"Dan DIA ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang (buruj) itulah mereka mendapat petunjuk." (an-Nahl 16)
Jumaat, November 18, 2011
Kenangan mengusik jiwa
Sebagai ketua keluarga, Merah selalu mengalah apabila dihidangkan hanya satu pinggan. Dan kerana tugasnya sebagai ketua keluarga, kami hormati haknya. Mak amat prihatin dengan kucing kesayangannya. Walaupun kini ada pengganti, namun tetap tidak dapat menandingi Merah. Kalaulah mak tahu aku ada koleksi gambar Merah anak-beranak, apa perasaan mak ek? =(
Rabu, November 16, 2011
Bintang-bintang di langit Tuhan
Pada penghujung bual bicara itu, moderator ada menyelitkan satu kata-kata yang amat bernilai
"sesungguhnya, alim ulama' itu ibarat bintang-bintang di langit".
Benar, kepada merekalah rujukan kita tentang agama. Namun, banyak yang dientengkan akibat kepartian.
Allah berfirman di dalam surah an-Nahl, 16: "dan Dia ciptakan tanda-tanda. dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk."
wallahu'alam...
Jumaat, November 11, 2011
Khamis, November 10, 2011
Tolonglah...
Wahai manusia, tolonglah...
fahamilah kata-kata Tuhanmu yang menciptakan
melalui alam, nikmat, bala, ujian dan segalanya.
Sesungguhnya ujian yang menimpa setimpal dengan nikmat yang dikurnia
Masihkah engkau enggan bersyukur?
Sesungguhnya kita di pandangan Tuhan ibarat haiwan yang melata
sedikitpun tidak mendatangkan manfaat mahupun mudarat
melainkan Tuhan sahaja yang berkuasa
Rasulullah itu telah wafat.
Baginda telah tinggalkan kepada kita Quran dan Sunnah
malah, para sahabat, pengikut para sahabat dan pengikut kepada pengikut para sahabat sehinggalah ke akhir zaman turut menjunjung tinggi Kalamullah
masihkah engkau ragu?
Ternyata engkau lebih teruk daripada haiwan yang melata
hanya tahu meminta hak dipenuhi tanpa peduli Hak Tuhan yang engkau pandang sepi.
(emosi penulis kepada manusia bodoh yang mahu nafsu dipenuhi ~ Seksualiti merdeka? ohh~~)

Jumaat, November 04, 2011
Persepsi
Kalau cakap pasal hari raya Aidiladha/Haji/Qurban, ramai orang (orang pantai timur jugak) akan kata sambutannya lebih meriah di negeri-negeri di pantai timur. Pada aku, sambutannya sama saja di mana-mana negeri di Malaysia ni, terpulang kepada bagaimana kita meraikannya.
Aku pernah meraikannya di utara, timur, barat dan selatan Malaysia. Cuma belum pernah meraikannya di pulau Borneo. Yang menyebabkan sambutan hari raya itu lebih meriah adalah kerana kehadiran lembu-lembu, kambing-kambing, kerbau-kerbau mahupun unta-unta! Yela...kata raya qurban. Makanya, haiwan ternak itu wajib ada!
Dan hari keraian terbesar umat Islam ini sememangnya lebih bermakna kepada mereka yang menunaikan fardhu haji.
"Oh tuhan, sampaikanlah aku ke Rumah-Mu untuk aku menyempurnakan rukun Islamku. Ameennnn....."
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H
Langgan:
Catatan (Atom)