Sabtu, November 17, 2012

Bahasa Tuhan 2

Aku sering diuji dengan pelbagai ujian; sama ada besar atau kecil dan ujian yang pelbagai bentuk.  Kalau tidak ke atas aku, ia berlaku ke atas orang yang berada di sekelilingku sehingga turut melibatkan aku sama.

Ya Allah, apakah hikmahnya?

Ilhamkanlah, agar aku mengerti bahasa-Mu itu.

Jumaat, November 16, 2012

Bahasa Tuhan

Janganlah rasa mual dengan sikapku.  Aku hanya insan biasa yang punya banyak dosa dan noda.  Aku berazam untuk mengubah diri ini menjadi insan terbaik di pandangan Tuhan.  Andai aku kelihatan buruk di pandanganmu, biarkanlah aku.  Kerana aku tidak bisa memenuhi hasrat setiap insan dan ia adalah mustahil! 

Ibarat, seekor keldai bersama tuan dan isterinya.  Ada sahaja yang tidak kena di pandangan manusia yang melihat perbuatan mereka.  Hanya untuk memuaskan hati manusia yang memberikan pandangan, namun pandangan yang sama tidak kelihatan di mata insan lain.  Oleh itu, pandangan manusia itu adalah mustahil untuk dipenuhi.

Namun, pandangan Tuhan itu Maha Agung.  Walaupun banyak compang-camping, Tuhan tetap memandangnya dengan pandangan yang tidak pernah mengecewakan.  Cuma, hati ini sukar untuk menerima ketentuan-Nya.

Maka, belajarlah Bahasa Tuhan, agar kamu mengerti.

Rabu, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

"Berdoalah, maka akan Aku perkenankan permintaan kamu." Itulah kata-kata Tuhan Yang Amat Pemurah.

Fill heart with no worries... ;)

Jumaat, September 28, 2012

Borak-borak Sorey

"Hello mama, @#%&*cuk aner?" Tanya Alif.

"Hah? ucuk? mane mama tau. Umi acuh tak?" Balasku.

"@#%&*cuk aner?" Alif tanya sekali lagi

"Ko faham tak Alif cakap ape?" Kakak aku mula mengambil telefon daripada Alif.

"ntah." Jawabku ringkas.

"Bukan ucuk la, pak ucu mane Alif tanya." Kakak menjelaskan.

"ooo....ingatkan tanya ucuk dia mane.." Ujarku.

"Tak...aku tengah borak-borak dengan mak pasal kau. Dulu aku beranakkan Alif, kau  dapat keje kat Nestle, pastu, aku beranakkan Aqilah pulak, kau dapat keje kat Melaka pulak. Pastu mak cakap, kalau aku beranak lagi gaknya, Alif dapatlah pak ucu dia." Terang kakak.

"hahahaha...hai dah planning nak tambah lagi ke?" Usikku.

"Takdelah. Stop dulu, biar bebudak ni besor dulu." Balas kakak.

Sekarang ni, topik kawin dah selalu jadi bualan mak dengan kakak.  Mereka sangat risaukan aku yang bakal menginjak usia ke angka 30an masih belum ada kawan.

haihh...aku tak mampu nak kata apa. hmmm....

Rabu, September 26, 2012

Good Friend Brother Tanker


Dulu, aku ada pandangan yang negatif terhadap 'abang-abang' lori.
Kini, tidak lagi.

Bukan semua abang lori jahat.  Memandu dengan tidak berhemah dan macam-macam lagi.  Memang benar, saiz kenderaan sangat berbeza.  Mereka lebih gagah, tetapi banyak yang lebih kerdil terutamanya motosikal masih mahu berlagak hero di jalanan.  Walaupun yang kerdil bersalah tetapi si gagah tetap tempat dilampiaskan amarah dan kesalahan.

Kesian.

Terima kasih kepada abang-abang dan pakcik-pakcik lori yang telah mengubah pandanganku terhadap mereka.

(bestnyer naik transformer a.k.a lori besar.  Seperti mata burung yang luas darjah pandangan... ;))