Rabu, Mac 31, 2010

Halaman Bonda


"Eh mak? Apesal tv jadi macam ni mak? Tengok berita dah macam tengok crite 'The Hulk' dah." Tanyaku.

"Ohh...dah seminggu dah. Kaler dia habislah tu agaknya." Balas mak.

"Dah lama jugak ek mak tv ni?" Tanyaku lagi.

"Yelah....adelah dalam 5, 6 tahun tv ni. Ni baru pertama kali rosak sejak Yang beli." Jawab mak.

"Iyeke mak?"

"Yang...Yang...kesian tv tu." Sambung mak lagi.

........aduss. Mendalam sungguh maksud mak. Maafkan Yang mak. Tak dapat tolong mak kali ini, di saat ini.


Indahnya halaman bonda di kala malam.

Isnin, Mac 29, 2010

Anugerah Aidiladha


Firdaus. Suatu nama yang pernah singgah di hatinya selama hampir 10 tahun. Itulah yang dinamakan jodoh.

“Awak, jom kita kahwin?”
Err.....
"Kenapa?"

Tapi, bukan dia yang Allah tentukan. Itulah jodoh.

"Kakak, nanti baby keluar, biar yayang bagi nama yer?”
"Adik nak bagi nama ape?
"Kakak nak Alif kan? So, letaklah Alif Mukmin. Tak pun Alif Firdaus. Hehehe.....”
"Ish....nanti Abang Emy marah pulak letak Alif Firdaus.
“Alah….orang gurau jer lah. Hehe….”
Alif Irfan bin Abd Helmi

Jumaat, Mac 26, 2010

Marang Merapu Kepunten Parang Sekepper

Kelakar pun ada. Aku ibarat budak-budak yang merengek mahukan mainan tetapi apabila keinginan tidak dipenuhi ibu ayah, lantas menangis kerana membayangkan aku tidak akan dapat memiliki mainan sebegitu rupa. Kelakar kan?

Mereka yang berada di sekitar aku sekarang ini tahu situasi aku yang kemaruk mahukan "durian runtuh" atau "dapat terpijak". Di antara berjuta, aku merupakan pendengar setia radio sinar fm. Apabila ada peraduan 'teka lagu merapu di sinar'. Aku bersemangat mahu memenangi hadiahnya. Aku akui, walaupun aku ada jawapan tepat, tetapi kemungkinan untuk aku tembusi talian amatlah kecil. Entah berapa peratus.

Demi menantikan pembayang lagu merapu dan isyarat memanggil, aku resah. Nak buat itu tak kena, nak buat ini tak kena. Ish....

Baru sebentar tadi aku merasa amat kecewa. Di saat-saat genting menunggu isyarat memanggil, aku terima panggilan dari sahabatku menanyakan tentang nama tukang urut yang dia pernah kunjungi. Haih....memang keluhan yang keluar. Tapi aku tetap menjawab panggilan tetapi oleh kerana fikiran melayang memikirkan wang ringgit, aku tak dapat membantunya.

Maafkan aku tok...

Selasa, Mac 16, 2010

Bila Mata Terpejam, Banyak Perkara Yang Aku Terkilan

Bersemangat di awalnya; menyaksikan perlawanan beregu campuran. Aku teruja melihat skill dan pengalaman apabila disatukan. Cuma, bukan rezeki mereka, kalah pada pemain muda. Itu di perlawanan pertama. Sejam setengah aku bertahan. Bangun, lantas menunaikan Solat fardhu Isya' dengan harapan wudhuk mencerahkan mata. Seusai solat, aku ke perbaringan yang telah sedia terbentang di hadapan tv. Sekali lagi, pemain China berentap dengan pemain Denmark.
.

.

.

...
Entah bila atau bagaimana, aku kemudian menyaksikan perlawanan antara beregu wanita. Hah? Terlepaskah???

Sehingga ke saat ini, aku masih terkilan. Terkilan dan terkilan. Huaa....punyalah bersemangat untuk tidak pulang awal ke rumah sewa bagi memberikan sokongan moral dari kejauhan buat pemain Malaysia. Tapi, apakan daya, kepenatan di Majlis 'Aqiqah pada siangnya menyebabkan aku terlepas saat-saat penting. Apa pun, tahniah buat ChongWei!

Khamis, Mac 11, 2010

Teristimewa =)

Dia cukup istimewa buat diriku. Insan kedua terpenting selepas ibu dan ayah. Lahirnya merupakan satu anugerah buatku juga. Dia tempatku mengadu, merayu dan meluahkan segala-gala. Dalam duniaku penuh dengan ceritanya. Gaduh kami ada tawanya. Hilai kami ada tangisnya.

“Oh Tuhan, limpahilah rahmat dan keberkatan ke atas dirinya. Murahkan dan luaskanlah rezekinya. Bahagiakanlah dia dari dunia sampai ke syurga. Akhirkanlah kami dalam hayat yang penuh bermakna, menuju ke jalan yang Engkau Redha. Ameen…”

Selamat Hari Lahir buat insan yang teristimewa…kekanda juga sahabat:-
Aizawati Binti Mis =)


Selasa, Mac 09, 2010

Kujadi Raja Lawak....

Buatlah selambe
Janji orang ketawe
Ku jadi raja lawak...........

Hahahaha....ade ke aku berangan nak jadi raja lawak? Aku berseloroh dengan housemate aku.
"raja lawak tahun nie tak berapa nak best lah. tahun depan nak cuba pergi audition lah. gerenti menang! hahahaha...."

"pergilah. Manalah tahu rezeki hang!"

"yela...tahun ni, lawak tak seberapa, dah dapat ribu-riban, set tv, itu-ini. kalau macam tu, tahun depan aku nak cuba lah."

"haa.....masuklah...gerenti kitorang semua undi hang!"

"betul ke ni? Sebenarnya, aku masuk nak dekat dengan Zizan jer. hahahaha...."

Sabtu, Mac 06, 2010

Mari-mari, aku tag kamu ;)

I am a simple person. Prove? See my desktop bar. Only a few things I put there. The very common; MyDoc, MyComp, MyNet Places, RecycleBin and InternetExplorer. Other icon; shortcut to SPSS (analysis data software-my master study right now), shortcut to COED (oxford dictionary), shortcut to adventure games (eg: MysteryCaseFiles or WomenMurderClub) and lastly shortcut to broadband (eitheir celcom-vodafone or celcom-Huawei). Actually, those broadband were not mine. My housemate and labmate punyer!! Last but not least, I love beautiful scenery, white, blue and green color. That’s why I put wide beautiful green field as my desktop background.

How about you? I nak tag semua orang ni (tokRimau, kang BP, akimsensei, kaptenKerk, Kak Fafarafa, Fasya, Zura-zura, PrincessLiyana, AzwanBakhtiar and those who read my blog) Thank you to let me know a bit about you! Gracias...

Jumaat, Mac 05, 2010

Be (+ve) or (-ve) ?

Jika ada insan menyukai kamu, pasti ada insan lain yang akan membencimu
Jika hari ini engkau dipuji, pasti suatu hari nanti engkau akan dikeji
Jika hari ini engkau kuat, pasti di suatu ketika engkau terkulai lemah tidak berdaya
Jika ketika ini engkau berada di atas, tetap dan akan pasti suatu hari nanti engkau berada di bawah

Jika ada insan membencimu, pasti ada insan lain yang akan menyukai kamu
Jika hari ini engkau dikeji, pasti suatu hari nanti engkau akan dipuji
Jika ketika ini engkau lemah tidak berdaya, pasti di suatu hari nanti engkau kuat bertenaga
Jika ketika ini engkau di bawah, engkau tetap akan merasa nikmatnya berada di atas

Apa yang pasti. Bila engkau bersedih, engkau tetap akan berfikiran negatif walaupun perkara yang sebaliknya lebih indah. Itulah yang dinamakan keadilan dalam pemikiran. Bukan semua perkara buruk itu buruk dan yang baik itu molek.

Wallahu’alam...La tahzan, InnAllaha Ma’ana =)

Khamis, Mac 04, 2010

Gerimis Di Hati

Lewat pagi ini. Berjalan kaki dari kolej ke fakulti terasa seperti kembali ke alam persekolahan. Penat berjalan, tunggu bas di perhentian. Banyak mata memandang. Mungkin berfikir, aku ini pelajar baru. Walhal, hati sudah terasa bosan di sini.

Sekian lama menghilangkan diri, akhirnya aku kembali menemui penyelia projek ku. Iya, seperti yang kujangka, terjadi. Hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Suram malam tak berbintang. Itulah lukisan alam. Begitu aturan Tuhan...

Selasa, Mac 02, 2010

Permainya Kampung ku...

Hujung minggu yang lepas, seperti selalu, aku pulang ke kampung. Tetapi kali ini, lain agendanya. Kampung ku akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul beserta dengan Perujian Membaca Al-Quran, Hafazan dan Berzanji buat julung-julung kalinya. Alhamdulillah...sambutan sangat menggalakkan. Dan buat pertama kalinya, aku menjadi pengacara majlis untuk sambutan sepertinya. Lebih-lebih lagi di hadapan ibu ayah, saudara-saudaraku dan orang kampung. Gugup juga tapi lama-kelamaan lancar. Berikut gambar berkenaan dengan sambutan.

Pertandingan Hafazan bagi kanak-kanak 6-12 tahun.

Perujian Tilawah Al-Quran dan Berzanji.

Alhamdulillah...dah lama tak menguji suara. Menang juga akhirnya. Piala ini hadiah buat mak yang sentiasa menyokong anakmu ini.

Isnin, Mac 01, 2010

Beratnya......Tapi.........

Sesungguhnya suruhan Allah itu amat berat bagi hamba yang jahil dan kurang iman di dada. Tapi ia amatlah ringan andai iman menguasai jiwa.

Sahabat nabi ada menyatakan ‘yang paling berat adalah menunaikan solat manakala yang paling ringan adalah meninggalkannya’.

Tinggal sebumbung dengan rakan bukan Muslim adalah satu ujian Allah buat aku untuk aku mengukur sendiri sejauh dan setebal mana iman di jiwa. Bukan itu saja, cabaran yang sama aku hadapi apabila pulang ke kampung seandainya abang ipar turut serta. Ya….aku akui memang berat ujian ini. Tapi aku wajib menuruti perintah Sang Ulung kerana telah termaktub dalam Al-Quran, surah An-Nisa (31)! Persetankan segala kata-kata umat manusia yang menghanyutkan kerana Kata-Kata Allah lebih agung! Tidak nusyuz seorang isteri andai dia tidak patuh pada suruhan suami yang bercanggah dengan hukum Allah. Kita wajib patuh pada ibubapa atau suami kerana itu suruhan Allah.