Sekarang. Malam-malam, Merah tidur di sisi bonda. Apabila ada panggilan tabii, dia bangun dan melangkah ke daun pintu. "Meoww....." Bonda bangun lalu membuka pintu. Merah keluar. Sudah selesai. Dia "meowwww...." dari luar. Bonda buka pintu. Merah masuk kembali. Alahai~ Bila panggil, "Merahh!!!!" "Meoww..." lalu datang mengadap. Alahai~
"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Rabu, April 08, 2009
Ahad, April 05, 2009
Dalam dilema
Aku pelajar, tapi pakai stiker RA. Sebab dulu aku RA. Aku pelajar tapi kadang-kadang pakai kad matrik staf, sebab dulu aku staf. Kadang-kadang aku lalu pintu pagar utama dan kadang-kadang aku lalu pintu pagar belakang. Puncanya ada tiga.
1. Pak 'guard'
2. Jauh
3. Bonggol
Kalau lalu pintu pagar utama, pak 'guard' tersangatlah strict tapi lebih dekat ke fakulti dan kurang bonggol. Kalau lalu pintu pagar belakang pulak, pak 'guard' takdelah strict sangat tapi lebih jauh dan banyak bonggol. Setiap kali tiba di lampu isyarat di mana tempat aku menyewa, setiap kali itulah akan berlaku konflik dalam diri. Sama ada nak lalu pintu utama atau belakang. Kadang-kadang, bila terasa nak lalu pintu utama, aku akan jadi bomoh minta hujan. Kadang-kadang menjadi! Makanya, pak 'guard' takdelah nak menahan aku. Tapi, kalau dah tersurat nasib badan, lalu pintu utama ke, pintu blakang ke, nak kene tahan dengan pak 'guard' tue, aku memang dah tak boleh nak buat apelah. Tapi syukur, setakat ini, aku belum pernah kene saman lagi. Tapi masa kene tahan dan bersoal-jawab dengan pak 'guard' tue, raser macam nak bunuh dia pun ada juga. huh........

Jumaat, April 03, 2009
Jika Engkau Pergi....

Ya, aku sudah terlambat mengetahuinya. Jika engkau pergi....
Kenapa sekarang baru aku tahu akan kelebihan dirinya. Jika engkau pergi....
Aku fikir sudah terlewat. Jika engkau pergi....
Di sini, hari ini, dia mula melangkah pergi. Jika engkau pergi....
Sudah terlewat untuk menangisi. Jika engkau pergi....
Bapa pekerja? Bapa integriti? atau Bapa Bioteknologi? Ya...mungkin....
Pak Lah, terima kasih atas segalanya....
Jumaat, Mac 27, 2009
Hujan Panas & Manusia Ibarat.... (Part II)
Kalau kau merungut asyik hujan. Sesungguhnya ada insan lain yang bersyukur akan kehadirannya. Penjual payung umpamanya.....
Kalau kau merungut panas terik. Sesungguhnya ada insan lain yang bersyukur akan kemunculan mentari. Pencuci kereta misalnya.....
Sesungguhnya, manusia sentiasa merungut, hatta dengan Tuhan sekalipun. Kalau kau seorang bos, sudah tentu kau mempunyai seorang setiausaha yang membantu menyusun jadual setiap urusan engkau. Begitu juga Tuhan, Dia telah menyusun jadual untuk sekalian umat manusia agar setiap insan mendapat faedah daripada setiap ketentuan-Nya...
Maka, bersyukurlah atas setiap ketentuan Tuhan. Sesungguhnya, bertepatanlah bahawa manusia ibarat galian.

Isnin, Mac 23, 2009
Melayu dan Binatang!
Bagaikan anjing dengan kucing
Ayam berak kapor
Seperti kera mendapat bunga
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Bagaikan anak ayam kehilangan induk
Bagaikan enggang dengan pipit, masakan dapat terbang bersama
Lintah darat
Kg. Sungai Naga
Kg. Si Rusa
Kg. Gajah
Simpul biawak
Lipat mengkarung
Semut-semut
Kayap ular
Cipan!
Kambing!
Buaya!
Bab*!
Nate mu! atau natang mung!!
..........................................................................................
Tanpa kita sedari banyak kaitan 'orang kita' dengan binatang-binatang ini. Sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ternyata begitu akrabnya kita dengan mereka! Kalau nak kata tentang penyalahgunaan, tok sah cakap laa.... mungkin 'mereka' pun melabel kita dalam urusan seharian mereka, kan? Wallu'alam....

Langgan:
Catatan (Atom)