Isnin, Januari 16, 2012

Nasi Goreng Kerabu (versi aku)


Bahan-bahan:-
Nasi sejuk dua hari lepas (sejuk peti sejuk)
Sayur sawi layu
Lobak merah kecut
Taugeh terpilih (setelah tersimpan 4 hari)
Kacang panjang tua (biji benih dah warna merah)
Kek ikan (dah sebulan dalam peti sejuk)
Bawang merah (dah keluar pucuk)
Bawang putih kecut
Lada cili terpilih (dah 2 minggu)
Ikan kering sepat goreng 2 hari lepas

Cara-cara:-
Tumbuk mana yang patut.
Potong mana yang harus dipotong.
Tumis bahan yang perlu ditumis.
Campurkan semua dan gaul rata.
Maka, nasi sesenduk telah menjadi sepinggan dengan menggunakan semula bahan-bahan yang masih boleh digunakan!

*kenyang aku malam tadi tapi berkhasiat ke?

2 ulasan:

Wanie-san berkata...

hahaha boleh pulak cam g2!tp gasak je.asal perut kenyang sudah!

BuRuuj berkata...

nape? xleh ek? huhu...kenyang mmg kenyang, tp berkhasiat ke?