Khamis, Ogos 12, 2010

Dua Pertembungan

"Kalau nak sembahyang, buat betul-betul. Jangan asyik keluar masuk aje. Ganggu orang nak sembahyang!" Marah seorang makcik sambil menahan beberapa orang kanak-kanak yang asyik lalu di hadapan jemaah.

Iya, aku turut geram apabila solatku terganggu dek kanak-kanak yang tak henti-henti bermain di masjid. Bukan setakat lalu di hadapan jemaah, bahkan ketika sujud pun mereka melangkaui kepala jemaah. Tangan aku juga pernah dipijak mereka. Dalam hal ini, ibu bapa patut dipersalahkan. Apabila pertembungan dua hukum, yang utama diutamakan. Solat tarawikh sunat hukumnya manakala mengganggu jemaah solat adalah haram dan berdosa. Usah dibawa anak yang masih kecil yang tidak mahu mendengar kata. Kalau dibawa juga, letakkanlah di saf belakang sekali, jangan dicampurkan dengan saf utama.

Satu lagi masalah yang ingin aku bicarakan. Usah chop-chop saf dan kedudukan dengan kain telekung atau sebagainya kerana dikhuatiri ketika jemaah hendak memulakan solat, anda belum sempat sampai dan akan menjadikan saf terlopong. Saf hanya boleh terpisah oleh dinding, penghadang atau tiang.

Fikir-fikirkanlah. 'Ala kulli hal. Wallahu'alam....

3 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Cop cop saf ni isu wanita je. Lelaki tak de. Wanita mmg territorial.

Tanpa Nama berkata...

mungkin niat ibu bapa ni baik. mahu mengajar anak2 supaya mengimarahkan masjid. tp sayang....hanya ketika Ramadhan sahaja. lepas Ramadhan...jgn kata mak....ayh pon x jejak kaki ke masjid. jadi macam mana mahu mengajar anak tentang adab di masjid??



ehhh...mcm salah masuk topik lak. hehhehe

btw....minggu lepas akak balik JB. tp tak sempat nak ziarah UTM. jd x sempat nk inform awk. sori ekk. ada rezeki, kita jumpa lain kali :D :D

BuRuuj berkata...

tok,
kt mekah, sistem cop ni semua org buat. tp tak timbul masalah seperti di sini.

kak fara,
niat tak selari dgn perbuatan. ibu bapa perlu ajar cara menghormati masjid terlebih dahulu.

la...yeke? xpe...insyaallah...ade jodoh pasti ketemu jua;)