Khamis, Januari 26, 2012

Aurora Borealis

Ia berpunca daripada ribut di permukaan matahari.  Maka, kesannya kelihatan di langit bumi sebelah utara. Subhanallah... ;) (kredit gambar daripada yahoo)










2012 dunia berakhir? Wallahu'alam...tapi yang pasti, semuanya akan berakhir cuma detiknya tidak diketahui.  Bersedialah...

Isnin, Januari 16, 2012

Nasi Goreng Kerabu (versi aku)


Bahan-bahan:-
Nasi sejuk dua hari lepas (sejuk peti sejuk)
Sayur sawi layu
Lobak merah kecut
Taugeh terpilih (setelah tersimpan 4 hari)
Kacang panjang tua (biji benih dah warna merah)
Kek ikan (dah sebulan dalam peti sejuk)
Bawang merah (dah keluar pucuk)
Bawang putih kecut
Lada cili terpilih (dah 2 minggu)
Ikan kering sepat goreng 2 hari lepas

Cara-cara:-
Tumbuk mana yang patut.
Potong mana yang harus dipotong.
Tumis bahan yang perlu ditumis.
Campurkan semua dan gaul rata.
Maka, nasi sesenduk telah menjadi sepinggan dengan menggunakan semula bahan-bahan yang masih boleh digunakan!

*kenyang aku malam tadi tapi berkhasiat ke?

Isnin, Januari 09, 2012

Tahniah

Tak siapa berani bertaruh menyaksikan Chong Wei kalah mudah di set pertama (hihi...tiru ayat utusan). Aku memang tak pernah bertaruh. Haram!!  Kalau aku menyaksikan mana-mana perlawanan sebegini, aku tetap dengan fikiran optimis mengharapkan hero akan menang akhirnya. Walaupun banyak kali tewas, tapi rezeki itu tetap ada, bukan?

Tahniah! huhu...saluran sukan dah lama kene potong sebab aku di kejauhan. Tiada siapa yang nonton, rugi saja membayarnya kalau tiada siapa yang buka siaran itu. huhu...rasa rugi pulak tak dapat nonton 'live' bila aku ada di kampung di saat-saat rancangan kegemaranku berlangsung. oh~ Lepas ini mulalah siaran perdana nak berebut hak siaran macam kes Hafiz Hashim dulu. Chit!

Jumaat, Januari 06, 2012

Doa Mencintai Allah

 
















Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
dan cinta orang-orang yang mencintaiMu
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah
Segala pemberianMu aku sayangi
jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu.
Segala yang engkau pisahkan dariku sedang ia sangat aku sayangi
jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku.

Ya Allah
Berikanlah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan air dingin ketika dahaga.

Ya Allah
Berikanlah kekuatan untuk mencintaiMu, para malaikat, nabi-nabiMu dan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu
dan jadikanlah aku hambaMu yang Engkau cintai.

Ya Allah
Berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu
sepenuh hatiku dan redha kepadaMu
dalam setiap usahaku.
Aminn....