

Terlepas: Tak sengaja membebaskan atau dalam keadaan separa sedar telah membiarkan ia berlalu pergi.
Contohnya; "Maafkan i, i tak sengaja. Perkataan itu terlepas dari mulut i dalam keadaan yg i tak jangka. Oh..."

Melepas: Membuang atau dengan sengaja membebaskan.
Contohnya; "Aduh...melepas aku. Kenapa dulu aku tak perasankannya?"

"Argh...melepas aku. Aku terlepas peluang untuk memilikinya. Saat indah bagaikan telah dilepaskan begitu sahaja."

Hahahaha...yang pastinya, aku telah melepas dan terlepas..