Jumaat, Mac 27, 2009

Hujan Panas & Manusia Ibarat.... (Part II)

Kalau kau merungut asyik hujan. Sesungguhnya ada insan lain yang bersyukur akan kehadirannya. Penjual payung umpamanya.....

Kalau kau merungut panas terik. Sesungguhnya ada insan lain yang bersyukur akan kemunculan mentari. Pencuci kereta misalnya.....

Sesungguhnya, manusia sentiasa merungut, hatta dengan Tuhan sekalipun. Kalau kau seorang bos, sudah tentu kau mempunyai seorang setiausaha yang membantu menyusun jadual setiap urusan engkau. Begitu juga Tuhan, Dia telah menyusun jadual untuk sekalian umat manusia agar setiap insan mendapat faedah daripada setiap ketentuan-Nya...

Maka, bersyukurlah atas setiap ketentuan Tuhan. Sesungguhnya, bertepatanlah bahawa manusia ibarat galian.

Isnin, Mac 23, 2009

Melayu dan Binatang!

Bagaikan anjing dengan kucing
Ayam berak kapor
Seperti kera mendapat bunga
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Bagaikan anak ayam kehilangan induk
Bagaikan enggang dengan pipit, masakan dapat terbang bersama
Lintah darat

Kg. Sungai Naga
Kg. Si Rusa
Kg. Gajah

Simpul biawak
Lipat mengkarung
Semut-semut
Kayap ular

Cipan!
Kambing!
Buaya!
Bab*!
Nate mu! atau natang mung!!
..........................................................................................
Tanpa kita sedari banyak kaitan 'orang kita' dengan binatang-binatang ini. Sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ternyata begitu akrabnya kita dengan mereka! Kalau nak kata tentang penyalahgunaan, tok sah cakap laa.... mungkin 'mereka' pun melabel kita dalam urusan seharian mereka, kan? Wallu'alam....

Jumaat, Mac 20, 2009

Manusia ibarat.....

Manusia ibarat galian! Bukan kata aku. Tapi Kata-Kata dari Tuhan. Banyak maknanya kan? Dan itulah sebenarnya menunjukkan bahawa Al-Quran adalah suatu mukjizat. Subhanallah....

Rabu, Mac 18, 2009

Bukan Krisis Identiti

Ya, memang benar. Aku adalah pelajar. Aku juga merangkap seorang askar. Aku juga seorang pembantu pengajar dan pembantu makmal, tapi secara tidak rasmi. Aku seorang yang bergelar cikgu atau ustazah bila ada orang yang memanggil aku begitu. Salah kah? Hahaha....

Ya, aku memakai pakaian menurut kata syariat. Aku juga memakai uniform menurut kata Kementerian Pertahanan. Aku pakai tudung besar dan litup. Aku juga pakai tudung saiz biasa. Mengikut situasi, aku pakai tudung masuk ke dalam baju. Tapi aku tak pakai tudung saji. Salah kah? Hahaha....

Ya, memang benar. Ada orang kata aku lembut dan baik. Ada orang kata aku keras dan garang. Ada orang kata aku kuat persis lelaki. Ada orang kata aku lemah seperti perempuan. Tapi yang penting dan paling utama, aku bukan nabi, malaikat jauh sekali.

Aku bukan tamak mahu jadi itu dan ini. Tapi mungkin sudah ketentuan aku begitu. Janganlah kau berasa takut mahu mendampingiku kerna aku hanya insan biasa yang mempunyai keinginan luar biasa agar bisa kelihatan istimewa di matamu..^^

Khamis, Mac 12, 2009

Subelledza

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijualbeli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua
Dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya....
Aduhai puteriku sayang Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang Kau bunga idaman.....

Tajuk: Puteriku Sayang
Nyanyian: Hijjaz

Lagu ini mengenangkan aku pada dia. Insan pertama (ermm....mungkin) yang mula bertahta di hati. Ceh! Zaman sekolah...biasalah..."puppy love". Aku panggil dia 'subelledza'...

to be continue....