Jumaat, November 28, 2008

Route To Kuching II



Mentari pagi menyinari penerbangan kami ke sana... Masyaallah.... Indah sungguh ^^



Cat statue. Yela, Kuchingla katakan! Hurm...satu family bermesra kat situ. Dan kami di waktu terik mentari tue jugak nak bergambar-gambar. Makanya, ramai yang meng'hon' kami. Nampak sangat kami nie pelancong. hehe....seronok!



Restoran yang penuh dengan imej borneo. Tak makan kat situ pun, kami dah kenyang dengan pemandangannya. Seronok tak terhingga sampaikan perut pun tak rasa lapar walaupun dah time makan. hehe...^^


Sarakraf.. Cantik jika dibuat perhiasan rumah. Tapi apakan daya, tak terlarat pulak nak bawa balik nanti. So, ambik gambar jela buat kenang-kenangan. (",)


"Engkaulah ratu di mahligai permata, Istana bayangan syurga....(Balqis-UNIC)"
Agaknya begitulah bayangan istana milik ratu Balqis ek? Masuk ke Merdeka Palace Hotel nie pun aku dah rasa terpegun. Cantik dan megah!



Art Gallery yang ada di situ. Hurm....Mahal harganya! Cukuplah sekadar memandang=)


Sepetang di Muzium Sarawak. Selepas seharian mengantukkan diri di Malaysian Society Applied Biology 2008, kami bersiar-siar di kawasan sekitarnya. Hah, ape lagi! Snap! Snap! hehe...puas jadi model itu dan ini. So, sesiapa yang nak amek kami sebagai model, dipersilakan!




Hibiscus di taman larangan. hik...hik... ;) Species nie adalah species yang tawaduk. Walauapepun yang terjadi, bunganya akan tetap tunduk ke bumi. Patah leher kot! hehe.... ;)


Hand straight to heart. Kata-kata yang ade kat cermin kedai cenderahati nie. Sweet kan? Dan aku hanya memandang dari luar cermin. Tak berani masuk. Takut! Kampung betul aku nih!



Makan malam or dinner. hik...hik... ;) Ape yang pasti, sedap sangat! Makanan tradisi sarawak. Maaflah, takde gambar makanan tue sebab takut habis di'tangkap' orang lain kalau asyik 'tangkap' gambar. :)

Dua malam di sana sangat singkat bagi kami. Pertama kali menaiki pesawat dan melancong ke negeri borneo sangat mengujakan aku. Walaupun tak habis 'round', aku sudah cukup seronok ke tempat-tempat yang sempat aku singgah. Ole-ole untuk orang tersayang tak pernah aku lupa. Penuh beg baju aku. hehe.... Dan hujan yang sangat lebat sehinggakan sedikit banjir dalam masa tak sampai sejam! Seperti menandakan ketidak izinan 'mereka' membenarkan aku pulang. hoho...macam poyo jerk!


Dan selamat juga kami tiba di "Kuching International Airport". Pergi berlima, balik bertiga. Sorang dari kami pulang ke kampung di Miri manakala sorang lagi nak bercuti lagi dengan sepupu-sepupu yang turut diterbangkan dari Johor! haha...cuti sakan betul dia nih!

Ok, adios!!

Khamis, November 27, 2008

Bilik Kosong


Tetamu datang tetamu pergi
Namun, aku tetap di sini


Ceh!! Ayat jiwang lah pulak. Walau apepun, kenyataan harus ditelan. Dia pergi meninggalkan pesan. Bukan meninggal daa... dia melanjutkan pelajaran.. Tanah selatan ditinggalkan untuk mencari arah baru. Barat katanya. Bukan Amerika atau UK, tapi Barat Malaysia, UKM. Hehe...


Dan......
Perpisahan berlaku lagi serta airmata yang tak henti-henti untuk mengalir.
Ah....pandai sungguh kau bermain airmata.
Sedih pilu dan hiba.
Ceh! Itu lakonan cuma.

Dan.....
Bilik itu kosong lagi buat kali yang aku sendiri tidak pasti.
Apa yang pasti ia perlu diisi kembali.
Har...har...har.....(gelak keji)



Mari mari mari!!!! Bilik kosong satu!!! Bilik kosong satu!!! Siapa cepat dia dapat!!!

Selasa, November 25, 2008

Jom Bersenam!


Solat fardu lima waktu:-
--> 17 rukuk
--> 17 iktidal
--> 68 sujud
--> 32 duduk bersimpuh
--> 20 toleh kanan dan kiri
.............err...nak toleh atas bawah boleh jugak, tapi lepas solatlah..
Solat fardu+sunat qobliah ba'diah+sunat taubat 2 rakaat+sunat hajat 2 rakaat+sunat witir 3 rakaat+sunat dhuha 2 rakaat:-
--> 40 rukuk
--> 40 iktidal
--> 160 sujud
--> 80 duduk bersimpuh
--> 36 toleh kanan dan kiri

Hmmm...dari segi waktu pulak rasanyer dah melebihi 20 minit sehari. Lebih dari waktu senaman yang dianjurkan, bahkan setiap hari bukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu!
Kan sihat namanya tue!

Renung-renungkan dan selamat beramal (hehe...ciplak ayat ustaz)

Kasih sayang hakiki ^_^


Hurm…entri kasih sayang nampaknya kali nie. Bukan ape, saje untuk menarik perhatian kalian. Fitrah manusia dambakan kasih sayang dan perhatian dari orang lain. Namun, kadang-kadang ada orang yang tak menghargainya...

Memetik pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kepada penganut Islam, ada pihak yang tidak menyetujuinya. Kenapa? Bermacam-macam lontaran idea logik akal dikeluarkan. Begitu juga dengan pengharaman pengkid. Banyak pihak membantah larangan itu. Apa yang menjadi sesalan adalah umat Islam sendiri yang membantah. Apa nak jadi nih? Aku sesal. Inilah akibatnya kalau Islam hanya pada permukaan. Tidak menyelami sampai ke dasarnya. Bagi yang ‘tepuk dada tanya iman’, mereka menurut tidak langsung membantah kerana mereka tahu, sesuatu fatwa yang dikeluarkan telah merujuk kepada pelbagai rujukan ulung yang sahih. Kenapa masih perlu meraguinya? Lagipun, ia dibahaskan oleh orang ‘alim ulama. Mereka tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sesuatu kenyataan tanpa membuat sebarang rujukan. Bukankah ulama’ pewaris anbiya’?

Bagi yang ‘tepuk dada tanya selera’, yang mahu meneruskan aktiviti yoga itu, atau masih samar-samar mahu menuruti atau tidak, fikir-fikirkanlah...

Kita ada agama yang menjaga kita. Keseluruhannya! Luaran dan dalaman! Kenapa kita masih ragu-ragu lagi akan kasih sayang-Nya?

Jumaat, November 21, 2008

Gadis Melayu


Gadis Melayu. Lengkap semuanya. Cantik paras rupa, pandai serba-serbi seperti memasak, menjahit, mengemas rumah, mendekorasi hiasan dan sebagainya. Sopan orangnya, lembut bicara, manis tutur kata serta anggun penampilan. Pendek dan panjang kata, cantik segala lah...

Rancangan yang diwujudkan atas dasar keprihatinan media terhadap kecenderungan muda-mudi masakini ke arah penampilan kebaratan. Bagus juga kalau mesej yang hendak disampaikan tercapai. Tapi bagaimana pula dengan kayu pengukur terhadap keberkesanan program itu? Apakah ia tamat tatkala pemenang gadis melayu itu diumumkan? Bagaimana pula dengan khalayak sasaran yang menonton rancangan? Apakah ia berhasil atau sebaliknya?

Nah, kita lihat sahaja rancangan realiti yang berbentuk hiburan. Tumbuh bak cendawan selepas hujan. Begitu juga golongan sasaran. Sehinggakan kanak-kanak juga turut diasuh dan dididik untuk menjadi penghibur bila dewasa kelak. Jikalau beginilah, natijahnya pada bangsa, agama dan juga negara. Ramai yang beranggapan ia sebagai cemelan. Tapi masih tidak cukupkah hiburan yang sudah melana itu hatta mengalahkan penyebaran ilmu?

Emas perak intan berlian
Bistari jauhari mengenal manikam
Khasiat hidangan jadi santapan
Mengapa cemelan masih diidam?




Rabu, November 19, 2008

The Power of Dreams!!!!



Honda...The power of dreams.... Hebat!!! Penyelidikan hampir seusiaku! Maaf, ia bukan gambar real. Asimo hasil tangkapan dari buklet yang dibawa balik kawan. Tak dapat menyaksikan di DSI sebab sibuk dengan makmal yang tak sudah-sudah. Ia hasil teknologi manusia untuk mencipta robot umpama manusia.


Allah ada menyatakan dalam Quran bahawa manusia tak dapat mencipta hatta seekor nyamuk pun yang serupa dengan ciptaan-Nya. (sila betulkan frasa ini jika salah). Cube lihat ciptaan Allah yang ini.....

haa...cute kan. ;) macam saya. ahaks......

Jujur

Kejujuran suatu anugerah
Insan jujur pasti disenangi
Jujur pada sesuatu pasti akan mendapat balasannya
Jujur pada diri sendiri suatu nikmat yang tak terhingga
Jujur atas nikmat adalah suatu kepuasan yang tak ternilai...

Rabu, November 12, 2008

Route to Kuching I


Meoww!!!!


Terimalah kedatanganku. 6 November yang lalu, sejarah telah tercipta. Aku buat kali pertamanya menaiki pesawat untuk ke Pulau Borneo, Sarawak. Sambil menyelam, minum air. Alang-alang atas urusan kerja di sana, aku boleh cuti-cuti dan cuci-cuci. Hehe...



Flight departure: 0645.
Flight arrival: 0745.

Jenama: AirAsia.

Duration: 1 hour.

Condition: Fenin-fenin sebab malamnya tak leh tidur dek excited nak naik flight for the 1st time. Lebih-lebih lagi ditakutkan dengan momokan bahawa AirAsia tak tunggu penumpang yang lewat, makanya bangun pada sangat awal pagi. Hurm...tidur lewat bangun awal. So, fenin-fenin..




To be continue....


Isnin, November 10, 2008

Selamat Hari Lahir Sayang


Pada hari ini, lahirlah seorang insan yang diibaratkan sehelai kain putih. Tak mengenal dunia itu bagaimana. Sempurna kejadian Allah berikan. Namun, takdir Tuhan penentu segala. Apa yang manusia rancang belum tentu jadinya. Tuhan lebih mengetahui. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Penyakit jaundice menyerang tatkala diri masih kerdil. Dia terencat akal, kini. Usia meningkat dewasa. Mak ayah semakin dimamah usia. Apakah dan bagaimanakah kesudahanmu kelak? Ya Allah!! Aku mohon segala kekuatan! Syurga yang Engkau janjikan di sana, terasa amat perit di dunia. Namun, kelahiranmu mengajarku erti kesabaran dan ketabahan mengharungi liku-liku kehidupan dan berterima kasih atas setiap kurniaan-Nya.


Selamat hari lahir sayang.... Jangan bimbang. Selagi hayat dikandung badan, selagi kudrat mampu bertahan, selagi itulah kau tetap ku sayang....