Aku sering diuji dengan pelbagai ujian; sama ada besar atau kecil dan ujian yang pelbagai bentuk. Kalau tidak ke atas aku, ia berlaku ke atas orang yang berada di sekelilingku sehingga turut melibatkan aku sama.
Ya Allah, apakah hikmahnya?
Ilhamkanlah, agar aku mengerti bahasa-Mu itu.
"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Sabtu, November 17, 2012
Jumaat, November 16, 2012
Bahasa Tuhan
Janganlah rasa mual dengan sikapku. Aku hanya insan biasa yang punya banyak dosa dan noda. Aku berazam untuk mengubah diri ini menjadi insan terbaik di pandangan Tuhan. Andai aku kelihatan buruk di pandanganmu, biarkanlah aku. Kerana aku tidak bisa memenuhi hasrat setiap insan dan ia adalah mustahil!
Ibarat, seekor keldai bersama tuan dan isterinya. Ada sahaja yang tidak kena di pandangan manusia yang melihat perbuatan mereka. Hanya untuk memuaskan hati manusia yang memberikan pandangan, namun pandangan yang sama tidak kelihatan di mata insan lain. Oleh itu, pandangan manusia itu adalah mustahil untuk dipenuhi.
Namun, pandangan Tuhan itu Maha Agung. Walaupun banyak compang-camping, Tuhan tetap memandangnya dengan pandangan yang tidak pernah mengecewakan. Cuma, hati ini sukar untuk menerima ketentuan-Nya.
Maka, belajarlah Bahasa Tuhan, agar kamu mengerti.

Rabu, November 14, 2012
Salam Maal Hijrah 1434
"Berdoalah, maka akan Aku perkenankan permintaan kamu." Itulah kata-kata Tuhan Yang Amat Pemurah.
Fill heart with no worries... ;)
Fill heart with no worries... ;)
Langgan:
Catatan (Atom)