Isnin, April 29, 2013

April Dalam Kenangan

Bulan yang suram buatku.  Seorang insan yang melahirkan dan membesarkanku pergi buat selamanya menemui Sang Pencipta.  Bungkam.  Seminggu diambil untuk bengkak mata surut.  Bukan tangisan ketidak relaan pemergiannya, tapi tangisan sayu kehilangan lelaki pertama dalam hidupku.

Ayah yang kupanggil bapak (almaklumlah orang Jawa).  Dia hero bagi insan yang bergelar anak.

Kalau diikutkan, banyak perkara yang aku terkilan dan hajat yang ketidak sampaian.  Namun, aku harus belajar untuk melupakan dan merelakan.

Emak, puas kuajak tinggal bersamaku.  Namun, ditolaknya.  Katanya, "Biarlah mak habiskan edah kat kampung.  Nanti kalau dah habis edah, kita tengoklah macamana ye sayang?"

Aku lihat mak tabah.  Namun, aku tahu betapa pilunya hati mak.

"Ya Allah, kurniakanlah segala kerahmatan, kemuliaan-Mu.  Jauhilah emak daripada malapetaka.  Golongkanlah bapak di dalam golongan insan yang Engkau rahmati.  Serta sampaikanlah segala hajatku untuk kebaikan dan kemudahan hidupku dan keluargaku. Amin...."

Isnin, April 08, 2013

Micro-Blog

Berjumpa walaupun seketika sudah dapat meredakan hati.  Walaupun tidak puas namun kesempatan yang ada tidak disiakan. eceh!

Satu terma yang dapat menghuraikan kenapa dunia blog dilanda krisis adalah kerana wujudnya micro-blogging iaitu Facebook.  Lebih hebat lagi apabila Twitter muncul.  Kebanyakan manusia mahukan kepantasan dan ringkasan.  Oleh sebab itu, dunia penulisan di blog-blog sudah mula terhakis.  Hanya yang konsisten sahaja yang berjaya meneruskan.

Itulah terma yang diberikan oleh Tok Rimau.  Ada saja idea bernas daripadanya.  Ya, idea yang memang tidak disangkal. 

Walaupun, keghairahan menulis sudah berkurang, apatah lagi bilangan pembaca, namun aku akan tetap gagahkan juga. 

Kerana aku suka menulis.

Selasa, April 02, 2013

Tanda-tanda Dekatnya Pilihanraya

Dulu, tapi bukan dulu-dulu lah. Kalau ada jer orang buat jalan atau baiki jalan, mesti akan ada orang cakap; "hah, dah nak mengundi dah ni."

Tapi sekarang. Jalan baru buat, dah kene tampal balik, rosak balik, tampal balik pun; "eh, ni ngundi ni belum tentu lagi ni."

Dulu, seingat aku, bendera parti berkibaran sana-sini, selepas tarikh mengundi diumumkan.

Tapi sekarang, bendera dah macam 'roti canai' pun tarikh mengundi tak keluar lagi.

Dulu, tak sampai 5 tahun, PM bukan main tak sabar lagi nak bubarkan parlimen.

Tapi sekarang, sampai ada parlimen terbubar dengan sendirinya pun, PM masih mahu sembunyikan tarikh pilihanraya. Siap pecah rekod tu!

haih~

"Apa yang ada dalam fikiran PM sekarang ni, ek?"