Selasa, Mac 19, 2013

Blog vs Facebook




                  vs






Dunia sosial di alam maya pertamaku adalah emel.  Bermula dengan hotmail dan sehingga kini setia dengan Yahoo.  Kemudian wujudnya Friendster, MySpace dan sebagainya.  Tapi aku masih setia dengan Friendster sehingga wujudnya Facebook.  Apabila Friendster sudah mula menyahaktifkan dunia sosialnya kerana tidak mampu bersaing dengan kehebatan Facebook, aku tidak dapat tidak mendaftarkan diri sebagai ahli.

Mendaftarkan diri pada Nov 2011, kemudian aku menyahaktifkan akaun pada Januari 2012 sehingga kalau tak silap aku Ogos 2012.  Aku menyepi disebabkan faktor kerja dan juga bimbang terlalu leka dengannya. haih~

Lama-kelamaan, blog ini yang dahulunya tidak pernah sepi dengan entri-entri terbaru, kini mulai sirna.  Facebook yang dahulunya kupinggirkan seakan-akan mulai bersinar dengan status-status terkini; seperti blog, ada yang berkenaan dengan diri sendiri, tentang manusia mahupun peristiwa.

Sebenarnya, aku lebih bimbang dengan Facebook berbanding blog kerana jika tersalah menulis maklumat dan fakta, boleh mendatangkan dosa. haihh~

Aku perlu kembali ke asal.  Mengaktifkan semula blog yang mula aku pinggirkan ini.  Memang betul kata Tok Rimau, "Dari blog ke Facebook kemudian ke Twitter, satu persatu mula hilang nikmatnya."

Khamis, Mac 14, 2013

Blood is Thicker than Water


11 Mac 1981.  Lahirnya seorang bayi perempuan comel dalam keluargaku. Diberi nama Aizawati, yang padaku agak glamour untuk tahun 80'an. Pernah aku tanyakan pada mak, dari mana dapat nama itu; mak pun tak tahu macamana boleh timbul idea menamakannya dengan nama itu. Yelah...kalau dah tertulis di Luh Mahfuz, memang itulah yang akan berlaku di bumi!

Seorang yang agak sensitif perasaannya. Pernah patah tangan ketika bergurau dengan rakan-rakan, pernah tersodok dagu ketika bermain denganku, selalu menyebelahi aku ketika aku dimarahi emak.  Dia juga penyimpan rahsia terbesarku.  Betapa rapatnya aku dengan dia sehingga ramai kawanku menyangkakan hanya kami dua beradik padahal aku ada 9 orang adik-beradik! Itulah dia kakak, sahabat dan juga teman.

Aku sayang dia dunia akhirat. Selamat Hari Lahir kakak, semoga Allah mengurniakan dikau kebahagiaan hakiki. Aminn... ;)

Rabu, Mac 13, 2013

Review Sukan

Sudah lama rasanya aku tidak mengulas tentang sukan kegemaranku; badminton.  Sejak kekasih hatiku melangsungkan perkahwinan, seperti sudah hilang minat untuk mengulas tentang sukan itu.  Aku juga mengakui bahawa raket itu sudah lama terbiar di sudut itu. huhu...

BAM, silalah cari pengganti Chong Wei!  Jangan lagi sandarkan harapan pada bahunya seorang.  Sekuat dan sehebat manapun seseorang itu, apabila sudah tiba masanya, kudratnya sudah tidak mampu lagi untuk memikul beban!

Haih~ Sedih!!!!

Selasa, Mac 05, 2013

Majlis Kahwin 2013

(Gambar ihsan Google.  Sayang aku tak ambil gambar di majlis itu)

Menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu pada hujung minggu yang lalu, aku agak tergamam.  Dah macam artis! Sepupu aku cakap, perbelanjaan untuk majlis sahaja sudah mencecah RM80,000!  Masyaallah..... Banyak nyerr!!!! Ada dua pasang pengantin, kakak sulung dan anak lelaki.  Hantaran yang diminta oleh menantu perempuan terhadap anak sepupu sudah RM18,000!  Perghh!!!  Hantaran yang diberi oleh menantu lelaki terhadap anak sepupu pulak, tak dapat kupastikan berapakah nilainya.  Namun, aku yakin mesti cecah puluhan ribu sebab anak sulung sepupuku cantik orangnya.

Usai majlis, aku borak-borak dengan mak.

"Mak, kalau yayang kawen nanti, kita buat ringkas-ringkas jer.  Pasang khemah, tak payah ade kerusi meja bagai.  Letak amben, bentang karpet, pastu makan dalam talam! hahaha...."

"Haihsss....tak pernah dibuat orang!"

"Ha...orang tak pernah buat la kita buat mak.  Nanti kita jadi trend setter!"

"Habis tu, orang nak makan macam mana?"

"Diorang semua makan dalam dulang la.  Kalau keluarga besar, bagi dulang besar, kalau keluarga kecik, bagi dulang kecik, kalau datang sengsorang, baru bagi pinggan."

"Entahlah...mak tak tahu."

Hmm....sekarang ni, perkahwinan telah menjadi topik yang sering kami bicarakan.  Moga-moga jodohnya cepat sampai! hihi.... ;)