Selasa, September 08, 2009

Electrical Engineer & Kemalangan Di Rumah

Amaran: Pastikan tangan anda kering semasa mengendalikan peralatan elektrik. Begitu juga dengan peralatan tersebut. Pastikan tiada molekul H2O di situ. Ini bagi memastikan anda terselamat dari terkena renjatan elektrik. (Pesanan daripada TNB)
Minggu lepas, soket kuasa mengeluarkan percikan api, asap dan bau yang hangit akibat kebasahan pada jug kettle. Aku yang sibuk memasak di dapur terkejut dengan insiden itu yang jauhnya tidak kurang dari 1 meter dari soket tersebut. Alhamdulillah, tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Aku minta dia ganti extension wire tu. Tapi, tiada reaksi. Oleh kerana itu, aku ikhtiarkan agar duit aku tak mengalir lagi untuk benda alah tu yang dah terlalu kerap aku peruntukan untuk rumah.

Makanya, Sabtu lepas aku leburkan dari menghadiri latihan di Markas PALAPES untuk menjadi seorang jurutera elektrik. Aku perhatikan pada soket kuasa dan aku tak rasa yang soket kuasa rosak. Makanya, aku cuba-cuba untuk melihat pada extension wire tersebut. Nah, ternyata itulah kerosakannya. Oleh kerana tiada peralatan yang mencukupi, aku gunakan apa yang ada. Alhamdulillah, duit tak membazir dan aku puas hati. Yeay!!

4 ulasan:

akimsensei berkata...

wah dila, hg buka skru tu guna pisau ka? awat hg xguna skrudrebar? lalala..

BuRuuj berkata...

akim,
salah. kami buka guna pisau penyapu roti. kt umah takde toolbox dan kelengkapan begitu.huhu...

pisau penyapu roti=skrudrebar
pisau=pengikis/pencungkil wayar yg terbakar.
gunting=buat hirisan baru pada wayar utk buat sambungan semula.

hehe...;)

akimsensei berkata...

haha.. hang memang askar..

BuRuuj berkata...

la..kami memang askar. hahaha...
agi idup agi ngelaban!