Sabtu, Januari 09, 2010

Kerana manisnya gula :)

Sekadar berkongsi cerita. Aku bekerja di Nestle sebagai kerani. Sementara cuma. Seminggu selepas kerajaan menaikkan harga gula, aku menerima memo dari Kepala Ofis di Selangor supaya memberitahu semua pembekal dan pembeli bahawa harga Milo 3.2kg akan dinaikkan.

Sekarang ni, minyak naik harga, semua nak naik harga. Gula naik harga, banyak barang pun nak naikkan harga. Aku tanya bos, kenapa nak naikkan harga Milo? Dia kata kerana rasa Milo yang istimewa itu perlu dikekalkan. Standard of Procedure (SOP) mesti dikekalkan. Gula merupakan antara bahan asas membuat Milo, sebab itu tak boleh kurangkan kuantiti gula di dalamnya.

Nah kerajaan! Siapa kata kalau gula naik harga, barang lain takkan naik harga? Tipu!!!!!!!!

3 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Gula manis pun isu. Madu manis pun isu. :-)

akimsensei berkata...

asal kerajaan umum apa2 naik, harga barang gerenti naik.. hangin 1 badan.. jgn lupa dila, meeting sok 3ptg..

BuRuuj berkata...

tok,
kerana manis adalah racun, sbb itu menjadi isu.

akim,
hangin!!! maaf, td xsmpt nk join. huhu...