Selasa, Februari 17, 2009

Hati


Rabu minggu lepas, aku menerima panggilan yang mengatakan bahawa ada bungkusan untukku di pejabat fakulti. "Mungkin dah sampai," bisik hatiku. Ternyata, benar sama sekali! Tak sabar untuk membukanya.
Sampai di rumah, hatiku berdebar-debar. Bimbang akan keadaan bungkusan itu. Alhamdulillah, semuanya elok-elok belaka. Sahabat dari Mesir sanggup mengirimkan hati unta itu kepada aku. Selepas dihiris nipis-nipis, aku terus rebus. Dan keesokannya barulah aku masak rendang. Awalnya, agak buntu juga mahu dimasak apa, setelah mendapatkan khidmat nasihat bonda, aku jadikanlah rendang. Alhamdulillah, sedap juga walaupun baru pertama kali masak rendang. Selalu-selalu, bonda yang masak dan aku tolong aja. Sepanjang proses memasak itu, kumat-kamit jugalah aku membaca selawat syifa agar benar-benar menjadi penawar. Semoga usaha aku membuahkan hasil. Ameenn....
Terima kasih kepada sahabat Mesir yang sanggup membantu walaupun kita kenal tak lama...

5 ulasan:

Yana Ismail berkata...

hmm..wah!mesti sedap..alaahai..penawar apa kak?kalau bleh yana tahu..

Tanpa Nama berkata...

wah. unta! xpenah makan lg. arnab pon belom. huhu

Tanpa Nama berkata...

sedap ke hati unta??? aku penah minum susu unta jek. sedap gile. walaupun baru perah, tp rasa dia cm br kuar dr peti sejuk.

ahhhh....rindunya tanah suci

BuRuuj berkata...

princess,
acute bronchitis. org kata, hati unta penawarnya macam asma jugak kot, penawarnya hati unta..wallahu'alam;)

azwan,
maaflah...dh habis;P

fafa,
kamu lg hebat! minum susu unta fresh..huhu

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah dari cerita mungkar