Isnin, September 28, 2009

Bila Bunga Dipetik Orang

Kemeriahan hari raya tahun ini kurang terasa bagi aku. Orang kata, memang begitu sebab sewaktu kecil, kitalah yang paling beraya sakan. Dek mengumpul duit raya! Bergaya persis orang dewasa siap berbeg tangan dan berkasut tumit tinggi lagi. Bila menjangkau usia dewasa, kita semakin sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya, sehingga 'terlupa' bagaimana mahu menyambutnya seperti dulu-kala. Bagi yang berkeluarga, suami isteri sibuk melayan anak-anak. Ya, mungkin....

Tahun ini, kakak kesayangan beraya di rumah mertua. Aku sebak sangat ;(. Dia sudah punya dua keluarga. Aku takde teman bergurau dan bergaduh di malam raya. Takde teman nak berlawan-lawan bertakbir. Alaahai....sunyi sangat malam itu sehinggakan aku tak dapat melelapkan mata. Nasib baik esoknya tak ting-tong.

Rabu, September 16, 2009

Ucapan dari hati

Assalamu'alaikum.....

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir batin
Semoga berbahagia di pagi yang mulia ini
Rebutlah lailatul 'izzah pada malam raya dengan banyakkan bertakbir, tasbih dan tahmid
Memuji keagungan Ilahi
Sepertimana kita berusaha merebut lailatul qadr
ingatan tulus ikhlas dari,
-buruuj-

Jumaat, September 11, 2009

Bersahur di makmal

Lanjutan dari entri sebelum ini.

Ya, sahur pada awal pagi tadi sangat mengujakan. Di makmal aku ada segala kelengkapan. Maka, aku gunakan kelebihan yang ada itu.

Microwave: Sup tulang gearbox aku panaskan semula, masak air panas, dan juga hangatkan kuzi kambing. Waduhh...memang antara kenangan yang tak mungkin aku lupakan.

Kami makan dengan senang hati. Horey! Selamat berpuasa ;)

Bermalam di Makmal

Ni, aku saje nak berborak-borak kosong. Sebenarnya mata dah mula kuyu ni, ngantok! Tapi tak boleh tidur memandangkan kerja yang bertimbun.

Aku dan beberapa orang kawan semakmal (omputeh cakap labmates) melaksanakan tugas pada malam ini. Ada yang buat Gas Chromatography, extraction, plant tissue culture, ada yang hanya menemani dan aku pulak buat kerja-kerja pentadbiran makmal dan penulisan tesis.

Bimbang lapar, aku bawaklah bekal untuk bersahur. Padahal sudah kirim kat kawan belikan Kuzi kambing di bazaar ramadhan petang tadi. Makanya, banyaklah makanan, sup tulang gearbox lauk berbuka puasa tadi, kuzi kambing dan kuih-muih bekalan labmates. Maaflah tiada gambar disertakan bimbang kalian kecur pulak nanti. Tapi sejujurnya, ia sangat menyelerakan.

Hurmm....sahur nanti pasti seronok kerana ramai kawan.

Rabu, September 09, 2009

09.09.09- Hari Radio Sedunia

Hanya di radio kumendengar suaramu...
Setiap masa aku menghayatinya
Dengan rasa cinta di hati
Lalu aku baca puisi

Hmm...hari ni bertarikh 09.09.09. Nombor yang cantik! Pasti agama selain Islam ada yang merakamkannya sebagai hari bersejarah dalam hidup seperti melangsungkan perkahwinan atau sebagainya. Bagi umat Islam pada tahun ini mungkin tiada siapa yang mahu mengabadikan detik ini kerana berpuasa. Tapi harinya hari rabu, kan elok kalau hari jumaat, khamis atau isnin seperti tahun lepas 08.08.08 yang jatuhnya pada hari jumaat..

Eh, hello....bukan aku yang pusingkan matahari ok, tapi Tuhan!

Selasa, September 08, 2009

Electrical Engineer & Kemalangan Di Rumah

Amaran: Pastikan tangan anda kering semasa mengendalikan peralatan elektrik. Begitu juga dengan peralatan tersebut. Pastikan tiada molekul H2O di situ. Ini bagi memastikan anda terselamat dari terkena renjatan elektrik. (Pesanan daripada TNB)
Minggu lepas, soket kuasa mengeluarkan percikan api, asap dan bau yang hangit akibat kebasahan pada jug kettle. Aku yang sibuk memasak di dapur terkejut dengan insiden itu yang jauhnya tidak kurang dari 1 meter dari soket tersebut. Alhamdulillah, tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Aku minta dia ganti extension wire tu. Tapi, tiada reaksi. Oleh kerana itu, aku ikhtiarkan agar duit aku tak mengalir lagi untuk benda alah tu yang dah terlalu kerap aku peruntukan untuk rumah.

Makanya, Sabtu lepas aku leburkan dari menghadiri latihan di Markas PALAPES untuk menjadi seorang jurutera elektrik. Aku perhatikan pada soket kuasa dan aku tak rasa yang soket kuasa rosak. Makanya, aku cuba-cuba untuk melihat pada extension wire tersebut. Nah, ternyata itulah kerosakannya. Oleh kerana tiada peralatan yang mencukupi, aku gunakan apa yang ada. Alhamdulillah, duit tak membazir dan aku puas hati. Yeay!!

Jumaat, September 04, 2009

Prebet

"Nak halau rasukan syaitan atau iblis berpangkat prebet senang aje," kata ustaz.

"Bagaimana?"

"Bacakan saja ayat-ayat al-Quran. Nescaya larilah dia."