Rabu, September 09, 2009

09.09.09- Hari Radio Sedunia

Hanya di radio kumendengar suaramu...
Setiap masa aku menghayatinya
Dengan rasa cinta di hati
Lalu aku baca puisi

Hmm...hari ni bertarikh 09.09.09. Nombor yang cantik! Pasti agama selain Islam ada yang merakamkannya sebagai hari bersejarah dalam hidup seperti melangsungkan perkahwinan atau sebagainya. Bagi umat Islam pada tahun ini mungkin tiada siapa yang mahu mengabadikan detik ini kerana berpuasa. Tapi harinya hari rabu, kan elok kalau hari jumaat, khamis atau isnin seperti tahun lepas 08.08.08 yang jatuhnya pada hari jumaat..

Eh, hello....bukan aku yang pusingkan matahari ok, tapi Tuhan!

Selasa, September 08, 2009

Electrical Engineer & Kemalangan Di Rumah

Amaran: Pastikan tangan anda kering semasa mengendalikan peralatan elektrik. Begitu juga dengan peralatan tersebut. Pastikan tiada molekul H2O di situ. Ini bagi memastikan anda terselamat dari terkena renjatan elektrik. (Pesanan daripada TNB)
Minggu lepas, soket kuasa mengeluarkan percikan api, asap dan bau yang hangit akibat kebasahan pada jug kettle. Aku yang sibuk memasak di dapur terkejut dengan insiden itu yang jauhnya tidak kurang dari 1 meter dari soket tersebut. Alhamdulillah, tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Aku minta dia ganti extension wire tu. Tapi, tiada reaksi. Oleh kerana itu, aku ikhtiarkan agar duit aku tak mengalir lagi untuk benda alah tu yang dah terlalu kerap aku peruntukan untuk rumah.

Makanya, Sabtu lepas aku leburkan dari menghadiri latihan di Markas PALAPES untuk menjadi seorang jurutera elektrik. Aku perhatikan pada soket kuasa dan aku tak rasa yang soket kuasa rosak. Makanya, aku cuba-cuba untuk melihat pada extension wire tersebut. Nah, ternyata itulah kerosakannya. Oleh kerana tiada peralatan yang mencukupi, aku gunakan apa yang ada. Alhamdulillah, duit tak membazir dan aku puas hati. Yeay!!

Jumaat, September 04, 2009

Prebet

"Nak halau rasukan syaitan atau iblis berpangkat prebet senang aje," kata ustaz.

"Bagaimana?"

"Bacakan saja ayat-ayat al-Quran. Nescaya larilah dia."

Jumaat, Ogos 28, 2009

Hikmah Ramadhan

Kenapa Allah ciptakan bulan?
Supaya manusia boleh membuat perkiraan masa. Namun, ada juga yang menggunakan matahari sebagai perkiraan masa.

Kenapa tak jadikan saja matahari sebagai perkiraan masa bagi orang Islam?
Jawapannya mudah, kerana Allah Maha Adil lagi Bijaksana! Kenapa? Kerana;

1. Peredaran bulan singkat berbanding matahari. Antara 29 hingga 30 hari lengkap satu pusingan. Tapi matahari siap ada tahun lompat lagi.

2. Sesetengah negara mengalami 4 musim setahun. Sekiranya matahari dijadikan peredaran masa, sudah pasti muslim di negara tersebut akan tetap berpuasa di musim panas ataupun musim sejuk saban tahun . Yang mana musim panas, siangnya lebih panjang dan sebaliknya bagi musim sejuk. Bukankah itu membebankan? Dan mungkin mereka akan terlepas untuk menikmati buah-buahan yang tumbuh pada musim-musim tersebut kerana berpuasa.

3. Nama-nama bulan itu sedap didengar dan mudah disebut dengan perkataan "bulan". bulan ramadhan, bulan syawal dsbg nya. Adalah menjadi kesalahan bagi kita manusia seluruh dunia kerana menggunakan bulan untuk kalender gregorian. Bukankah perlu disebut matahari januari, matahari mac, matahari april dsbg nya??

4. Dan ini pengamatan aku sendiri, matahari apabila kita tutup sinarnya, akan menjadi gelap gelita. Namun, sekiranya anda berada di hutan belantara di kala malam bulan mengambang, cahayanya tetap menembusi celah-celah ranting, dedaunan pohon yang meninggi. Begitulah, ajaibnya bulan yang menjadi lambang bagi umat Islam. Ibarat iman yang menerangi hati yang gelap. Wallahu'alam....

Khamis, Ogos 27, 2009

Ramadhan Ini

Bagi yang bujang transform to isteri atau suami orang, mereka akan kata, "Ramadhan kali ini amat bermakna kerana saya telah menjadi isteri/suami orang."

Bagi yang berkahwin dan baru mendapat cahaya mata, mereka akan kata, "Ramadhan kali ini lebih bermakna sebab saya baru je mendapat cahaya mata." Dia tak tahu, kalau bini dia bersalin bulan ramadhan, banyak hari puasa terhutang!

Bagi yang telah lama bersuami isteri, mungkin mereka akan kata, "Ramadhan kali ini lebih bermakna sebab saya baru je dapat orang gaji. Tak perlulah pening-pening kepala nak masak juadah kesukaan semua orang. Pening dibuatnya!!"

Bagi suami isteri yang asyik bergaduh tiba-tiba sah cerainya, mungkin mereka akan kata, "Ramadhan kali ini lebih bermakna bila hidup tanpa si dia." Oppss....

Ramadhan datang, adaptasi mengikut setiap individu. Wallahu'alam....