Khamis, Februari 19, 2009

Hujan Di Hati

Mereka takkan faham. Benarlah pepatah, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul." Jerih perit, tuhan saja yang tahu. Sekiranya ada yang mengatakan, "Saya faham perasaan awak", ah…itu hanya omongan untuk menyedapkan hati. Hakikatnya, mahukah dia mengambilalih tugas dan menanggung semua itu? Tentu tidak, bukan? Bodohlah mereka sebab mahu menanggung kesusahan orang lain. "Buat apa aku nak bersusah payah? Sedangkan tuhan sudah bagi kesenangan untuk aku." Itulah kata-kata mereka.

Dan sabar adalah ibu segala kesulitan. Itu aku mengerti. Dulu, sewaktu kecil, aku malu. Tapi kedewasaan mematangkan aku. Menerima takdir seadanya. Di dunia memanglah seperti beban. Tapi di akhirat? Wallahu'alam. Mulut tempayan mudah saja untuk ditutup, tapi mulut manusia? Ada saja yang tidak kena. Itulah, inilah, begitu, begini. Teman ketawa merata, teman menangis, payah ditemui. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ada menyebut di dalam lirik lagunya,

~Kasihnya ibu, membawa ke syurga,
kasihnya saudara, masa berada~

Ya, tepat sekali! Memilikimu adalah satu anugerah yang tak ternilai. Kau istimewa yang begitu istimewa. Namun, aku bimbang, jika ditakdirkan kami pergi dahulu, siapa yang akan menjagamu? "Ya Allah, sampai bilakah hujan di hati ini akan berakhir? Kepada-Mu jua aku mohon petunjuk. Andai ditakdirkan kematian itu boleh diatur, biarlah dia pergi dahulu agar tenang rohnya di sana dari terus hidup terseksa di sini." Ameenn....

Selasa, Februari 17, 2009

Hati


Rabu minggu lepas, aku menerima panggilan yang mengatakan bahawa ada bungkusan untukku di pejabat fakulti. "Mungkin dah sampai," bisik hatiku. Ternyata, benar sama sekali! Tak sabar untuk membukanya.
Sampai di rumah, hatiku berdebar-debar. Bimbang akan keadaan bungkusan itu. Alhamdulillah, semuanya elok-elok belaka. Sahabat dari Mesir sanggup mengirimkan hati unta itu kepada aku. Selepas dihiris nipis-nipis, aku terus rebus. Dan keesokannya barulah aku masak rendang. Awalnya, agak buntu juga mahu dimasak apa, setelah mendapatkan khidmat nasihat bonda, aku jadikanlah rendang. Alhamdulillah, sedap juga walaupun baru pertama kali masak rendang. Selalu-selalu, bonda yang masak dan aku tolong aja. Sepanjang proses memasak itu, kumat-kamit jugalah aku membaca selawat syifa agar benar-benar menjadi penawar. Semoga usaha aku membuahkan hasil. Ameenn....
Terima kasih kepada sahabat Mesir yang sanggup membantu walaupun kita kenal tak lama...

Isnin, Februari 16, 2009

Aku dan Valentine

Tiada persamaan. Sama sekali. Malah, aku adalah penentang! Tapi aku dan dia adalah berkaitan pada tahun 2005. Sebagai jawatankuasa kolej dan merupakan biro kerohanian kolej, aku terlibat. Kami bagaikan badan pencegah maksiat pada malam itu dan tiada satu kuasa pun boleh menghalang kami. Satu gerakan besar-besaran telah dilancarkan. Semua kolej, Pejabat HEP dan MSI bekerjasama. Banyak pasangan yang dapat kami cekup. Aku begitu teruja dan operasi berlarutan sehingga ke dinihari. Kenangan menjawat jawatan ini memang satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan, malah menjadi satu nasihat untuk aku hindari daripada aktiviti ke arah maksiat itu. Tapi sepanjang aku meronda, takdelah pulak yg melakukan aksi 'daring' tapi tak taulah kalau ade group lain yang dapat tangkap. Hehe...;P

Tapi, yang paling memeranjatkan aku, pada bulan puasa pulak aku dapat cekup aksi 'daring' couple-couple tue. Ade couple kissing kat parking kereta! Bulan puasa pulak tue! Ish...dahsyat betol student zaman sekarang nie...gerun aku.

Khamis, Februari 12, 2009

EDISI PERKAHWINAN: Jawab Tag!

1. How old are you?
Jubli perak.

2. Are you single?
Single and available( jujurnyer...)

3. At what age do you think you'll get married?
Plannyer jubli perak + 2 tahun. err....insyaallah...;)

4. Do you think you'll marry the person you are with now?
Don't know..takde "teman" rapat.hahaha...;P

5. If not, who do you want to marry?
Ustaz! Hahaha....

6. Who will be your bridesmaid and bestman?
Sepupu atau anak sedare kot. Kawan2 ramai dh kawen dan sibuk dgn keje.

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Yang penting memenuhi syariat Islam, tak membazir dan berkat;)

8. Where do you plan to go for honeymoon?
Karambunai ;)

9. How many guests do you think you'll invite?
Ramai...beribu-ribu lemon!

10. Will that include your exes?
hoho...i don't have the "exes". haha...

11. How many layers of cake do you want?
Taknak kek. Nak pulut kuning makcik buat. Sedap!

12. When do you want to get married? morning or evening?
Hari jumaat or malam jumaat. Insyaallah....

13. Name the song you would like to play on your wedding day?
Selamat pengantin baru, nasyid2 and marhaban.

14. Do you prefer fine dining? or just normal spoon and fork?knife?
Pakai sudu dan garpu lah. Nnt salam dengan kawan, tak minyak sgt. Cian lak diorang;P

15. Champagne or red wine?
astaghfirullah......nauzubillah...

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
;)

17. Money or household items?
tak kesah.

18. How many kids would you like to have?
Lagi ramai lagi bagus. hahaha....

19. Will you record your honeymoon in DVD or VCD?
Of course;)

20. Whose wedding plan you would like to know next?
Tak perlu kot;P

Selasa, Februari 10, 2009

Baca



Semalam, aku menemani kekanda ke Larkin. Dan telah menemukan aku dengan buku ini. Aku ingin mengenalinya melalui pembacaan dan harapanku, aku dapat menilai sendiri diri insan ini setelah mengkhatamkannya.

Khamis, Februari 05, 2009

EDISI PERKAHWINAN: TAHUKAH ANDA? Siri 2

Tahukah anda?

Sekiranya di hadapan seorang isteri terdapat suami dan ibu manakala si isteri tadi "dibulatkan" tanpa seurat benang, siapakah yang dia akan pilih untuk menutup auratnya yang terbuka itu?

Sudah tentu dia akan segera mendapatkan suami hatta di hadapannya adalah ibu kandungnya sendiri. Kenapa? Kerana suami dan isteri itu adalah pakaian sesama mereka.. ^^

Selasa, Februari 03, 2009

Nilaian Nyawa

Tret..tret...tret....trett...
(1 new message)

"Salam. Adik, abang long kawan adik meninggal. Mati kene bunuh tadi. Leher dikelar, muka ditoreh-toreh."

Aku.

Hah? Innalillah... Ya Allah, kenape lah sampai macam tue sekali orang kampung aku dibunuh? Apa salah nya? Kalaulah sekadar merompak, rompak sajalah, jangan bunuh-bunuh!

Aku sangat bersimpati pada keluarga kawan sekolah rendahku itu. Kami agak rapat. Malah, mak aku kawan mak dia. Abang aku kawan abang dia. Kakak aku kawan abang dia. Semuanya berkenalan di sekolah ketika mereka sekeluarga baru berpindah ke kampung aku. Kasihan....

Isnin, Februari 02, 2009

EDISI PERKAHWINAN: TAHUKAH ANDA? Siri 1

Tahukah anda?
Sekiranya anda berkahwin pada usia 25 tahun dan anda mati pada usia 60 tahun, anda akan hidup dengan seorang lelaki@perempuan asing lebih lama berbanding anda hidup dengan ibu dan bapa anda sendiri. Itupun sekiranya tiada pergolakan berlaku dalam perhubungan anda. Dan itu bermakna, anda akan berkongsi hidup dengannya selama 35 tahun!