Khamis, Januari 29, 2015

Kemalangan Kedua

Aktiviti riadah yang akhirnya mengundang kecelakaan kecil. Bersabarlah dengan ujian duhai sayang. Huhu....

Gambar Cik Ted nak tumpang letak kepala. Ngee...

Rabu, Januari 21, 2015

Anugerah Juara Lagu 29

Telah melabuhkan tirainya bagi lagu-lagu keluaran 2014.  Juaranya yang diumpat sebagai tidak layak masih kedengaran sehingga kini. haihh~

Masakan tidak, lihat sahaja jurinya yang rata-rata penyanyi hip hop.  Bukan aku menidakkan kejayaan lagu tersebut, tapi persis berat sebelah.  Kenapa sedari dulu enggan diangkat lagu-lagu bergenre hip hop dengan lirik yang cukup puitis dan lebih mendalam seperti lagu "Aku Maafkan Kamu- Jamal Abdillah ft Malique" dan "Mantera Beradu - M. Nasir ft Malique"?  Jika mahu dibuat perbandingan, dua lagu ini jauh lebih indah bait liriknya berbanding "Apa Khabar - Joe Flizzoe ft SonaOne".

Siapalah aku?  Hanya juri sisipan yang bisa mengutarakan pandangan di kalangan sebilangan kecil kawan-kawan yang kita suka.  Namun, lagu-lagu yang mencuit hati aku bagi tahun 2014 adalah dari "Daqmie- Tangisan Sepohon Tamar" dan "Hazama - Kurelakan Jiwa".

Sekian.

Isnin, Januari 05, 2015

Kemalangan pertama di 2015

Kemalangan di tempat kerjaku. Aku terpegang tembaga panas yang bersuhu hampir 200˚C ketika memeriksa kerosakan mesin. Mati segala deria sentuh di tiga jari kanan ini buat sementara waktu.

Huwaa~

Khamis, Januari 01, 2015

Welcome My Prosperous 2015

.
.
.
.
.
Welcome my prosperous 2015.
Kikiki...