Rabu, Disember 31, 2008

Sorotan 2008

Tahun Hijri baru saja disambut malam Isnin yang lalu. Kini, lembaran masihi pula akan dibuka. Aku seperti kalian, ada azam yang terlaksana dan ada yang tidak.

Tahun hijri 1429H:
1. Solat sunat Dhuha' setiap pagi.
2. Puasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari dalam bulan2 Islam.
3. Hafal surah-surah lazim yang panjang.

Pencapaian:
1. Alhamdulillah, solat sunat dhuha' dapat aku kerjakan jika ada kelapangan tapi tak mencapai target sebab kadang-kadang ada kekangan.
2. Puasa sunat, alhamdulillah mencapai sasaran tapi 2 bulan terakhir iaitu zulkaedah dan zulhijjah aku tak dapat puasa walau sehari kerana sakit. Huhu...
3. hehe....yang masih ingat surah Sajadah dan surah Yassin. Yang lain ada yang dah lupa dan ada yang tak sempat nak hafal.

Tahun masihi 2008M:
1. Ijazah Sarjana berjaya sampai ke peringkat kedua.
2. Penurunan berat badan sehingga 45kg.
3. Menghadiri kursus ketua platun di PUSWATAN.
4. Masuk pelaburan yang menguntungkan untuk masa depan.

Pencapaian:
1. Kurang berjaya. Pokok taknak tumbuh dengan sihat. Masih pada fasa satu.
2. Tidak berjaya. Hanya dapat turun sampai 48.5kg jer. huhu...tp skrg dah naik balik!
3. Tak pergi pun. Supervisor projek tak bagi.
4. Pelaburan mendatangkan hasil sehingga bulan september jer. Ada syarikat lain iri hati dan membuat aduan kat Bank Negara lalu menyita syarikat pelaburan selama 3 bulan. Insyaallah...yang benar akan berjaya pada akhirnya. Tahun depan baru tahu keputusan.
........................................
Kisah hidup manusia. Ada suka ada duka. Ada berjaya mahupun yang sebaliknya. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan segalanya. Sebagai hamba, kita harus teruskan usaha tanpa rasa jemu walau dugaan berat menimpa. Selamat menyambut tahun baru!

Selasa, Disember 30, 2008

Antara Adat dan Sunnah

Hak bagi seorang jenazah yang perlu ditunaikan oleh waris antaranya adalah menyegerakan pengebumiannya. Seelok-eloknya tidak melebihi tiga kali waktu solat. Itu adalah sunnah nabi.

Namun, sunnah sudah menjadi kejanggalan apabila adat lebih utama dipatuhi.

Tepuk dada tanya iman..=)
................................................................
Katakanlah:"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jum'ah :8)

Khamis, Disember 25, 2008

urat dawai tulang besi














Nama: Catamaran
Fungsi: Memberi bantuan kepada trak 3 tan atau land rover sekiranya menghadapi halangan berair seperti sungai atau tasik.
Koordinasi: Di bawah RAJD (Rejimen Askar Jurutera Diraja)

Ahad, Disember 21, 2008

Princess yang tak berapa nak Diaries

Jumaat pagi: Ke makmal seperti biasa. Walaupun bukan student, tapi dah biasa datang awal seperti waktu jd staf dulu, makanya waktuku di makmal adalah office hour.

Jumaat petang: Balik kampung. Naik bas. Tambang dah naik lah...rasenyer baru dua bulan tak naik bas. Kejap je tambang dah naik kan?

Jumaat malam: Tido umah mak. Sejuknyer...macam kat kemeren hailen.

Sabtu pagi: Cuci kete kakak. Amik ati die sebab nak pinjam kete la katakan.

Sabtu pagi: Bertolak ke Muor. Umah housemate and husband die. Pastu bertolak ke Batang Kali Selangor untuk menghadiri kenduri kawen bekas housemate. Jauh giler....sampai masuk jalan ke Ipoh. Cuak giless.....

Sabtu petang: Sampai di umah pengantin. Gosip-gosip....heheh..

Sabtu petang ke malam: Singgah umah abang housemate and husband. Melawat baby yg baru dilahirkan di Subang. Nuha Aneesa namenyer...merah lagi.

Sabtu malam: Dinner di medan selera Mydin kat mane tah area Selangor. Jakun sey...Mydin yg besar pertama kali pernah kulawati. Kakak housemate and husband belanja makan. Salam-salam dengan mak housemate and husband. Lame tak jumpe. Ade ke malam-malam yang dah nak larut dan perut dah tak leh muat lagi aku order pepperoni pizza..tapi sedap gak. Habis sepinggan aku lantak. Lagi sedap dari PizzaHut.

Sabtu malam: Bertolak balik Johor.

Sabtu awal pagi: Tiba di Muor jam 1pagi. Tak larat nak terus drive balik umah sewa. So, tumpang tido tak berapa semalam di sana.

Ahad pagi: Bertolak balik ke JB. Tiba jam 1000H. Mandi. Buat semula paper yang ditolak supervisor.

Ahad tengahari: Ke Pasir Gudang. Jemputan perkahwinan di sini pulak. Kawan seloreng dengan aku di UTM dulu. Aku ingatkan kejap jer perginya. Tapi oleh sebab tak larat nak gi sendiri, aku tumpang orang. Makanya, aku kenelah ikut plan diorang yang aku tak tahu. Makanya, berlarutanlah sampai ke jam 1800H. Hah? Dalam ati Tuhan je tahu betapa risaunyer aku dek paper yang tak siap lagi. Tapi macam biasa, buat muke manis..;)

Ahad petang nak ke maghrib nak ke isyak: Pulun buat paper.

Ahad malam: Di sini aku. Ke McD berhampiran. Malas untuk bersoal jawab dengan pak gad yang menunggu di pintu utama kampus. Wireless semata-mata. Submit paper by email ke supervisor. Huh...penat sungguh! Barulah phone aku berhenti berdering dek ketidaksanggupan mengangkatnya (supervisor call!!!).
....................................................................................................................
Inilah jadual aku weekend ini. Allah Maha Berkuasa. Hamba-Nya hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan segalanya. Weekend yang lebih memenatkan dari plan asalku yang mahu mengikuti Fasa Medan di Felda Waha.

Khamis, Disember 18, 2008

Sakit

Sakit ini sudah sebulan lamanya. Batuk tanpa lendir yang amat memeritkan. Cakap sikit, batuk...cakap sikit, batuk...aduh...bukan mengeluh...tapi dah tak larat. Baring pun sakit, sebab buah pinggang jadi sakit akibat batuk yang teramat kuat.

Isnin yang lalu, aku ke pusat kesihatan.
"Ok, awak pergi x-ray" kata Dr. Hanan.

Selepas x-ray dilakukan, punyalah suspence. Tup-tup, tak leh tengok x-ray film atas sebab yang aku kurang mengerti. Makanya, aku tak taulah ape sebenarnya penyakitku ini. Perasaan sebak menyelubungi tatkala Dr. Hanan mahu memberi aku ubat.

"Dr., saya dah makan dah ubat ni. Dah dua kali dah. Klinik swasta pun saya dah pergi."
"Takpe, kamu batuk biasa jer. Saya bagi kamu antibiotik kuat sikit."

Hari ini, antibiotik itu hampir habis namun batuk begitu juga. Rasanya, dalam badan nie dah habis bakteria baik. Pada kalian yang beri aku petua, aku ucapkan ribuan terima kasih. Walaupun kurang berhasil, tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dah berusaha dan sedikit sebanyak aku tahu petua untuk batuk yang mana boleh aku amalkan untuk sakit mendatang.

Khamis, Disember 04, 2008

dari dynaphan ke benadryl ke hurix ke woods ke....

Aku bukan penagih. Jauh sama sekali. Tapi aku heran, mudah benar untuk aku menelan dadah akhir-akhir ini. Dari dynaphan dan benadryl dari pusat kesihatan hinggalah ke sengsei. Hurix madu plus la, woods peppermint la dan sehinggalah aku mendapatkan rawatan di klinik swasta. Punyalah gigih, dari rumah aku berjalan kaki di waktu hujan dan panas untuk ke klinik yang agak jauh juga jaraknya. Nak sihat punya pasal kan? Duit toksah nak citerlah...habis banyak dah tapi apa yang aku harapkan tak menjadi jugak. Memang benar duit tak dapat membeli nilai kesihatan. Kalau dah sakit tue, alahai~

Sekarang nie aku dah nak masukkan dadah lagi untuk botol yang ke-6. Dahsyat kan? Dah 3 minggu aku menderita. Malah entri ini lama tersimpan sebagai draft sejak aku mula sakit masuk minggu kedua. Aku nak keluarkan juga dengan harapan kalian dapat memberikan aku penawar-penawar mujarab.