Rabu, Februari 24, 2010

Celaru

Sejak malam tadi, aku resah, gelisah. Segala perasaan takut, cemas menghantui diri. Nak buat itu tak kena, nak buat ini tak kena. Fobia pun ada. Baru nak mula menulis tesis, aku rasa patut baca jurnal-jurnal yang belum habis dibaca terlebih dahulu. Namun, bila dah mula membaca jurnal, aku rasa patut sambil-sambil menulis tesis. Akhir sekali, aku padam lampu dan menghenyakkan diri di atas tilam. Tapi, mata tetap tak mahu pejam. Guling kanan, guling kiri. Lalu aku bangun, turun ke tingkat bawah rumah. Menemani rakan serumah membuat analisis tesisnya. Kubancuh segelas susu panas, minum segelas air suam, lantas naik semula ke bilik dengan harapan mata lelap. Lama......namun, pagi juga akhirnya..

Awal pagi ini. Makan sarapan. Buka komputer, buat kerja-kerja akhir yang aku rasakan perlu tapi tetap serba tak kena. Naik turun tangga rumah sehinggalah terduduk di anak tangga.

"Akak...saya tak pernah rasa takut macam ni." Rungutku.
"Awak pergi jer....mana tau dia lembut hati." Pujuk akak serumah.

Aku solat sunat dhuha mohon diberi petunjuk serta berdoa agar dilembutkan hati pensyarahku itu. Lantas, segera bersiap. Keluar rumah jam 1015pagi, fikiran melayang sambil memandu. Belok susur di hadapan Desa Bakti, aku cemas dan serta-merta mahu mengenakan tali pinggang keledar tapi....dah terlambat kerana keretaku satu-satunya di situ lantas memang sudah menjadi sasaran si mata-mata. Alamak....

Disuruhnya ke tepi jalan, diminta lesen memandu, dilihat cukai jalan kenderaan dan disyarahnya aku. Menggeletar jugalah aku. Macam-macam benda dalam fikiran tapi yang paling utama, aku membayangkan duit kertas sudah mempunyai sayap mahu terbang dari sisiku. Arghh....dalam kesempitan begini, hatta seringgit pun amat bernilai! Alhamdulillah....tiada saman dikeluarkan.

Meneruskan rentak kaki. Aku tidak terus ke makmal. Singgah di perpustakaan sehingga zuhur. Bermunajat di rumah Allah mohon dipermudahkan segalanya. Dan akhirnya, aku melangkah jua ke makmal petang itu.

"Eh...saya ingatkan puteri manalah tadi."
"Assalamu'alaikum dokter? Dokter ape kabar?" sapaku.
"Alhamdulillah...sihat. Eh, saya ada meeting ni." balas supervisorku lalu keluar dari makmal.

Sedikit lega. Tiada apa yang berlaku. Tapi belum cukup memuaskan hatiku kerana lebih banyak hari yang perlu aku tempuhi selepas ini. huhh......

Ahad, Februari 21, 2010

Kesan Bajet2010


Ini antara gambar kenang-kenanganku dan sahabat-sahabat. Aku kasihan dengan junior yang bakal tauliah di USM tahun ini. Mereka tiada kenangan serupa ini kerana bermula tahun ini, tiada lagi pertandingan sepertinya. Apakah? Beginikah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan?

Sabtu, Februari 20, 2010

Bajet Tak Cukup. Benarkah?


"ala kakak ni, nanti kakak kan dapat duit claim. Kenape nak susah-susah?"
"Banyaklah kau. Sekarang kerajaan dah takde duit. Banyak claim kakak dengan kawan opis tak dibayar."
"laa...iyeke?"
............................................................................................

"Assalamu'alaikum puan."
"eh...Wa'alaikumussalam. Terkejut saya"
"Ape khabar puan? Lame tak nampak puan."
"Alhamdulillah...sihat. Kenape? Kamu rindu kat saya ke? Ape kamu buat kat sini? Tak pergi latihan ke?"
"sekarang dah takde latihan lah puan. Kerajaan dah takde duit nak bayar elaun. Nanti latihan pentauliahan pun 3minggu jer...termasuk latihan tempatan, berterusan dan latihan pentauliahan."
"hah? la...iyeke? ish...ish...memang betul lah kakak saya cakap dengan saya haritu."

Jumaat, Februari 19, 2010

Pejam celik

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Rabi'ul Awwal. Tak lama lagi sambut Maulidur Rasul. Aku suka sangat jadi orang Johor. Sambutannya meriah dan berterusan sehinggalah bulan Jamadil Akhir. Bukan nak bercerita tentang maulid nabi kali ini, tapi nak cakap pasal pejam celik. Pasal maulid nabi lain hari aku cerita.

Iyalah...memandangkan hari mulia ini iaitu hari Jumaat, terfikir aku akan kata-kata seorang ustaz. Hidup dan mati ini terlampau singkat dan yang memisahkannya adalah antara kerlipan mata. Bila mata tertutup, maka matilah ia, apabila terbuka hiduplah ia seperti sediakala.

Disebabkan itulah, kita selalu memperkatakan; "Pejam celik-pejam celik, dah hari Jumaat. Kejapnya masa berlalu." Betul kan??

Wallahu'alam.... =)

Selasa, Februari 16, 2010

Bujang is easygoing =)


Our lunch for today! Err...dinner perhaps. Bittersweet Hot!