Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Hakikat dan fitrah kejadian makhluk di muka bumi ini. Hatta setiap peristiwa yang berlaku juga tidak terkecuali.Esok, aku menghabiskan sisa-sisa kehidupanku di Nestle. Cepat benar masa berlalu. Antara sedar dan tidak, sudah tiga bulan aku di situ sebagai "administrative support" atau orang kampung cakap, kerani. Antara seronok dan tidak, suka dan duka, masam manis, segalanya aku rasa bekerja di syarikat swasta itu. Walaupun begitu ramuannya, banyak yang aku pelajari. Tapi yang pasti, hari-hari aku minum milo atau nescafe free.hihihi....
Terima kasih atas segalanya.
Oh Tuhan, kepada-Mu aku berserah untuk aku hamparkan nasib dan masa depanku di tangan-Mu...