Jumaat, November 21, 2008

Gadis Melayu


Gadis Melayu. Lengkap semuanya. Cantik paras rupa, pandai serba-serbi seperti memasak, menjahit, mengemas rumah, mendekorasi hiasan dan sebagainya. Sopan orangnya, lembut bicara, manis tutur kata serta anggun penampilan. Pendek dan panjang kata, cantik segala lah...

Rancangan yang diwujudkan atas dasar keprihatinan media terhadap kecenderungan muda-mudi masakini ke arah penampilan kebaratan. Bagus juga kalau mesej yang hendak disampaikan tercapai. Tapi bagaimana pula dengan kayu pengukur terhadap keberkesanan program itu? Apakah ia tamat tatkala pemenang gadis melayu itu diumumkan? Bagaimana pula dengan khalayak sasaran yang menonton rancangan? Apakah ia berhasil atau sebaliknya?

Nah, kita lihat sahaja rancangan realiti yang berbentuk hiburan. Tumbuh bak cendawan selepas hujan. Begitu juga golongan sasaran. Sehinggakan kanak-kanak juga turut diasuh dan dididik untuk menjadi penghibur bila dewasa kelak. Jikalau beginilah, natijahnya pada bangsa, agama dan juga negara. Ramai yang beranggapan ia sebagai cemelan. Tapi masih tidak cukupkah hiburan yang sudah melana itu hatta mengalahkan penyebaran ilmu?

Emas perak intan berlian
Bistari jauhari mengenal manikam
Khasiat hidangan jadi santapan
Mengapa cemelan masih diidam?




Rabu, November 19, 2008

The Power of Dreams!!!!



Honda...The power of dreams.... Hebat!!! Penyelidikan hampir seusiaku! Maaf, ia bukan gambar real. Asimo hasil tangkapan dari buklet yang dibawa balik kawan. Tak dapat menyaksikan di DSI sebab sibuk dengan makmal yang tak sudah-sudah. Ia hasil teknologi manusia untuk mencipta robot umpama manusia.


Allah ada menyatakan dalam Quran bahawa manusia tak dapat mencipta hatta seekor nyamuk pun yang serupa dengan ciptaan-Nya. (sila betulkan frasa ini jika salah). Cube lihat ciptaan Allah yang ini.....

haa...cute kan. ;) macam saya. ahaks......

Jujur

Kejujuran suatu anugerah
Insan jujur pasti disenangi
Jujur pada sesuatu pasti akan mendapat balasannya
Jujur pada diri sendiri suatu nikmat yang tak terhingga
Jujur atas nikmat adalah suatu kepuasan yang tak ternilai...

Rabu, November 12, 2008

Route to Kuching I


Meoww!!!!


Terimalah kedatanganku. 6 November yang lalu, sejarah telah tercipta. Aku buat kali pertamanya menaiki pesawat untuk ke Pulau Borneo, Sarawak. Sambil menyelam, minum air. Alang-alang atas urusan kerja di sana, aku boleh cuti-cuti dan cuci-cuci. Hehe...



Flight departure: 0645.
Flight arrival: 0745.

Jenama: AirAsia.

Duration: 1 hour.

Condition: Fenin-fenin sebab malamnya tak leh tidur dek excited nak naik flight for the 1st time. Lebih-lebih lagi ditakutkan dengan momokan bahawa AirAsia tak tunggu penumpang yang lewat, makanya bangun pada sangat awal pagi. Hurm...tidur lewat bangun awal. So, fenin-fenin..




To be continue....


Isnin, November 10, 2008

Selamat Hari Lahir Sayang


Pada hari ini, lahirlah seorang insan yang diibaratkan sehelai kain putih. Tak mengenal dunia itu bagaimana. Sempurna kejadian Allah berikan. Namun, takdir Tuhan penentu segala. Apa yang manusia rancang belum tentu jadinya. Tuhan lebih mengetahui. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Penyakit jaundice menyerang tatkala diri masih kerdil. Dia terencat akal, kini. Usia meningkat dewasa. Mak ayah semakin dimamah usia. Apakah dan bagaimanakah kesudahanmu kelak? Ya Allah!! Aku mohon segala kekuatan! Syurga yang Engkau janjikan di sana, terasa amat perit di dunia. Namun, kelahiranmu mengajarku erti kesabaran dan ketabahan mengharungi liku-liku kehidupan dan berterima kasih atas setiap kurniaan-Nya.


Selamat hari lahir sayang.... Jangan bimbang. Selagi hayat dikandung badan, selagi kudrat mampu bertahan, selagi itulah kau tetap ku sayang....