Khamis, Januari 28, 2010

Track masa

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Hakikat dan fitrah kejadian makhluk di muka bumi ini. Hatta setiap peristiwa yang berlaku juga tidak terkecuali.

Esok, aku menghabiskan sisa-sisa kehidupanku di Nestle. Cepat benar masa berlalu. Antara sedar dan tidak, sudah tiga bulan aku di situ sebagai "administrative support" atau orang kampung cakap, kerani. Antara seronok dan tidak, suka dan duka, masam manis, segalanya aku rasa bekerja di syarikat swasta itu. Walaupun begitu ramuannya, banyak yang aku pelajari. Tapi yang pasti, hari-hari aku minum milo atau nescafe free.hihihi....

Terima kasih atas segalanya.

Oh Tuhan, kepada-Mu aku berserah untuk aku hamparkan nasib dan masa depanku di tangan-Mu...

Isnin, Januari 25, 2010

Mourning Period

When my sister's parents in law visiting me at my house last saturday, i was shocked! Abang Emy and Ayah wearing songkok with white band. I thought only kerabat wear the songkok. Now, i understand that everybody at everywhere in Johor should follow the mourning period that was declared by Menteri Besar Johor.

This is my first time facing this situation. Lantas membongkar lemari mencari kerudung putih. Aku memang jarang mengenakan kerudung berona sedemikian. Hanya ketika menghadiri latihan ketenteraan. Sama ada dengan No.1 dress, No. 10 atau dengan No.8 (kalau tak silap aku la.hihi...) iaitu baju kurung.

Alhamdulillah... I found it. 3 helai lagi. Ingatkan dah tak ade dah. Tapi ada tumfuk-tumfuk tahi unta! Hihihi... Nampak gaya, minggu terakhirku di Nestle dihabiskan dengan wajah kemurungan. (actually i've plan to wear new baju kurung. But then, that baju kurung do not match with tudung putih!).

Sabtu, Januari 23, 2010

Belasungkawa

Takziah kepada kaum kerabat terdekat dan seluruh bangsa Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau Airnya Biru
Sendu Pilu Tidak Terperi
Di atas Kemangkatan Ke Bawah Duli Tuanku

Al-Fatihah.

Isnin, Januari 11, 2010

Di sini bukan tempatnya...

Di sini bukan tempatnya untuk kau beri atau tagih simpati. Ibarat satu peperangan, kalau kau ada rasa belas, usah kau pegang senjata!

Keras nadanya. Jangan takut. Bukan peperangan bersenjata yang ingin aku utarakan. Tapi peperangan dalam industri seni suara. Baru sebentar tadi membuang masa selama 3 jam menonton siaran lansung Anugerah Juara Lagu (AJL 24). Sebab apa aku kata membuang masa? Sebab akhirnya tak seperti apa yang aku ramalkan. Ya, begitulah kalau nada dan irama kalau sudah mula tidak seiringan.

Awal-awal lagi aku membantah lagu pemenang tempat kedua memasuki final pertandingan itu. Bukan aku saja, bahkan pihak media juga ada yang sependapat denganku! Nah, aku juga pandai menilai lirik dan lagu yang dinyanyikan.

Ibarat pertandingan pidato, walau sehebat mana hujah yang anda utarakan, tapi kalau di dalam hati dan akal para juri sudah membuat pilihan sebelum bertanding, beginilah kesudahannya. Kalau mahu menaikkan nama artis baru melalui pertandingan yang menilai nilai lirik dan lagu, di sini bukan tempatnya! Itulah yang berlaku sejak kumpulan estringed memenanginya 2 tahun lalu..

"Aku bosan dengan sikapmu, aku rasa buang masa...(Bengang-Akim)"

Sabtu, Januari 09, 2010

Kerana manisnya gula :)

Sekadar berkongsi cerita. Aku bekerja di Nestle sebagai kerani. Sementara cuma. Seminggu selepas kerajaan menaikkan harga gula, aku menerima memo dari Kepala Ofis di Selangor supaya memberitahu semua pembekal dan pembeli bahawa harga Milo 3.2kg akan dinaikkan.

Sekarang ni, minyak naik harga, semua nak naik harga. Gula naik harga, banyak barang pun nak naikkan harga. Aku tanya bos, kenapa nak naikkan harga Milo? Dia kata kerana rasa Milo yang istimewa itu perlu dikekalkan. Standard of Procedure (SOP) mesti dikekalkan. Gula merupakan antara bahan asas membuat Milo, sebab itu tak boleh kurangkan kuantiti gula di dalamnya.

Nah kerajaan! Siapa kata kalau gula naik harga, barang lain takkan naik harga? Tipu!!!!!!!!

Khamis, Januari 07, 2010

Aku dan engkau hidup dengan jiwa

Jiwa. Aku dan engkau semua milikinya tak kira siapa, apa, bagaimana mahupun di mana-mana. Tanpa jiwa, aku tak rasa aku atau engkau akan bahagia dan menikmati dunia.

Aku bengang, berang dan segala macam perkataan yang menggambarkan nada kemarahan pada mereka yang menganggap apa yang ada pada nama. Agama dianuti bukan berlandaskan kewarasan akal fikiran semata-mata. Kepercayaan agama memerlukan jiwa di dalamnya. Jika tidak, adakah engkau akan mempercayai bahawa Tuhan itu ada?

Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya.

Selasa, Januari 05, 2010

Kompas Tuhan

Selamat tahun baru hijri dan masihi buat semua pembaca. Aku masih di sini walau sudah lama tidak bersua di alam siber.

Tujuan ku tetap sama, berbicara di blog untuk berkongsi ilmu dan buah fikiran dengan anda semua yang masih sudi membaca. Bercerita, bercerita dan bercerita agar ada kesan tertinggal dalam diri aku mahupun pembaca. Aku ingin menjadi lebih matang dalam bidang penulisan melalui persinggahan di blog-blog kalian juga melalui pembacaan dan pengamatan. Ya, ianya agak sukar dalam selang waktu yang terhad tapi Insyaallah akan aku dayakan!

Kompas Tuhan, petunjuk dari Tuhan dalam banyak perkara di setiap saat ketika.