Rabu, Mac 18, 2009

Bukan Krisis Identiti

Ya, memang benar. Aku adalah pelajar. Aku juga merangkap seorang askar. Aku juga seorang pembantu pengajar dan pembantu makmal, tapi secara tidak rasmi. Aku seorang yang bergelar cikgu atau ustazah bila ada orang yang memanggil aku begitu. Salah kah? Hahaha....

Ya, aku memakai pakaian menurut kata syariat. Aku juga memakai uniform menurut kata Kementerian Pertahanan. Aku pakai tudung besar dan litup. Aku juga pakai tudung saiz biasa. Mengikut situasi, aku pakai tudung masuk ke dalam baju. Tapi aku tak pakai tudung saji. Salah kah? Hahaha....

Ya, memang benar. Ada orang kata aku lembut dan baik. Ada orang kata aku keras dan garang. Ada orang kata aku kuat persis lelaki. Ada orang kata aku lemah seperti perempuan. Tapi yang penting dan paling utama, aku bukan nabi, malaikat jauh sekali.

Aku bukan tamak mahu jadi itu dan ini. Tapi mungkin sudah ketentuan aku begitu. Janganlah kau berasa takut mahu mendampingiku kerna aku hanya insan biasa yang mempunyai keinginan luar biasa agar bisa kelihatan istimewa di matamu..^^

7 ulasan:

akimsensei berkata...

wah buruuj, ucapan last skali tu untuk siapa ya?

Insyirah berkata...

ayat last sekali ada seribu makna tu.. :-)

Salam Ukhwahfillah..

Yana Ismail berkata...

hu hu hu..wah wah..siapa kah itu kak?ekeke..hm btol jgn pkai tdg saji sdh ;P

BuRuuj berkata...

akimsensei,
untuk kamu;P

Alamnasyrah,
Salam ukhuwah;) Makna seribu. hehe...

Princess,
siapakah? Itu kamu...hihi;P

akimsensei berkata...

luar biasa bagusss..

BuRuuj berkata...

akimsensei,
takut-kah?

akimsensei berkata...

buruuj, apa yg takut? mental mesti kuat, luar biasa baguss..