Hari ini budak-budak darjah enam ambil periksa UPSR. Termasuklah sepupu aku. Merdeka yang lalu, aku, mak dan abang ziarah ke rumah mereka. Makcik Murni gorengkan kami cempedak. Kami borak-borak.
Makcik kata, "9hb depan Dini periksa. Ada ke cikgu sekolah dia suruh pist..pist.. kat kawan sebelah. Passing-passing la jawapan tapi jangan bising sangat. Hish..tak patut betul cikgu sekolah cakap macam tu."
"Percubaan aritu Dini dapat brape?" tanya aku.
"1A 4B." Jawab makcik.
"Erm...kalau percubaan dah dapat 1A, nanti periksa sebenar leh dapat banyak nih. Paling kurang 3A. Mesti kat sekolah, Dini paling terrer kan? Sebab tue cikgu dia suruh buat macam tue." Aku.
"Entahlah, iyalah agaknya. Dini pun selalu jugak dapat no.1....Dini, jangan ikut cakap cikgu Dini. Kang Dini pulak yang tak siap jawab sebab nak tolong kawan." kata makcik Murni.
"Cikgu cakap macam tue mesti ada asasnya kan? Mesti nak naikkan peratus sekolah. Yelah, sekolah kampung..."
Nak balik, makcik Murni bekalkan buah cempedak satu kereta sorong. Banyak betul. "Bahagi-bahagikan kat Pak Long, Pak Amin dan Mak Usu. Kalau rajin, gorengkanlah, bagi kat Wak Leman dengan orang depan ye. Sayang doa-doakanlah ye biar Dini dapat keputusan bagus. Dapat masuk universiti macam sayang." pesan makcik.
"Insyaallah..." jawab kami.
"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Selasa, September 09, 2008
Rabu, September 03, 2008
Marhaban Ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan ya ramadhan
"Ya Allah, kurniakanlah aku kejayaan dalam pengajian master by research yang sedang kulalui ini. Terlalu banyak cabaran dan dugaan sepanjang pengajian ini. Aku mohon Kau tabahkanlah hatiku, kuatkan tekadku, cekalkan keazamanku agar aku dapat meneruskan perjuangan ini."
Itulah doa yang sering muncul di akalku dan hatiku setiap kali dahi menyentuh sejadah.
La tahzan fi hayatik, innallaha ma'ana...

Jumaat, Ogos 29, 2008
Akukah Kanang?
Inilah entri terpanjang yang pernah kugarap. Ku harap kau mengerti maksud tersirat yang tersembunyi
.............................................................
Di kala komunis bermaharaja, muncul insan berjiwa kental
Berperang sehingga berdarah, tanpa mengenal erti kesal
Musuh di kanan kiri berjaya ditumpas,
Sehingga kini parut berbekas
Kanang anak Langkau berpangkat Pegawai Waran 1 menjalankan tugas sebagai Sarjan Mejar Rejimen (SMR) di bawah Platun Perisikan Pertempuran Unit Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (RRD) mencipta sejarah,
Hutan Simpan Korbu Sungai Siput Perak menjadi taruhan pertumpahan darah,
Februari 1980 tarikh ditempuh,
Musuh menggila, Kanang berusaha
Musuh ada yang ditawan dan ada yang mati bergelimpangan
Walaupun parah, sahabat cedera tetap dipapah
Peluru bertalu singgah ke jantung, pundi kencing dan buah pinggang
Namun semangat juang terus berkumandang
Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dikurnia
Kini “Datuk” pula ingin ditambah
Namun ditolak dengan tabah....
“Saya bukan orang kaya, saya ni orang miskin. Kalau diberikan gelaran Datuk, saya terpaksa mengubah penampilan saya dan mengupah seorang pemandu yang mana saya tak mampu untuk sediakan.” – Kanang.
Akukah Kanang atau Engkaukah Kanang?
Namun, hanya dia Kanang
Perajurit pertiwi yang menggempur dengan sakti
Sayang, janji hanya tinggal janji
Wang berjuta dilabur namun telah dimungkiri
Hanya pangkat mengaburi tapi nasib mereka dipinggiri
Taat dan sumpah setia dikotakan
Umpama Laksamana Hang Tuah yang dibunuh kerana menurut perintah sultan
Tapi lagenda usang itu, dibuktikan Kanang kini.

Selasa, Ogos 26, 2008
Darah Satria
Lautan luas banjaran gunung
rezeki nan melimpah
bawah langitnya kami bernaung
rasa kasih tercurah
tanahairku bumi bertuah
tiada bandingannya
rela bersatu satu tenaga
mendaulatkan negara
dengan sepenuh keazaman
semangatmu nan waja
keranamu rela berkorban
engkaulah pertiwi yang tercinta
darah satria....darah satria....
berkobar di dada
tinggalkan ibu tinggalkan ayah
serta sanak saudara
membuktikan kesetiaan kita
pada bumi Malaysia
..............................................................
~Apa buktinya kalau kau sayang pada Malaysia?

Isnin, Ogos 25, 2008
Cobaan....
"Kalaulah naik kuda hitam
lari kencang, nafas pun panjang
Kalaulah punya pacar hitam
walau hari panas, senyum senang...."
Aku tak minat dan tak tahu sama sekali perkembangan mereka. Tapi oleh kerana peralatan teknologi ku dan kertas-kertas yang bersepah di tingkat bawah sejak semalam telah menyebabkan aku terus melekat di situ. Pada awalnya, konsentrasi terhadap kerja yang berlambak sedikit pun tidak terganggu walaupun hanya beberapa inci jarakku dari tv. Tapi apabila aku mendengarkan lagu ini, aku terus memandang ke arahnya. Dunia Compaq di depan mata sudah tidak ku hirau.
Konsentrasi mula tergugat. Housemate yang memang meminati program realiti itu sudah mula bertindak menjadi juri tak diundang. Aku...sekali-sekala menyanyi bagaikan berada dalam pertandingan. Masa berlalu. Rancangan sampai ke penghujung. "Kuda hitam" menang. Aku tewas dalam godaan. Kertas-kertas dan teknologi kubiar berantakkan. Sakit badan bermain badminton pada malam jumaat yang lepas terus menghantui. Aku beradu. Dan kerja-kerja itu tidak sedikit pun berkurangan. Aku demam.

Langgan:
Catatan (Atom)