Selasa, Mac 20, 2012

Hijack

Dush!! Dushh!!

Tidak semena-mena, pemandu lori pengangkut minyak itu ditumbuk begitu dahsyat sekali.

"Kami nak rampas minyak kau!" kata perompak tersebut.
"Ayoyo...amma..apa macam mau angkat lori ane??" rayu pemandu tersebut.
"Sebab lori kau bawak minyak lah bodoh!"
"Ayoyo...ini lori tada minyak yang kamu mau la ane...ini minyak, minyak kotor. Mau pulang balik sama itu supplier..."
"Apa pasal tak cakap awal-awal?"

Dush!!! Dushhh!!!

Isnin, Mac 12, 2012

Red Velvet

Bagi blogger dan juga mereka yang rajin melayari internet, kek red velvet ini telah lama menjadi bualan mereka.  Dan aku juga tidak terkecuali. Pada hari ahad yang semalam, aku telah berjaya menghasilkan kek berkrim buat kali pertama kerana selama ini, aku hanya menghasilkan kek jenis biasa tanpa apa-apa krim (topping).  Oleh kerana tidak pernah merasai kek red velvet, makanya aku tidak tahu apakah rasanya sama seperti yang sepatutnya. hehe...




Kek ini khusus untuk kakakku yang tersayang. Selamat hari lahir kakak. Sayang kamu sangat-sangat kerana kamulah saudara juga sahabat buatku ;)

Sabtu, Mac 10, 2012

Tertipu




Teruja dengan harga yang ditawarkan, iaitu RM3 untuk saiz kereta seperti 'Cik Biru', aku menghantar 'Cik Biru' pergi ke pusat cucian tersebut. Bukanlah automatik sepenuhnya, kerana masih memerlukan pekerja untuk menyapu sabun. Macam-macam perasaan bercampur.huhu...

Usai pencucian, aku ditanya, mahu vakum di dalam kenderaan atau tidak, aku pantas mengatakan mahu kerana motif utama memandikan 'Cik Biru' adalah kerana keadaan di dalam kereta yang sangat berpasir. Almaklumlah, telah sebulan tidak memandikan dan menguruskannya.

Akhir sekali aku diminta untuk membayar RM7 (cuci dan vakum). huhu... apa punya iklan lah, mahu saja aku adukan pada KPDNKK. Walaupun sedikit murah berbanding yang menggunakan kepakaran manusia, ternyata cucian mesin tidaklah sebersih mana...

Ahad, Mac 04, 2012

Lagi

Awal pagi ini, 'Cik Biru' tidak mahu hidup. Ku pulas beberapa kali kunci tetap begitu. Akhirnya aku menelefon hotline smart assist. Dan dia menerangkan sekiranya bunyi sebegitu adalah berpunca daripada bateri.

"Cik punya kereta tahun bila?" soalnya.
"2009"
"Ada tukar bateri tak?"
"Alhamdulillah...belum lagi."
"Kalau macam tu, saya sarankan cik tukar bateri. Dah tiga tahun tuu..."
"ooo....ok. Terima kasih." Balasku.

Walaupun duit melayang seawal pagi sebanyak RM195, aku tetap bersyukur kerana perkara ini berlaku di masa dan situasi yang tepat.  Terima kasih Allah...

Niat dihati untuk belanja housemates sarapan pagi roti canai sedap kerana pada minggu ini mereka tidak pulang melapor pada suami masing-masing tertunda lagi...