Rabu, Mac 04, 2009

Kejadian Tetamu Pelik Yang Tak Diundang

Alhamdulillah....walimatulurus sudah sempurna. Malam sabtu kelmarin, kami didatangi oleh satu keluarga yang tak kami kenali. Kami tak kenal mereka hatta bertemu di majlis2 kenduri saudara sekalipun tapi mereka mendakwa bahawa mereka anak kepada Jalal. (Bapak ada anak saudara nama jalal). Pakcik Din tinggalkan anak2 dan isteri mereka tidur di rumah kami. Oleh kerana tak kenal, kami berhati-hati. Yela, banyak kes orang nak buat kenduri kahwin nie, macam2 perkara berlaku. Makcik tue borak2 dengan aku, dengan kakak, dengan emak, semuanya berkisar tentang harta atau lebih senang pasal tanah. Aku sudah rasa ada yang tak kena sejak awal lagi kehadiran mereka. Aku layan acuh tak acuh saja. Malas nk memperkatakan pasal tanah. Lagipun aku tak tahu menahu pun pasal tu. Abang-abang dan kakak yang jauh sudah sampai rumah, makcik tue ajak borak pasal tanah lagi. Huh~~ Lepas tue, cerita pasal anak lelak dia kahwin dua tak dapat2 anak. Cerita pasal anak kerja sana-sini. Aku tak tanya pun! Jahatkan aku nie? Hahahaha....(gelak keji).

Dalam pada kami sekeluarga penat dan sibuk itu-ini, mereka sikit pun tak tolong! Sibuk cari teman borak. Nak cerita pasal tanah la tue fikirku. Nasib baiklah seorang dari anak mereka rajin membantu. Syafiq namanya. Malam ahad, sedang kami sibuk dengan majlis khataman, berzanji dan marhaban, makcik tue gelisah tak senang duduk. Keluar ke pinggir jalan memegang telefon bimbit. Membentak-bentak dan menangis, kata Pak Long ku yang melihat kejadian. Bermacam2 persoalan bermain di mindaku tapi aku ketepikan. Banyak lagi perkara lain yang perlu aku bereskan. Majlis meraikan pengantin dan tetamu berlangsung keesokan harinya. Pada pagi itu, makcik dan pakcik Din meminta izin untuk keluar sekejap, katanya ada urusan. Tapi cara cakapnya tergagap-gagap seperti takut dan mahu menyembunyikan sesuatu. Mak kata, "iyalah...tapi jangan lama-lama." Syafiq ditinggalkan. Usai majlis, mereka tak pulang-pulang pun. Kami tanya syafiq, "mana mak ayah kamu?" Dia hanya jawab "entah! Tapi, ayah nak datang ambik malam nanti." Malam tiba, pakcik tue tak muncul-muncul pun! Kami perlu lebih berhati-hati, mak ayah baru saja terima duit sumbangan. Bimbang sungguh! Aku telefon abang Esa ku yang merupakan seorang polis. Dia suruh berjaga-jaga dan kalau esok ayah syafiq tak ambil dia, bagi saja duit tambang. Jam 10 pagi hari isnin, barulah pakcik tue sampai. Fuh, lega~ Masuk je kawasan rumah, kereta tiba-tiba rosak. Laa....Pak amin yang tolong mengemas berseloroh, "jaga-jaga, nanti nak pinjam duit pulak nak betulkan kereta!". Aku dah kecut. Alhamdulillah, tiada apa-apa berlaku.

Petang isnin, abang Esa datang mahu membantu mengemas. Sambil-sambil itu, dia bercerita. Segala persoalan terungkai. Sebenarnya, mereka tak berniat pun mahu datang ke majlis kami, baju pun tak dibawa. (padanlah asyik pakai baju yang sama!) Dia mahu ke rumah Pak Busu (adik bapak) tapi pak busu suruh ke rumah kami dan boleh terus bertemu pak busu di situ. Sebenarnya, keluarga mereka memang sedang dilanda masalah. Perceraian mungkin? Dan mahu menjualkan salah satu dari kereta lamanya. Tapi tak jumpa pembeli. Kebetulan, mereka pun mahu mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya, tapi anak lelaki tersebut baru memberitahu yang dia nak kahwin secepat mungkin. Kata maknya 8mac ini, tapi kata Syafiq 15mac pulak. Entahlah, mana satu yang betul. Dan akhir cerita abang Esa ku yang bertugas sebagai polis itu, dari 10 kata-kata mereka, mungkin hanya 2 kata-kata saja yang boleh dipercayai. Jadi, memang benar sangkaanku bahawa keluarga tersebut ada sesuatu yang tak kena. Entahlah....Wallahu a'lam~

3 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Wallahu a'lam....

Tanpa Nama berkata...

pening pening~

BuRuuj berkata...

bp,
wallahu a'lam;)

azwan,
pening kn? hahaha...macam2 ada...