Rabu, Mac 31, 2010

Halaman Bonda


"Eh mak? Apesal tv jadi macam ni mak? Tengok berita dah macam tengok crite 'The Hulk' dah." Tanyaku.

"Ohh...dah seminggu dah. Kaler dia habislah tu agaknya." Balas mak.

"Dah lama jugak ek mak tv ni?" Tanyaku lagi.

"Yelah....adelah dalam 5, 6 tahun tv ni. Ni baru pertama kali rosak sejak Yang beli." Jawab mak.

"Iyeke mak?"

"Yang...Yang...kesian tv tu." Sambung mak lagi.

........aduss. Mendalam sungguh maksud mak. Maafkan Yang mak. Tak dapat tolong mak kali ini, di saat ini.


Indahnya halaman bonda di kala malam.

Isnin, Mac 29, 2010

Anugerah Aidiladha


Firdaus. Suatu nama yang pernah singgah di hatinya selama hampir 10 tahun. Itulah yang dinamakan jodoh.

“Awak, jom kita kahwin?”
“Err.....”
"Kenapa?"

Tapi, bukan dia yang Allah tentukan. Itulah jodoh.

"Kakak, nanti baby keluar, biar yayang bagi nama yer?”
"Adik nak bagi nama ape?”
"Kakak nak Alif kan? So, letaklah Alif Mukmin. Tak pun Alif Firdaus. Hehehe.....”
"Ish....nanti Abang Emy marah pulak letak Alif Firdaus.”
“Alah….orang gurau jer lah. Hehe….”
Alif Irfan bin Abd Helmi

Jumaat, Mac 26, 2010

Marang Merapu Kepunten Parang Sekepper

Kelakar pun ada. Aku ibarat budak-budak yang merengek mahukan mainan tetapi apabila keinginan tidak dipenuhi ibu ayah, lantas menangis kerana membayangkan aku tidak akan dapat memiliki mainan sebegitu rupa. Kelakar kan?

Mereka yang berada di sekitar aku sekarang ini tahu situasi aku yang kemaruk mahukan "durian runtuh" atau "dapat terpijak". Di antara berjuta, aku merupakan pendengar setia radio sinar fm. Apabila ada peraduan 'teka lagu merapu di sinar'. Aku bersemangat mahu memenangi hadiahnya. Aku akui, walaupun aku ada jawapan tepat, tetapi kemungkinan untuk aku tembusi talian amatlah kecil. Entah berapa peratus.

Demi menantikan pembayang lagu merapu dan isyarat memanggil, aku resah. Nak buat itu tak kena, nak buat ini tak kena. Ish....

Baru sebentar tadi aku merasa amat kecewa. Di saat-saat genting menunggu isyarat memanggil, aku terima panggilan dari sahabatku menanyakan tentang nama tukang urut yang dia pernah kunjungi. Haih....memang keluhan yang keluar. Tapi aku tetap menjawab panggilan tetapi oleh kerana fikiran melayang memikirkan wang ringgit, aku tak dapat membantunya.

Maafkan aku tok...

Selasa, Mac 16, 2010

Bila Mata Terpejam, Banyak Perkara Yang Aku Terkilan

Bersemangat di awalnya; menyaksikan perlawanan beregu campuran. Aku teruja melihat skill dan pengalaman apabila disatukan. Cuma, bukan rezeki mereka, kalah pada pemain muda. Itu di perlawanan pertama. Sejam setengah aku bertahan. Bangun, lantas menunaikan Solat fardhu Isya' dengan harapan wudhuk mencerahkan mata. Seusai solat, aku ke perbaringan yang telah sedia terbentang di hadapan tv. Sekali lagi, pemain China berentap dengan pemain Denmark.
.

.

.

...
Entah bila atau bagaimana, aku kemudian menyaksikan perlawanan antara beregu wanita. Hah? Terlepaskah???

Sehingga ke saat ini, aku masih terkilan. Terkilan dan terkilan. Huaa....punyalah bersemangat untuk tidak pulang awal ke rumah sewa bagi memberikan sokongan moral dari kejauhan buat pemain Malaysia. Tapi, apakan daya, kepenatan di Majlis 'Aqiqah pada siangnya menyebabkan aku terlepas saat-saat penting. Apa pun, tahniah buat ChongWei!

Khamis, Mac 11, 2010

Teristimewa =)

Dia cukup istimewa buat diriku. Insan kedua terpenting selepas ibu dan ayah. Lahirnya merupakan satu anugerah buatku juga. Dia tempatku mengadu, merayu dan meluahkan segala-gala. Dalam duniaku penuh dengan ceritanya. Gaduh kami ada tawanya. Hilai kami ada tangisnya.

“Oh Tuhan, limpahilah rahmat dan keberkatan ke atas dirinya. Murahkan dan luaskanlah rezekinya. Bahagiakanlah dia dari dunia sampai ke syurga. Akhirkanlah kami dalam hayat yang penuh bermakna, menuju ke jalan yang Engkau Redha. Ameen…”

Selamat Hari Lahir buat insan yang teristimewa…kekanda juga sahabat:-
Aizawati Binti Mis =)