Sabtu, Januari 26, 2013

Risik

Perkara utama yang diperlukan untuk Risik adalah maklumat yang tepat.
Ya, aku ada semua maklumat yang tepat.  Namun, harus aku tanamkan bahawa Tuhan juga yang berkuasa atas segalanya!

Sebanyak manapun aku baca ayat pelindung diri daripada dikesan, kalau Tuhan tak mahu kabulkan, aku masih belum mampu untuk berjaya dengan misi tersebut.

"Takpe, kali ni kau terlepas.  Jangan kau lupa esok masih ada walaupun aku masih kabur bahawa esok untuk siapa..."

Rabu, Januari 02, 2013

Tamu dari Seberang


Pontianak. Solo. Indonesia. Itu tempat saudara kepada iparku menetap. Mungkin, itu juga nama asal yang diubahsuai untuk menjadi nama daerah tempatku menetap. Pontian. Johor. Malaysia.

Muda-muda.  Elok budi bahasa.  Aku tidak ingat semua nama mereka, kerna sekejapnya masa bersama-sama mereka.  Tapi satu nama indah yang aku bisa mengingatinya adalah Prasasti.  Itulah bangsa Indonesia.  Nama tidak menggambarkan apa-apa hatta agama mahupun budaya. 

Esok sudah mahu pulang.  Diharapkan bumi Malaysia meninggalkan kenangan indah buat kalian.