10 Ramadhan pertama hampir melabuhkan tirainya. Sememangnya masa itu beredar mengikut apa yang manusia fikirkan. Sememangnya Allah telah menetapkan perjalanan masa itu sekian sekian, namun terasa cepatnya masa bergantung kepada pengisiannya! Iya, itulah yang aku maksudkan.
Mendengar sayunya lagu terbaru nyanyian Maher Zain tentang Ramadhan telah menyebabkan mata ini sering bergenang. Apakah ini Ramadhan terakhir buatku? Bagus untuk beringat dan bersedia dengan amalan, namun hati ini amat takut akan kematian. Aku belum itu, belum ini, buat itu, buat ini, apabila diutarakan semua, semuanya tentang dunia! haih~
Bilalah agaknya diri ini dapat menjadi VVIP di sisi-Mu ya Allah? Izinkanlah.....
"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Khamis, Julai 18, 2013
Selasa, Mei 21, 2013
Baking Project
Alhamdulillah…
Semasa Durian Crepe tengah ‘hot’ di hujung tahun yang lepas
dan awal tahun ini, aku cuba juga untuk berniaga. Alhamdulillah…walaupun tidak banyak sangat
jualan seperti ‘kedai bakery’, aku telah berjaya mengatasai rasa malu untuk
berniaga dan memecahkan kebiasaan (membeli).
Sekarang, berdikit-dikit aku tambah kemahiran membuat dan menjual
kek. Hihi… Buat pertama kalinya, ada
orang tempah Tiramisu untuk jamuan mereka.
Yeay!!!
Looking forward for a new business. Insyaallah…. ;)
Sabtu, Mei 11, 2013
Hari Ibu, Emak, Mama, Umi, Mek
Betul, sambutan hari ibu itu bukanlah sunnah. Tambahan lagi, sambutan ini dikaitkan dengan agama lain. Dan haram untuk menyerupai anutan agama lain selain Islam.
Senang cerita, begini.
1. Kalau tak sambut hari lahir ibu bapa tetapi sambut hari ibu hari bapa, haram hukumnya.
2. Kalau hari hari biasa, pengabaian terhadap ibu bapa berlaku tetapi tiba-tiba baik pada hari ibu hari bapa, anak tersebut boleh dikatakan anak durhaka.
3. Kalau tarikh lahir ibu dan bapa berbetulan sama dengan hari ibu hari bapa, dan sudah menjadi kebiasaan menyambutnya, harus hukumnya.
4. Kalau ragu-ragu terhadap hari ibu hari bapa, lebih baik tinggalkan kerana pada setiap was-was ada syaitan di antaranya.
Wallahu'alam...
(nota: Sambutan hari ibu pada setiap ahad minggu kedua pada bulan Mei. Saya masih tak jumpa lagi maklumat macamana hari sambutan ini ditentukan.)
Senang cerita, begini.
1. Kalau tak sambut hari lahir ibu bapa tetapi sambut hari ibu hari bapa, haram hukumnya.
2. Kalau hari hari biasa, pengabaian terhadap ibu bapa berlaku tetapi tiba-tiba baik pada hari ibu hari bapa, anak tersebut boleh dikatakan anak durhaka.
3. Kalau tarikh lahir ibu dan bapa berbetulan sama dengan hari ibu hari bapa, dan sudah menjadi kebiasaan menyambutnya, harus hukumnya.
4. Kalau ragu-ragu terhadap hari ibu hari bapa, lebih baik tinggalkan kerana pada setiap was-was ada syaitan di antaranya.
Wallahu'alam...
(nota: Sambutan hari ibu pada setiap ahad minggu kedua pada bulan Mei. Saya masih tak jumpa lagi maklumat macamana hari sambutan ini ditentukan.)
Rabu, Mei 08, 2013
Dirgahayu!
Alhamdulillah…genap usiaku 29 tahun semalam (ahaks…tua ke?
Hihi….) Masih belum berpunya selain milik Pencipta dan keluarga tercinta. Harus bagi aku berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencari calon selewat-lewatnya tahun hadapan. Andai tidak juga dimakbulkan Tuhan, aku redha
dan pasrah (haha…macam ayat menyerah jer?)
Sebabnya, andai melangkaui 30-an, usaha ke arah gerbang perkahwinan akan
aku hentikan kerana pernah aku ungkapkan bahawasanya aku akan berkhidmat untuk
ibuku sehingga ke akhir hayatnya. Dulu,
pernah juga aku ungkapkan untuk menjadi seperti Rabi’atul Adawiyah walhal aku
tidaklah dan mustahil untuk mencapai tahap ahli sufi. Namun, andai itu yang diperkenankan Tuhan,
aku redha. Mungkin itu yang terbaik
untuk aku. Wallahu’alam…
Aku tetap optimis. Insyaallah!
Sabtu, Mei 04, 2013
GE '13
Akhirnya, tarikh mengundi yang diumumkan akan sampai ke
kemuncaknya pada hari esok. Wah….tak
sabar rasanya untuk mengundi. Ini kali
pertama untuk aku. Sepatutnya kali
kedua, tapi aku nafikan hak sendiri 5 tahun lalu sebab masih menuntut di UTM
dan padaku, aku belum cukup matang untuk menilai parti dan pemimpin manakah
yang benar-benar membawa hak rakyat ke tempat yang sepatutnya.
Melihat poster-poster calon dan juga bendera-bendera parti
yang terpamer di segenap sudut dan ruang di seluruh Malaysia, mengimbaukan
detik aku dicalonkan untuk menjadi pemimpin pelajar di MRSMKT dulu. Sungguh, itu kali pertama buatku melihat
suasana politik di sekolah. Kalau
setakat sekolah harian biasa, pemimpin tertinggi adalah pengawas yang dilantik
sepenuhnya oleh guru-guru. Manakala
ketua kelas, hanya setakat mengangkat tangan menandakan sokongan! Ya, aku
menang dalam pilihanraya MRSMKT dan dilantik menjadi Naib Presiden II Badan
Wakil Pelajar (BWP). Satu tanggungjawab
besar telah aku pikul. Namun, aku tak
pasti sama ada aku menjalankan tanggungjawab dengan baik ataupun tidak. Huhu… Tapi Alhamdulillah… tidak pula aku
dengar desas-desus yang mengutuk kepimpinan kami semua sebagai satu badan
tertinggi di MRSMKT.
Malaysia, satu ruang lingkup yang cukup besar. Kalau sekolah, seorang pemimpin boleh
dinisbahkan kepada puluhan pelajar, namun seorang pemimpin negara mewakili
beribu-ribu rakyat! Lebih besar rakyat
jajahan, lebih besar tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan! Ambillah sirah Rasulullah Sollallahu’alaihi
wassalam sebagai panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh terulung!
Langgan:
Catatan (Atom)