Selasa, Mei 21, 2013

Baking Project



Alhamdulillah…

Semasa Durian Crepe tengah ‘hot’ di hujung tahun yang lepas dan awal tahun ini, aku cuba juga untuk berniaga.  Alhamdulillah…walaupun tidak banyak sangat jualan seperti ‘kedai bakery’, aku telah berjaya mengatasai rasa malu untuk berniaga dan memecahkan kebiasaan (membeli).  Sekarang, berdikit-dikit aku tambah kemahiran membuat dan menjual kek.  Hihi… Buat pertama kalinya, ada orang tempah Tiramisu untuk jamuan mereka.  Yeay!!!

Looking forward for  a new business.  Insyaallah…. ;)

Sabtu, Mei 11, 2013

Hari Ibu, Emak, Mama, Umi, Mek

Betul, sambutan hari ibu itu bukanlah sunnah.  Tambahan lagi, sambutan ini dikaitkan dengan agama lain.  Dan haram untuk menyerupai anutan agama lain selain Islam. 

Senang cerita, begini. 
1. Kalau tak sambut hari lahir ibu bapa tetapi sambut hari ibu hari bapa, haram hukumnya.
2. Kalau hari hari biasa, pengabaian terhadap ibu bapa berlaku tetapi tiba-tiba baik pada hari ibu hari bapa, anak tersebut boleh dikatakan anak durhaka.
3. Kalau tarikh lahir ibu dan bapa berbetulan sama dengan hari ibu hari bapa, dan sudah menjadi kebiasaan menyambutnya, harus hukumnya.
4. Kalau ragu-ragu terhadap hari ibu hari bapa, lebih baik tinggalkan kerana pada setiap was-was ada syaitan di antaranya.

Wallahu'alam...

(nota: Sambutan hari ibu pada setiap ahad minggu kedua pada bulan Mei. Saya masih tak jumpa lagi maklumat macamana hari sambutan ini ditentukan.)

Rabu, Mei 08, 2013

Dirgahayu!



Alhamdulillah…genap usiaku 29 tahun semalam (ahaks…tua ke? Hihi….) Masih belum berpunya selain milik Pencipta dan keluarga tercinta.  Harus bagi aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari calon selewat-lewatnya tahun hadapan.  Andai tidak juga dimakbulkan Tuhan, aku redha dan pasrah (haha…macam ayat menyerah jer?)  Sebabnya, andai melangkaui 30-an, usaha ke arah gerbang perkahwinan akan aku hentikan kerana pernah aku ungkapkan bahawasanya aku akan berkhidmat untuk ibuku sehingga ke akhir hayatnya.  Dulu, pernah juga aku ungkapkan untuk menjadi seperti Rabi’atul Adawiyah walhal aku tidaklah dan mustahil untuk mencapai tahap ahli sufi.  Namun, andai itu yang diperkenankan Tuhan, aku redha.  Mungkin itu yang terbaik untuk aku.  Wallahu’alam…
 
Aku tetap optimis.  Insyaallah!

Sabtu, Mei 04, 2013

GE '13



Akhirnya, tarikh mengundi yang diumumkan akan sampai ke kemuncaknya pada hari esok.  Wah….tak sabar rasanya untuk mengundi.  Ini kali pertama untuk aku.  Sepatutnya kali kedua, tapi aku nafikan hak sendiri 5 tahun lalu sebab masih menuntut di UTM dan padaku, aku belum cukup matang untuk menilai parti dan pemimpin manakah yang benar-benar membawa hak rakyat ke tempat yang sepatutnya. 

Melihat poster-poster calon dan juga bendera-bendera parti yang terpamer di segenap sudut dan ruang di seluruh Malaysia, mengimbaukan detik aku dicalonkan untuk menjadi pemimpin pelajar di MRSMKT dulu.  Sungguh, itu kali pertama buatku melihat suasana politik di sekolah.  Kalau setakat sekolah harian biasa, pemimpin tertinggi adalah pengawas yang dilantik sepenuhnya oleh guru-guru.  Manakala ketua kelas, hanya setakat mengangkat tangan menandakan sokongan! Ya, aku menang dalam pilihanraya MRSMKT dan dilantik menjadi Naib Presiden II Badan Wakil Pelajar (BWP).  Satu tanggungjawab besar telah aku pikul.  Namun, aku tak pasti sama ada aku menjalankan tanggungjawab dengan baik ataupun tidak.  Huhu… Tapi Alhamdulillah… tidak pula aku dengar desas-desus yang mengutuk kepimpinan kami semua sebagai satu badan tertinggi di MRSMKT.

Malaysia, satu ruang lingkup yang cukup besar.  Kalau sekolah, seorang pemimpin boleh dinisbahkan kepada puluhan pelajar, namun seorang pemimpin negara mewakili beribu-ribu rakyat!  Lebih besar rakyat jajahan, lebih besar tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan!  Ambillah sirah Rasulullah Sollallahu’alaihi wassalam sebagai panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh terulung!