Sabtu, November 14, 2009

Gagasan Sepertiga Malaysia

Eh! Siapa kata aku tak amalkan hubungan berbilang bangsa? Bukankah sejak dulu lagi aku, kita dan semua rakyat satu Malaya sudah cukup bertoleransi?

Apa yang nak dicanangkan? Hanya sekadar slogan apabila setiap kali pemimpin naik takhta? Mewarisi pucuk pimpinan? Hey...kuatnya pokok kerana akarnya! Apa yang diidam pucuk muda? Daun tua lagi banyak khasiatnya! (eh, ape yang aku mengarut nih! hihihi...).

Bukan kadang-kadang, tapi selalu jugalah aku tak ambil peduli sangat pasal slogan itulah...slogan inilah...macam-macam lagilah. Buat serabut dan pening kepala otak aku aje!

Sekarang, aku ada housemate baru yang berbangsa india tapi beragama kristian. Cuma belum terima lagi borang permohonan dari kaum-kaum lain. Adakah aku tak mengamalkan 1Malaysia?

Tiada ulasan: