Sudah lama rasanya aku tidak mengulas tentang sukan kegemaranku; badminton. Sejak kekasih hatiku melangsungkan perkahwinan, seperti sudah hilang minat untuk mengulas tentang sukan itu. Aku juga mengakui bahawa raket itu sudah lama terbiar di sudut itu. huhu...
BAM, silalah cari pengganti Chong Wei! Jangan lagi sandarkan harapan pada bahunya seorang. Sekuat dan sehebat manapun seseorang itu, apabila sudah tiba masanya, kudratnya sudah tidak mampu lagi untuk memikul beban!
Haih~ Sedih!!!!
"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Rabu, Mac 13, 2013
Selasa, Mac 05, 2013
Majlis Kahwin 2013
(Gambar ihsan Google. Sayang aku tak ambil gambar di majlis itu)
Menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu pada hujung minggu yang lalu, aku agak tergamam. Dah macam artis! Sepupu aku cakap, perbelanjaan untuk majlis sahaja sudah mencecah RM80,000! Masyaallah..... Banyak nyerr!!!! Ada dua pasang pengantin, kakak sulung dan anak lelaki. Hantaran yang diminta oleh menantu perempuan terhadap anak sepupu sudah RM18,000! Perghh!!! Hantaran yang diberi oleh menantu lelaki terhadap anak sepupu pulak, tak dapat kupastikan berapakah nilainya. Namun, aku yakin mesti cecah puluhan ribu sebab anak sulung sepupuku cantik orangnya.
Usai majlis, aku borak-borak dengan mak.
"Mak, kalau yayang kawen nanti, kita buat ringkas-ringkas jer. Pasang khemah, tak payah ade kerusi meja bagai. Letak amben, bentang karpet, pastu makan dalam talam! hahaha...."
"Haihsss....tak pernah dibuat orang!"
"Ha...orang tak pernah buat la kita buat mak. Nanti kita jadi trend setter!"
"Habis tu, orang nak makan macam mana?"
"Diorang semua makan dalam dulang la. Kalau keluarga besar, bagi dulang besar, kalau keluarga kecik, bagi dulang kecik, kalau datang sengsorang, baru bagi pinggan."
"Entahlah...mak tak tahu."
Hmm....sekarang ni, perkahwinan telah menjadi topik yang sering kami bicarakan. Moga-moga jodohnya cepat sampai! hihi.... ;)
Khamis, Februari 28, 2013
Sedikit Amalan
Wanita ini ciptaan yang cukup unik. Banyak hikmah penciptaan oleh Tuhan yang kita ketahui dan yang tidak diketahui.
Kadang-kadang aku merungut sedikitnya amal ibadah yang boleh dikerjakan berbanding dengan kaum Adam kerana faktor 'uzur'. Namun, jauh di sudut hati membisikkan mudahnya masuk ke syurga. Taat pada Allah, taat pada suami selagi tidak melanggar perintah dan larangan Allah.
Semudah masuk syurga, kaum Hawa juga paling ramai di dalam neraka! Ya Allah...na'uzubillah...

Jumaat, Februari 08, 2013
Sabtu, Januari 26, 2013
Risik
Perkara utama yang diperlukan untuk Risik adalah maklumat yang tepat.
Ya, aku ada semua maklumat yang tepat. Namun, harus aku tanamkan bahawa Tuhan juga yang berkuasa atas segalanya!
Sebanyak manapun aku baca ayat pelindung diri daripada dikesan, kalau Tuhan tak mahu kabulkan, aku masih belum mampu untuk berjaya dengan misi tersebut.
"Takpe, kali ni kau terlepas. Jangan kau lupa esok masih ada walaupun aku masih kabur bahawa esok untuk siapa..."

Langgan:
Catatan (Atom)