Rabu, Mei 27, 2009

Dah mula dah...

Istiadat Pentauliahan DiRaja PALAPES IPTA sudah semakin hampir. Aku sangat berdebar-debar kerana:-

1. Tuan Rumah kali ini adalah Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

2. Oleh kerana tuan rumah, kerja banyak! Bersempena dengan itu, aku telah menjawat 4 jawatan penting antaranya, Unit Protokol, AJK Dewan Santapan DiRaja, Unit Perubatan dan jawatan yang terbaru diberi kepadaku tanpa pengetahuanku adalah AJK Sukan Bola Jaring. Huh....

3. Aku sangat stress kali ini kerana Pentauliahan di UKM yang lepas, aku mendapat no.4 dalam larian pentauliahan. Maknanya, tahun ini sama ada mahu mengekalkan top 5 runner up @ menang di tempat pertama yang merupakan idaman aku sejak sekian lama menceburkan diri dalam dunia larian ini.

4. Oleh kerana tuan rumah, Sultan Johor dan kerabat DiRaja serta seluruh warga UTM termasuk orang paling kanan iaitu Prof Dato' Dr Ir Zaini Ujang amat mengharapkan agar kejayaan mengiringi setiap acara yang dipertandingkan. Begitulah antara titah ucapan Tuanku dan Prof. Dan aku rasakan itulah tanggungjawab yang paling besar iaitu mengharumkan nama UTM. Ya Allah.....

Aku bukan seorang yang selfish. Tapi aku mahukan doa dari kalian supaya tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku di sini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya kerana kami turut membawa nama UTM. Doakan juga agar impian aku untuk bergelar juara Larian Pentauliahan tercapai. Ameen...

Isnin, Mei 25, 2009

Cik Fasya Cantik mengetag Aku

1. Do you think you are hot?
ko ingat aku nie berdarah sejuk ape? of course i'm hot! hahaha
2. Upload your favourite picture of you
3. Why do you like that picture?
sebab mane ade bayi tak comel. kan?? hahaha...

4) When was the last time you ate pizza?
dah lame sangat dah tak makan. lupe lak bile last nyer...

5) The last song you listened to?
Taman astakona by Kump. Slash. Rock kapak beb!

6) What are you doing right now besides this?
betulkan poster seminar ICORAFFS 2009

7) What name would you prefer besides yours?
buruj subelledza. amacam? hahaha...
8) People To Tag :
1. akimsensei
2. fafarafa
3. princess liyana

9) Who is number one?
skot ROTU aku.

10) Number three is having a relationship with?
ustaz labuan. hehe...
11) Say something about number five?
invisible. hahaha
12) How about number four?
invisible gak!
13) Who is number two?
fafarafa...someone yg letak blog aku dlm blog list dia. aku terkejut but i like.hihihi;)

Jumaat, Mei 22, 2009

What do u expect from a-month RA?

Please....help me. If u are a supervisor, what do u expect from a-month RA ek? nak jugak ek tue walaupun ayat inggeris dah sempurna. Al-maklumlah...johorean. hehe...;)

Aku pernah bertanya pada beberapa orang pelajar yang menggunakan makmal di bawah seliaanku. "Akak garang ke?" "Taklah...akak tegas. Tapi kadang-kadang tue takut jugak!" balas mereka.

So, buatlah kerja dengan sempurna. Rancang kerja, banyakkan membaca dan paling penting jangan mengharap pada orang lain. Anda mungkin akan menyusahkan mereka! Dan inilah yang aku alami sejak aku 'bertugas' di Makmal Kultur Tisu Tumbuhan! Lepas satu...satu datang. Tak habis-habis. Last-last nanti, diorang yang grad, aku ntah ke mana. Banyak kerja aku tertangguh sebab mereka. Aku rasa pelajar sekarang kebanyakannya mengharap pada orang lain. "Spoon-feed". Hei!! Tolonglah berusaha lebih sikit!

Sekarang nie pulak, aku punyer supervisor hire seorang RA yang tak tahu ape2 untuk sebulan. Supervisor aku kata nak habiskan duit upah RM1000 dalam bajet vot aku. Baik supervisor aku tue hire aku dengan kawan aku yang lagi sorang tue! Dapat gak RM500 sorang. Aduss......

Khamis, Mei 21, 2009

Lain padang

Aku: Eh staf dapat mana nih? Awat takdak gambaq?

En. PW2: Tula puan. Saya pun heran. Pandai je diorang carik yang takde gambar.

Aku: Eh, encik tak merokok ke? Bagusnyer....

En. PW2: Saya puan, saya fikirkan anak isteri. Saya sayang kat diorang.

Aku: Bagusnyer encik nie. Kalaulah ramai yang berfikiran seperti encik kan bagus.

Selasa, Mei 19, 2009

Berteka-teki


Bukan berteka-teki untuk mencari jawapan yang pasti. Tapi saje je nak menguji. Aku tengah sakit kepala nie. huhu.....

ok, aku saje nak bagi kalian satu teka-teki. Begini;

Ikan paus paling besar, ikan ape yang lagi besar?

Jawab tau! Ia fakta yang menarik! hahaha....

Isnin, Mei 18, 2009

Sape yang cuci kaki? Aku @ Dia?

Cik-cik biru di parkir blok C08. Semuanya dimiliki oleh cik-cik. Oppss...cik gentu biru baru bertukar status kepada Puan gentu biru. hahaha...pengapit kiri-kanan belum lagi. hihihi...;P

ello incik awak, kite dah sediakan mobilnya. Sekarang, kite pulak nak mintak. Kite tak mintak banyak. Yang kite nak cume kite hanya perlu cuci kaki jer bile....tuttt.....

hehe...faham tak?

Jumaat, Mei 15, 2009

Happy Teacher's Day


Guru dulu: Guna pendekatan rotanlogi.
Guru sekarang: Guna pendekatan psikologi.

Guru dulu: Datang kelas bawa buku teks dan buku nota.
Guru sekarang: Datang kelas bawa "notebook".

Guru dulu: Muka garang misai melentik.
Guru sekarang: Rambut keras tercacak kalau cicak jatuh mata terbeliak.

Guru dulu: Dengar derap tapak, lari mencicit sembunyi diri.
Guru sekarang: Tunggu setiap hari berebut nak ucap "Good morning cikgu lily"

Ha...ada lagi satu.

Guru dulu: Muda
Guru sekarang: Dah tua. hahahaha....

Selasa, Mei 12, 2009

Happy Nurses Day

Aku pernah bertanya pada ramai sahabat lelakiku, apa kriteria isteri yang mereka mahukan. Majoriti mahu isteri mereka seorang guru atau jururawat. Aku tanya mengapa. Jawab mereka, cikgu banyak cuti dan masa bersama suami dan anak-anak. Senang untuk mengajar anak kalau cikgu ada di rumah. Jururawat pulak? Kalau suami atau anak-anak sakit, merekalah 'first aid'nya. Aku tanya lagi, kalau jodoh kamu bukan 2 orang itu, macamana? Mereka kata, aku akan usahakan jugak! Cikgu dengan nurse nie bagus. Baik, lemah-lembut, sopan-santun...

Argh...prejudisnya mereka!

Khamis, Mei 07, 2009

Happy Birthday To Me =)


Allah selamatkan kamu….
Allah selamatkan kamu….
Allah selamatkan kamu sekeluarga...
Allah selamatkan kamu.

Hmm...gambar ini diambil ketika aku baru dilahirkan. Hehe...comel tak? Inilah buat pertama kalinya aku mempamerkan kecomelan aku pada kalian. Hehe.... Mak aku kata, gambar ini diambil di malam majlis potong jambul dan doa selamat untuk aku dan mak. Aku lahir sihat. Tengoklah...baru beberapa hari, dah tembam. Hehe.... Mak aku cerita, lepas lahirkan aku, dia tanam uri dan tali pusat bersama-sama pensel. Mak kata biar aku bijak belajar. Dan ayah pasangkan lampu di tempat tanam itu selama beberapa hari agar nanti hati aku terang. Ahh...macam-macam betul orang dulu-dulu. Tapi ajaibnya, semua itu jadi kenyataan dengan izin-Nya. Dan itulah satu-satunya gambar kenang-kenangan ketika aku masih kecil sampailah aku masuk tadika baru ada gambar kedua dan seterusnya. Kesian kan kat aku. Tak dapat menyaksikan perkembangan aku sejak kecil. Huhu... Tapi yang sekeping itulah menyebabkan aku rasa yang aku ni sangat comel. Haha...

Hehe....Hari ini genap usiaku ke-25. Hmm...orang kata dah tengah masak ranum untuk dipetik! Tapi kata aku, lambat atau cepat adalah rahmat Tuhan. Aku terima. Seingat aku, hanya sekali saja ayahbonda aku meraikan ulangtahun kelahiran aku iaitu ketika usiaku kalau tak silap 7 atau 9 tahun. Memang sangat surprise. Aku rasa seronok sangat masa tue. Ramai kawan-kawan dan sedara sekampung aku datang meraikannya. Selepas-selepas itu, kami hanya buat doa selamat kat surau. Bawak juadah, jamu orang kat surau. Pada aku, itu lebih bererti.

Ketika remaja pulak, ketika aku di tingkatan 5. Surprisenya menyebabkan aku keletihan sebab berjalan sambil mata ditutup. Macam-macam betul diorang tue. Aku sangat terharu lantas mengalirkan airmata sebaik saja mata dibuka kerana menyaksikan suatu birthday party yang agak happening. Bila dah meningkat belia nie, satu lagi sambutan yang dirancang oleh housemates aku pada tahun lepas. Ya Allah...kek punyalah besar tapi pemakannya hanya 4 orang. Nasib baiklah habis. Hehe....

Dulu-dulu dan kebiasaannya, orang akan belanja makan dan makan sepuas-puasnya untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran. Tapi sejak 2 tahun lepas, sejak aku tahu akan kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah pada hari lahir baginda, aku sudah mula mengamalkan sunnah itu iaitu berpuasa. Aku harap kalian pun begitu. ;) Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat aku ya? Terima kasih =)

Rabu, Mei 06, 2009

Burung masuk bilik? Apa petanda?

Baru saja mahu mengangkat takbiratul ihram, aku terasa seperti ada sesuatu memasuki bilik aku melalui tetingkap sebelah atas yang memang tidak boleh ditutup malam tadi. Aku terhenti lantas memerhatikan ke mana binatang itu pergi. Dia masuk di celah almari. Aku biarkan dan teruskan solat. Aku yang bangun qiam untuk rakaat yang kedua, tiba-tiba haiwan itu merempuh aku. Dia lalok dan jatuh apabila melanggar dinding. Aku terus berhenti daripada solat. Aku ke arahnya. Seekor anak burung. Aku letakkannya di bakul pakaian kotor.

Usai solat maghrib, aku ambil dia dan mengadakan sesi penggambaran dulu. Dia diam aje...siap boleh terlena di tapak tangan aku. hehe....empuk ke? Aku letak di grel tingkap untuk dia terbang pergi tapi dia enggan pergi. Sakit kah? atau Kepak patah kah? Aku tengok macam ok jer. Aku bawak anak burung itu ke anjung untuk dilepaskan. Macam ok tak ok jer dia terbang. Aku rasa dia masih anak lagi untuk terbang dengan baik. Kalau dia sakit, aku minta maaf sebab tak reti nak merawat burung cedera. Nasib baik anak burung itu ke rumah sebelah, pakcik tue tahu jugak kalau nak rawat haiwan nih. Nampaknya anak burung itu telah pergi ke jalan yang benar. hehehe....semoga pakcik sebelah dapat merawatnya dengan baik. Ameen....

Orang lama-lama kata, rama-rama masuk rumah ada orang nak datang. Kalau burung masuk rumah macam mana pulak ek? hmmm.....

Selasa, Mei 05, 2009

OIAM 3 di hospital

“adik, bapak sakit. Balik ya?” Aku terima sms dari kakak. Pada ketika itu, aku yang berada di Jusco untuk membeli makanan yang akan dibawa berkelah esok terhenti. Lantas segera ke kedai La Boheme untuk membeli roti. Cik biru yang masih baru menurut saja rentak kakiku. Aku mengaplikasikan segala keupayaan cik biru. Sebelum maghrib sudah tiba di kampung. Selepas maghrib, aku dengan mak, kakak dan abang ipar menghantar bapak ke hospital. Unit kecemasan merawatnya dengan baik sekali. Al maklumlah yang bersama-sama bapak adalah anak dara. hehe...boleh tahan hensem gak doktor tue. hehe....sempat gak!

Ya, malam itu OIAM 3 grand final! Aku yang mengikuti perkembangan rancangan realiti itu sejak awal lagi agak terkilan juga tak dapat menyaksikannya. Tapi housemateku yang tahu rancangan tv kegemaranku itu bertali arus menghantar sms perkembangan terkini. Dulu, seingat aku sewaktu menghantar bapak ke unit kecemasan itu suatu masa dulu, ada tv di ruangan menunggu. Mungkin atas alasan tersendiri, tv itu sudah tiada di situ.

Alhamdulillah...bapak tak kene tahan dekat wad. Dia dibenarkan pulang setelah 3jam menerima rawatan. Cuma ada rawatan susulan selepas seminggu nanti. Yea!!!!!!!!!!! Dapat tengok OIAM!

p/s: Kepada insan perokok. Aku sayang kamu! Berhentilah merokok. TokR, please~~