Khamis, Februari 19, 2009

Hujan Di Hati

Mereka takkan faham. Benarlah pepatah, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul." Jerih perit, tuhan saja yang tahu. Sekiranya ada yang mengatakan, "Saya faham perasaan awak", ah…itu hanya omongan untuk menyedapkan hati. Hakikatnya, mahukah dia mengambilalih tugas dan menanggung semua itu? Tentu tidak, bukan? Bodohlah mereka sebab mahu menanggung kesusahan orang lain. "Buat apa aku nak bersusah payah? Sedangkan tuhan sudah bagi kesenangan untuk aku." Itulah kata-kata mereka.

Dan sabar adalah ibu segala kesulitan. Itu aku mengerti. Dulu, sewaktu kecil, aku malu. Tapi kedewasaan mematangkan aku. Menerima takdir seadanya. Di dunia memanglah seperti beban. Tapi di akhirat? Wallahu'alam. Mulut tempayan mudah saja untuk ditutup, tapi mulut manusia? Ada saja yang tidak kena. Itulah, inilah, begitu, begini. Teman ketawa merata, teman menangis, payah ditemui. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ada menyebut di dalam lirik lagunya,

~Kasihnya ibu, membawa ke syurga,
kasihnya saudara, masa berada~

Ya, tepat sekali! Memilikimu adalah satu anugerah yang tak ternilai. Kau istimewa yang begitu istimewa. Namun, aku bimbang, jika ditakdirkan kami pergi dahulu, siapa yang akan menjagamu? "Ya Allah, sampai bilakah hujan di hati ini akan berakhir? Kepada-Mu jua aku mohon petunjuk. Andai ditakdirkan kematian itu boleh diatur, biarlah dia pergi dahulu agar tenang rohnya di sana dari terus hidup terseksa di sini." Ameenn....

5 ulasan:

en_me berkata...

Kasihnya ibu, membawa ke syurga,
kasihnya ayah, takdok tolok bandingnyerrr..

Yana Ismail berkata...

hmm..btol skali..waaa rindu mama..;(

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah dari cerita mungkar

OP Zaharin berkata...

masih banyak yang nak dibuat untuk ibu.

BuRuuj berkata...

en_me,
betul tue!

yana,
pasnie lg rindulah kamu bila dh kawen nnt;P

aku org kecik,
salam ziarah juga.

op,
kita sama. tgh berusaha utk gembirakan dia.