Jumaat, September 26, 2008

SALAM AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

SALAM PENUH KEINSAFAN DAN KESYUKURAN DI AIDILFITRI.

JEMPUT DATANG KE RUMAH.. ;)



Rabu, September 24, 2008

Aku Melastoma decemfidum

Usai sudah pembentangan pagi tadi. Sepatutnya aku bentang jam 0930, tp aku punyer examiner pulak tak leh attend. so ditunda ke jam 1400 tanpa pengetahuanku. Aku cuma dikhabarkan oleh examiner bangsa sepet itu yang "the presentation will be postpond in the afternoon". Aku hanya mengiyakan saja. Then, pagi tadi organizer pulak cakap, aku 1st presenter. Mau terkejut beruk aku. Dahlah semalam aku kene buat semula slaid presentation. Setiap kali bentang kat supervisor, setiap kali itulah kene betulkan dan aku selalu jadi pening sebab setiap kali perubahan yang kene buat, mesti berbeza dengan apa yang dia suruh aku betulkan sebelumnya.

Dan semalam, aku dah tak tahan lagi. Akhirnya butir-butir permata gugur. Aku tak pandang sikit pun kat muka supervisor. Aku bukan isteri derhaka, aku cuma tak mahu dia tengok aku menangis. Aku cuma ada tak sampai 24 jam untuk buat semula dari awal. Aku pasrah. Dua orang labmate yang masih belum pulang, cuba menenangkan aku. Hmm....makin berderailah.... Seorang dari labmate aku kata, aku seorang yang penyabar dengan karenah supervisor tue. Aku redha.

Usai tarawikh, aku terus bersengkang mata dengan teknologi. Kadang-kadang aku rasa, kerja-kerja yang dari awal sia-sia begitu saja. Last-last, last minute jugak. Huh.... Dan seminggu ini aku memendam perasaan. Akhirnya, hari ini baru dapat aku luahkan.

Rabu, September 17, 2008

Orang cuti, kita pun nak cuti

Orang: Eh, johor tak cuti ea hari nie?

Dia: Nape pulak nak cuti? Nuzul Quran?

Orang: A'ah lah. Nuzul Quran.

Dia: Takpe, kami dah cuti 1Ramadhan aritu. So, tak yah lah cuti.

Orang: Hehe..jangan jeles. Kitorang leh rest hari nie. Nak tido puas2.

Dia: Setiap sesuatu ada asbabnyer...macam al-Quran. Ada asbabul nuzul. So, hang diberi cuti mesti ada asbabnyer kan?

Orang: Hah?

Dia: Dah Nuzul Quran, so byk2kanlah baca al-Quran. Bukan eerk... Hang pun faham kan hang nak buat apa?

Orang: So, aritu hang cuti 1Ramadhan, hang buat ape?

Dia: Oooo...memulang paku serpih nampak?

Selasa, September 16, 2008

Jangan Lupa Lirik


Kamilah angkatan tentera malaysia
yang taat dan setia
err......
err......

Tentera benteng pertahanan negara
tentera lambang perkasa
biar putih tulang jangan putih mata
pantang undur tetap mara

darat laut dan juga udara
sentiasa terpelihara
membujur lalu melintang patah
harapan musuh dimusnah
_____________________________________________
hoho...kalau lah aku masuk rancangan jangan lupa lirik aznil punyer kat astro tue, gerenti kalah.huhu...
walauapepun..selamat HUT ATM ke-75

..::Gempur Wira::..

Isnin, September 15, 2008

Bangga...riak...ujub....takbur...

uigh...gerun jerk tengok tajuk yg aku taip. semuanya maksiat hati. lumrah manusia berdosa, tak dapat lari dari fitnah itu.

Ramadhan ini seperti Ramadhan yang lepas2. pertelingkahan nak buat ibadat sunat masih berlaku. solat tarawikh kan sunat, bertelingkah kan berdosa...tapi kenapa masih ada yang bergaduh? Tak kesahlah nak buat berapa rakaat. kalau nak buat 20..buat ajelah. kenapa yang buat 8 tue nak marah2? yang buat 20 pulak, kenapa cakap yang bukan2 kat orang yg buat 8? Nabi Muhammad pun tak tegah umatnya nak buat berapa dan nabi tak bagitau pun berapa rakaat yang sebenarnya. cuma diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bahawa nabi solat sehingga bengkak kaki kerana lamanya baginda berdiri.

Tapi kita? lu pikir la sendiri. (hehe...sori nabil ambik trademark hang. tapi nak tambah sikit lagi....lu pikir la sendiri..pastue tanya iman di hati.) ^_^

............ihya' Ramadhan................

Khamis, September 11, 2008

Puasa Yang Yok, bila petang lapar peghuk

Ramadhan di suatu waktu...


Hurrmmsss....huuuhhh...(turun naik nafas).
Atan: Mak masak ape tue? Sedapnyer bau..
Mak: Mak masak kuah mee bandung. Nak makan bukak puasa nanti. Kenape?
Atan: Takde ape-ape. Mee bandung aje ke?
Mak: Alah...jangan risau. Mak dah bancuh tepung nie, nak buat cekodok udang kegemaran kamu.
Atan: Iye ke? Bestnyer...sayang mak.

Depan tv.
Atan: Ape adik nie? Makan cekodok depan orang puasa. Dosa tau!
Adik: Alah abang tue. Nape tengok adik makan?
Atan: Sabar...sabar....

Di luar rumah.
Atan: Lor...comel pulak.
Comel: Meow...

Di Dapur.
Atan: Hehe...mak takde. (setan merah bertanduk, berekor dan bertongkat dah kuar)Nyum...nyum... Patutlah aku tengok comel makan sedap jerk. Gelojoh pulak tue. Isy...isy...

Selasa, September 09, 2008

sek. keb. bukit panjang, pontian

Hari ini budak-budak darjah enam ambil periksa UPSR. Termasuklah sepupu aku. Merdeka yang lalu, aku, mak dan abang ziarah ke rumah mereka. Makcik Murni gorengkan kami cempedak. Kami borak-borak.

Makcik kata, "9hb depan Dini periksa. Ada ke cikgu sekolah dia suruh pist..pist.. kat kawan sebelah. Passing-passing la jawapan tapi jangan bising sangat. Hish..tak patut betul cikgu sekolah cakap macam tu."

"Percubaan aritu Dini dapat brape?" tanya aku.

"1A 4B." Jawab makcik.

"Erm...kalau percubaan dah dapat 1A, nanti periksa sebenar leh dapat banyak nih. Paling kurang 3A. Mesti kat sekolah, Dini paling terrer kan? Sebab tue cikgu dia suruh buat macam tue." Aku.

"Entahlah, iyalah agaknya. Dini pun selalu jugak dapat no.1....Dini, jangan ikut cakap cikgu Dini. Kang Dini pulak yang tak siap jawab sebab nak tolong kawan." kata makcik Murni.

"Cikgu cakap macam tue mesti ada asasnya kan? Mesti nak naikkan peratus sekolah. Yelah, sekolah kampung..."

Nak balik, makcik Murni bekalkan buah cempedak satu kereta sorong. Banyak betul. "Bahagi-bahagikan kat Pak Long, Pak Amin dan Mak Usu. Kalau rajin, gorengkanlah, bagi kat Wak Leman dengan orang depan ye. Sayang doa-doakanlah ye biar Dini dapat keputusan bagus. Dapat masuk universiti macam sayang." pesan makcik.

"Insyaallah..." jawab kami.

Rabu, September 03, 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya ramadhan


"Ya Allah, kurniakanlah aku kejayaan dalam pengajian master by research yang sedang kulalui ini. Terlalu banyak cabaran dan dugaan sepanjang pengajian ini. Aku mohon Kau tabahkanlah hatiku, kuatkan tekadku, cekalkan keazamanku agar aku dapat meneruskan perjuangan ini."

Itulah doa yang sering muncul di akalku dan hatiku setiap kali dahi menyentuh sejadah.

La tahzan fi hayatik, innallaha ma'ana...