Rabu, September 14, 2011

TAK RELEVAN?

Entahlah...sejak mantan PM Tun Mahadhir menyatakan subjek sejarah banyak kekurangan dan perlu dirombak, aku sentiasa berfikir, "kenapa sekarang?, apa yang salah? fakta dulu dengan fakta sekarang tak samakah?"

hmm...kelakar ada, kesian pun ada. Yang kelakar tu, pada tanggapan aku, ini semua adalah untuk kepentingan politik. Yang kesian pulak, bukankah semua penulis buku teks adalah para cendikia? Mestilah mereka sangat arif dengan fakta-fakta. Iya, mereka juga manusia yang sering melakukan kesilapan. Tapi, takkanlah semudah itu mahu membubarkan buku teks yang telah lama menjadi sumber rujukan...

Walaupun ramai yang mengutuk 'orang itu'. Namun, kita harus berterima kasih kepada 'orang itu' yang telah mencetuskan kontrovesi lantas mantan kita mahu merombak kandungan sejarah!

wallahu'alam...

3 ulasan:

Nina Aman berkata...

yang pasti, saya mmg tak suka subjek sejarah sejak sekolah lagi. mungkin kementerian kena perah otak nak tingkatkan keseronokan belajar sejarah.

ღnFashyaღ berkata...

Dari dulu nak tanya wujud ke zaman neolitik, zaman mesolitik, zaman paleolitik tu semua. sebab kalau ikutkan kita mula dengan zaman Nabi Adam AS. Itu bab sejarah dulu. Sejarah Malaysia taknak sentuh sebab tak tahu sangat. Wallaualam...

BuRuuj berkata...

aman,
suka tak suka tapi dapat A jugak kan?

fasya,
yg tu pun dila konpius gak! tp kita berpeganglah kepada al-quran;)